Friday, June 3, 2016

NOVEL PENDEK AKU DAN BUDAK RUMAH SEWA (PART II)

    Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 


Selamat pagi dan selamat jam 2:23am. Harini hari Jumaat tanggal 03/06/16. ceh acah ayat panjang-panjang pulak. k k kita sambung jelah eh cerita lepas? ekceli sebab dah lama sangat aku tak update sampai orang tu kata bersawang dah blog ai ni. so, ai terpaksalah update cepat-cepat. supaya ai ingat balik memory dulu yang kian memudar. pehh ayat. lagipun sejak umur meningkat ni ai macam dah jadi pelupalah. macam ai mudah lupa ai dah makan ke belum. weh ni serius tak tipu. sorry jugak ye kalau ai ada ter-typo sebab ai taip dalam gelap ni nak feeling seram jap. biar mood marah datang. sebab apa? tungguu~

Hokayy. lepas motor Agogo aku sampai. chop! aku ingat lagi masa dalam kelas orang skynet call aku kata motor dah sampai. So, aku pegilah mintak kawan aku ni teman aku amek motor. habis satu bandar pusing cari tak jumpa tempat amek motor. lastly kat tempat yang aku pusing tiga kali. sampai rumah elok je motor ai kat luar. sumpah gila kagum, happy, tak sangka pun ada jugak sebab first time ni motor sampai kat negeri orang and ai nak guna bawak motor pegi kelas. yeayy. Pegi kelas everything was fine. dapat motor ke sana ke sini takyah cite aa. dok ngukur jalan je kerjanya. pantang sabun ke shampoo ke habis eh sanggup pegi bandar beli. padahal kedai runcit 500m je. selalu nak pergi kelas aku dengan bff aku ni akan siap awal. bangun seawalnya kalau boleh sebab takut tertinggal bas. imagine lah kelas pukul 10am tapi kau terpaksa bangun pagi-pagi pergi kelas pukul 8am. balik pun kalau kelas habis awal boleh naik van uitm. itu pun berebut sape cepat dia dapat. tak dapat haa menaguk lah kau sampai maghrib. So, sejak ada motor kelas pukul 10am, pukul 9.59am dah boleh gerak dah. balik pun takde hal. 5minit je dah sampai rumah. budak rumah semua macam pandang sinis aa sebab diorang kena bangun awal naik bas kalau tak bangun awal tak pegi kelas lah kau. jeles latu tak dapat relax macam kitaorang. kelas pukul 2pm. pukul 2pm lah kitaorang pergi.

so, kitaorang layan diorang super baik tau. nak keluar ke apa tanya nak pesan apa-apa tak. bagitau kitaorang balik lambat ke apa. korang takde kunci siap call mintak balik rumah bukakan gate sebab kau tak buat kunci pendua sedangkan kitaorang kat kuliah ni. kitaorang sanggup balik kejap untuk kau yg nak ngedate dengan pakwe sebab dah tunggu depan rumah acah sweet jadah haram apa! aku feeling wtf je masatu tapi dalam masa yang sama lantak kaulah janji jangan buas liar libatkan kitaorang memang aku sepak terajang semua. dengan kucing belaan kau sekali kena tempias. nak liar, liar seko-seko. kena tangkap ke hape settlekan sendiri. k aku marah ni. then, mungkin sebab iri hati. salah sorang budak rumah aku ni bawak kereta. k kau angkut member kau semua pegi kelas. kau senyum sinis dekat aku yg bawak motor ni, yelah kau bawak kereta aku bawak motor. sticker go go. penah kena nganjing dengan abang JPJ pulaktu. "Go Go ni Go Go Power Rangers ke?" kata abang JPJ kepadaku. hmm. orang kata dah macam minah rempit starter pack tau. kau lain, kau ada gaya, mutu, keunggulan. bawak kereta sport pegi kelas. dan dan beberapa hari bawak masuk uitm kena saman sebab takde sticker dan pegi parking tempat lecturer. aku gelak lemah gemalai je sebab cover. hmm.

