Tuesday, November 1, 2016

Kenangan Hantar Member Pegi Hospital. Tajuk pun sekolah kebangsaan angat.

salam, hyep. nga wt pew uh?

Bongok, aku taip pastu aku gelak sendiri. actually "salam, hyep. nga wt pew uh" tu aku menganjing someone yg umur dah tua bangka tapi still taip guna calculator. okay kita lupakan kanak-kanak itu kita masuk ke topik baruuu.. hieyay! *nada permulaan lagu ayda jebat, pencuri hati. Ok ok cemni, cuma seorang je tau berapa kali aku malang dalam setahun, berapa kali aku tersungkur dan berapa kali aku dapat malu. iaitu kawan baik aku, kawan dunia akhirat dan kawan buat selama-lamanya. *haimissyu acik. Hokay, lets start daripada first sem. masa first sem ni memang pembukaan pada kemaluan aa wa cakap sama lu *eh? lain macam bunyinya. aku ingat lagi masatu ada kelas ganti, kelas malam kat fastrack. kelas ELC dengan madam. madam ni best woo sebab dia boleh baca diri kita. bomoh kinda. masatu kelas ganti belajar sikit je pastu madam ajak tengok cerita Frozen. then, dia baca setiap orang dalam kelas. sampai turn aku dia kata aku ni jenis tak ambil kesah orang cakap, tak kesah orang nak buat aku macam mana pun dan aku juga sangat matang serta baik orangnya. *uhukk uhukk, maaf terbatuk pula. