Sunday, December 8, 2013

kawan

Pernah tak kau terfikir dalam satu hari tu , oh ! kawan aku yang itu macam ini , kawan yang macam ini perangainya macam itu . ataupun kau baru sedar perangai kawan kau selepas kawan kau buat sesuatu yang tak baik atau baik pada kau . mungkin secara tidak sengaja kau mengetahui sikap masing-masing . aku pilih yang last . aku suka fikirkan semua tentang kawan-kawan aku ketika aku baring , berangan dan takde kerja . pernah tak engkau mempunyai Bestfriend yang Betrayed kau sendiri ? dimana kau seolah-olah memberi bestriend kau segala-galanya seperti kau sentiasa ada untuk dia , memahami segala tentang diri dia dan sentiasa ada jalan penyelesaian untuk dia sedangkan kau mempunyai masalah tersendiri yang jauh lebih rumit untuk diselesaikan . bila kau dah tak bersama dengan dia lagi pelbagai cerita aneka rupa kau dengar tentang keburukan engkau sendiri dari kawan-kawan kau yang lain sedangkan engkau taktau puncanya . setahu engkau , kau hanya lakukan perkara terbaik untuk melangkah pergi meninggalkan dia . kau hanya hadapinya dengan tabah tanpa bersuara . mungkin ketidakpuas hati dia ditonjolkan buat tatapan bersama . apa yang engkau lakukan seolah-olah kau menganggapnya sebagai perkara yang remeh-temeh tidak perlu diperbesarkan . semakin lama , semakin pantas virus memfitnah ditaburkan ke muka engkau seperti air hujan yang tidak terkira bilangannya . semua keburukan kau dan kelemahan kau tidak kira sama ada dari segi  fizikal ataupun mental kau dihina secukup rasa . apa yang dia nampak hanya keburukan dan kebaikan kau disimpan dengan berhati-hati agar tiada siapa yang tahu . konklusinya senang sahaja , agar mereka yang mendekati engkau dan memberi sokongan selam ini turut menjauhi engkau . biar engkau rasa seperti dia rasa akibat mensisihkan dia dari hidup kau . tetapi , tidakkah dia lupa Allah itu mengetahui segala-galanya ? tidakkah dia lupa segala tindak-tanduk ketara dia diperhatikan oleh orang sekeliling ? apa yang engkau harus lakukan biarlah hanya berdiam diri . tidak bermakna engkau duduk senyap tanpa membetulkan keadaan kau . kau perlu juga bangkit membalas tindakkannya seperti berjumpa dengan kawan-kawan engkau yang telah diracuni dia dan menceritakan hal yang sebenar . tak payahlah nak jadi cerita sinetron bersiri . watak yang baik seperti malaikat didera tanpa pembalasan kembali . konon-kononnya watak baik tadi seorang yang mulia abadi . kadang-kadang , hidup perlu bersikap kejam kepada si kejam yang memporak-perandakan hidup kau . oleh itu , kau tinggalkan jelah kawan kau yang macam ini . aku bercerita berdasarkan pengalaman aku yang memakan masa bertahun-tahun . sehingga kini , semua kawan yang seagkatan dengannya masih mempercayai aku manusia terkejam di daerah aku . setelah enam tahun baru aku bersuara dan ditulis di sini . sebagai penutup , janganlah engkau mempercayai seseorang sewenang-wenangnya tanpa mengetahui latar belakang hidupnya . trust is like a paper . jika kau pernah menghadapi situasi ini , engkau tidak keseorang menghadapinya . bersyukur dan tabah ! mungkin engkau akan dapat kawan yang lebih sesuai dari sebelumnya . peace .