Assalammualaikum warahmatullaah hiwabarakatuh.
Di pagi buta yang indah ini, inginku coretkan kisah yang menyayat hati mengenai cinta yang mempengaruhi jiwa, raga dan organ dalaman. k sangat serabai togeh permulaan kata aku. straight to the point, kalini aku nak kongsikan sesuatu yang bukan berkaitan dengan cinta mahupun kongsi kongsi kong sini. dah ready?? okay aku nak kongsikan produk yang boleh cabut blackhead mahupun whitehead korang tu. Okay, tiba-tiba blog aku yang simple berkisahkan keidupan dunia sekeliling ni jadi testimoni produk yang aku guna. k lupakan. Oleh kerana aku dulu pernah ambil SPM, maka akan ku berikan definisi blackhead ataupun whitehead. Blackhead dikenali juga sebagai comedo. Comedo ialah satu folikel rambut yang tersumbat di dalam liang pori bercampur dengan lebihan kulit berserta bersatu padu dengan minyak. maka wujudlah bintik-bintik hitam yang menggelikan di atas hidung.
k perfect tak definisi aku? hehee. Okay sebelum glucose dalam badan aku meningkat baik aku kongsikan secepat mungkin produk yang aku guna sebelum ke-hyper-an aku datang. bila hyper aku menyerang, kadar untuk aku mengarut dan menyimpang adalah sangat tinggi. Okay, mesti korang yang ada masalah blackhead buntu macam mana nak hilangkan blackhead ni kan? alah apa susah? kau picit sudah. apa nak susahkan diri. mesti sesetengah orang akan cakap macamni. orang da penat cipta benda boleh tanggalkan blackhead kau nak susah-susah picit dah kenapa? kalau satu dua takpelah nak picit ni satu persegi hidung kau ber-blackhead mau tak chubby hidung kau lepastu? yang paling extreme lagi orang yang ada blackhead satu muka ni confirm akan dicop sebagai pengotor. yelah sebab tak reti basuh muka tu yang tumbuh blackhead. tulah korang lenkali simbah je clorox kat muka. bukan muka kau, muka orang yang cakap kau pengotor tu. cakap ikut selera dia je. orang biasa tak faham tau perasaan orang kulit muka berminyak berlebihan ni. sebab diorang dikurniakan muka yang tak banyak minyak so diorang apa tau. sebab aku pun merupakan seorang manusia yang kulit muka sangat berminyak. macam-macam aku cuba untuk kurangkan minyak muka ni. memang kurang tapi cuma jangka pendek sahaja. lepastu banyak balik. macam panjang pulak mukadimah kalini ya hehe. okay dah dah, ni produk yang aku ingin kongsikan bersama..
tada!! produk keluaran vietnam lagi. aku tak pasti namanya apa tu. Gel Hut Mun jadah apa entah tu.
actually, dah lama dah aku guna Gel Hut Mun ni. apa yang aku perasan gel ni memang sangat amat terberksesan. bila kau sapu gel ni hidung kau akan rasa sejuk gila. berangin je. tapi jangan biarkan gel tu kering. kau kena lekatkan kertas yang dia bagi dalam pack tu macam gambar kat atas. Bekas gelnya kecik je tapi boleh pakai lama sebab kau mestilah nak pakai bila blackhead muncul je kan. Takkan harini buang blackhead esok dah tumbuh balik.so, memang berbaloilah beli gel ni. Pakai bila perlu je okay?
Tengok. Botolnya kecik je tak besar mana pun tapi cukuplah guna sampai hampir setahun hehe. kertas pelekat tu pun kecik jugak. korang hidung malaysia bukan hidung perancis nak guna kertas besar-besar buat apa.
Cara penggunaannya pulak. sebelum sapu gel, korang basuh dulu muka bersih-bersih sampai muka kesat. lepastu basuh hidung kau dengan air suam supaya liang pori kau tu terbuka luas. senang blackhead nak keluar semua. then, barulah kau sapu je gel putih ni kat hidung korang. Ratakan kat seluruh hidung lepastu cepat-cepat lekat kertas yang dia bagi tu supaya gel tadi tak kering. Aku nak bagi tips, kertas tu kau potong dua. tak pun pandai-pandailah korang nak potong berapa pun supaya boleh muat satu hidung. taklah membazir kau nak kena guna dua kertas pulak. masa first time mak aku guna benda ni, dia pegi tutup satu hidung dia. sampai tak nampak lubang hidung. dah tu nak bernafas macam mana kan? so, better potong dan tampal dengan cermat. Jangan sampai tutup lubang hidung ye? kalau tak masuk Metro dengan tajuk "kerana ingin membunuh blackhead, akhirnya diri sendiri terbunuh".
Ni lah contoh cara aku lekatkan kertas. yang ni aku guna satu setengah kertas. kan nampak macam banyak huhuu. sori la yee kalau image ni mampu membuat korang histeria ataupun murung seminggu.
Yang tengah makan tu sila muntahkan balik. tak pun bagi yang tengah kunyah tu simpan dalam esofagus dulu lepastu baru turunkan ke perut. Bab paling best ialah time nak cabut. Gila tak nikmat bila kau cabut dari hidung ya Allah rasa seronok sangat. Yela sebab gel ni dia cabut sampai ke akar tau. So sangat puas hati. oh yaa, time nak cabut tu sangat sakit okay nak-nak kat tempat yang banyak bulu roma. menangis benda ni kerjakan kau. Oleh itu, sapu gel ni kat tempat yang ada blackhead ataupun whitehead je. Jangan sapu satu muka pulak. Berikut adalah gambar aku cabut blackhead dari hidung aku sendiri..
okay ni lah hasil tangkapan aku setelah nbeberapa minggu tak pakai. aku terpaksa edit sharpen kan supaya nampak jelas.
Inilah produk removal blackhead yang paling mujarab pernah aku pakai. Sebelumni aku ada je guna Biore deep cleansing pore strip, oxy punya dan segala jenama jenis aku guna. Dari yang cabut tampal sampailah yang kena sapu sendiri dan tampal sendiri. kebanyakkannya tak berkesan langsung. kalau tercabut pun sebab nasib je. tercabut pun just satu dua. So agak membazir sebab benda bukan murah. gel Hut Mun ni pulak kawan akak aku yang jual. Harga bawah RM10 tapi atas dasar persahabatan mereka dapatlah satu RM5. kan berbaloi tu. k jangan jeles. Okay lah, sampai sini dulu perkongsian. aku dah mula mengantuk dah. ada masa singgah lagi sini. okay babaii.
Assalammualaikum :)