then, sebab member kau ada kereta. so, weekend mesti balik rumah dia. tinggal lah korang bertiga. kereta kawan kau dah tak ada. yang ada motor aku je. memang motor aku jelah transport awam korang. start from that, kau nak pinjam motor aku. k takpe aku bagi sebab kata nak beli makanan kat kedai depan. aku takdelah jahat sangat sampai housemate nak mencekik aku tak nak bagi. walaupun dalam hati tak suka sebab aku tak percaya kalau orang lain bawak motor aku. nak bawak boleh tapi kena ada aku. kesimpulannya aku biarkan aje diorang pakai motor aku. nak berkira buat apa housemate aku jugak. bisik hati kecilku. tetapi.... *panjang titik tu bermakna serius. makin lama makin naik lemak. setiap hari kau nak pinjam motor aku. setiap hari. kata pegi beli makanan kat depan. pergi pukul 8pm balik 11pm. penah kau keluar pukul 8pm balik 4am. kau pegi cari lauk kerang masak tempoyak ke apa? k aku tak tanya aku diamkan je walaupun dalam hati tuhan je yang tahu. yang membuatkan aku nak marah setiap kali aku nak pergi kelas minyak tinggal sikit. semalaman korang pegi mana do? dengan tak bayar duit minyak. kau ingat free ke apa saiton? sekali dua aku boleh maafkan ni asyik muka hengkorang je yang ngeringkan minyak. macam motor tu kau punya pulak kan. sejak bila korang jadi share partner aku ni? oh man, no way. hell no. overacting  pula.

k ai pendam tahan marah. sakit hati memang sakit hati tapi ai tak nak tunjuk. sebab ai makhluk tuhan yang tak suka marah. sebab kalau ai marah tu bukan ai. itu ai tapi dah mix dengan syaitonirrojim. kalini bab basuh motor. aku jenis weekend akan bersihkan motor. kalau tak basuh aku kilatkan je. peduliklah pegi kelas tangan hitam-hitam janji motor bersih dan terjaga. biar aku buruk takpe tapi motor aku jangan buruk. weekend takyah cite aa memang korang hanyak motor aku cukup-cukup dengan alasan yang sama beli makanan kat kedai depan. yang kantoinya esok pagi motor aku gila cantik semalam ni yang aku berpenat lelah tertonggeng sana sini bersihkan, kilatkan bila time nak pegi kelas pagi ni, hamek kau berterabur tepung kulit ayam kat tempat letak kaki. siap ada lidi cucuk fishball salut tepung roti warna oren lagi kat motor aku.

penah jugak korang buat seni salut motor aku dengan lecak, tanah merah. hengkau feeling chocolate ferrero rocher ke hape? agak-agak lah nak berseni pun. aku tau korang penah ambil pendidikan seni kat sekolah dulu tapi takyah nak praktikkan kat motor aku. nasib aku tak hilang kawalan hempuk muka korang. kalau tak mesti lagi berseni tu. tanyalah aku animal kingdom mana aku tak sebut masatu. segala jenis insecta, antropod aku sebut. rupanya selamani kau guna motor aku pergi bandar sana eh. pegi pasar nun jauh sana. dengan kau tak pakai helmet keluar. tak ada lesen lagi. agak-agak kena saman motor sape naik nama eh? memang terbalik dapur tu aku kerjakan. otak tu jangan bagi berdaki sangat. fikir sikit bukan fikir malam ni nak tukar pakwe bawak kereta apa pulak. setiap pukul 2am warna-warni kereta parking depan rumah tu aku tengok. agak buat kenduri apa kat depan tu kak? tu lantak hampa la nak buat apa pun. i don't care at all. k k sambung pasal motor tadi. sampai minyak kering tak reti nak isi. motor habis kotor tak reti nak bersihkan balik. then, bila aku nak pergi kelas bawak motor aku rasa tak sedap tau. rasa macam lain. bila bawak laju ada bunyi pelik. dengan signal aku boleh loose beb. aku taktaulah kau tekan signal macam mana. agak kau gigit masa nak belok kanan kot. tak pun dok kunyah button signal sampai nak tercabut aku tengok. dengan cover motor aku calar balar. beb, tercedera hati aku. takleh jadi aku sound cukup-cukup masatu. macam menyindir  lah "kat sini bengkel dekat mana? motor aku rosak. entah pakai macam mana entah. dah bagi guna, gunalah elok-elok!" 
eh kawan dia yang keling tu report kat member dia yang lain. start dari situ semua benci kat aku. ah aku pedulik hape. bencilah aku, daripada aku baik ngan korang habis aku jerut leher sendiri. benda bukan nak pakai dua tiga hari. nak pakai sampai habis sem kot. dengan kawan kau yang bawak kereta sport tu pun buat muka nokharom kat aku. dia pulak nyindir aku lebih-lebih. padahal dia taktau apa-apa yang terjadi masa dia takde. 

potong jarilah kawan-kawan dia cerita benda betul kat dia. tak sah kalau cerita tak tokok tambah. suruh kawan-kawan kau bersumpah atas nama Allah diorang cerita betul tak? then, korang gaduh member kau sorang cabut pindah rumah. yelah perangai macam beruk. takboleh jaga barang elok sikit. aku tak faham betul lah macam mana tempat sangkut tuala kat bilik air tu boleh tercabut? besi tu beb. agak korang meneran tahi sambil pegang besi tu ke apa? atau kau sengayut kat situ time mandi? kalau kau baca ni aku nak kau tau apa kawan-kawan kau buat kat kitaorang. ketahuilah kawan kau brainwash kau. kitaorang bukan seburuk yang kawan kau cerita. member yang kau sanjung tu depan cakap baik belakang time kau takde diorang kutuk kau. kalau kau nak tau member kau dua orang tu panjang tangan do. habis duit tabung bff aku diorang korek. member kau ada tiga kan? yang lagi sorang tu baik la jugak. i used to like her. tapi sayang follow member tak guna. kesian. yang lagi dua ekor tu sumpah panjang tangan. macam mana aku tau? beb kau nak curi salah orang tau. bff aku tu pakcik dia bomoh jangan sampai dia buat perut korang kembung berulat makan duit haram sudah. kau curi berperingkat pulaktu. harini rm5 esok rm10 tulat rm20. hebat betul korang eh? mengancam permainan. dah amek duit orang kau twist kan cerita cakap duit korang hilang jugak. maknanya apa tu? korang tuduh aku lah kan? sebab duit bff aku hilang, kebetulan duit korang pun hilang jugak means aku lah toyolnya? hmm ampang ngat perangai. yang kelako tu mintak duit sewa eh asyik takde aje, asyik tak cukup duit aje. muka aku ni jugak merayu kat akak tuan rumah mintak tangguh sebab korang takde duit. aku tebalkan muka demi korang yang bermuka tembok.

 setiap malam keluar berjimba eh ada pulak duit. mana datang duit tu? oh lupa hasil curi duit tabung kan. lupa pulak. tu yang kau beli baju kemeja branded harga rm 99. price tag kau campak atas seat motor aku. kau ingat motor aku tu bakul sampah? kau yang sampah sebenarnya, sampah. aku nak ingatkan lah, jangan sampai aku buat benda yang tak elok sudah. try me. nama korang semua aku ingat. dengan binti sekali. banyak lagi sebenarnya diorang buat perangai. belum cerita masa nak habis sem kau tak pelawa orang tua bff aku masuk rumah. kau kelua kejap, jenguk pastu kau tutup pintu balik. kau layan diorang macam bangla jual carpet eh? dah orang tua tu melopong tunggu depan gate tengah panas terik. terjerit-jerit bagi salam cari anak dia ada kat dalam rumah ke tak. mana adab kau do? nenek kau datang rumah aku siap pelawa elok-elok masuk rumah. tersengih-sengih aku layan dia macam kerang busuk. kalau ada sireh kat dapur aku nak jugak gulung suapkan kat nenek kau. kalau boleh nak kunyah sireh sama-sama. sedangkan aku ni skill berborak dengan orang tua sangatlah tipis. inikan layan nenek kau yang warga emas triple. tapi kau balas layan orang tua bff aku sebegitu hina kan? susah sangat ke hormat orang? kalau kau layan orang tua aku macam tu sumpah aku bersilat. tak pun berhantu rumah sewa tu sebab ada kes bunuh. aku pasif jelah. mungkin kau kecik-kecik demam panas. tu yang otak mengecut jadi kecik tu. bodoh tu simpan untuk cicit. eh takyah simpanlah dah ada dalam gene kan? mesti berpanjangan kebodohan tu. semoga sehidup semati dalam kebodohan.

story ni bukan untuk mengaibkan, memburukkan dan memalukan korang. aku cerita benda yang betul, benar tanpa penambahan nak sedapkan cerita. aku tak suka dan bukan jenis hidup dalam masa silam, aku jenis mudah move on. but this time, i had to. kalau aku tak cerita orang takkan tau. sampai bila-bila pun takkan tau. sebetulnya "korang semua" takkan tau apa yang aku rasa. sebab aku diam dan keluar rumah tu tanpa membersihkan nama aku dan bff aku. malah aku tak ceritakan apa yang berlaku antara kami berdua dengan empat orang itu. i know you know me. aku tau korang baca. ketahuilah diam aku bukan beerti bodoh. sampai sini dulu. wasalamm. thanks for reading this emotional entry. :')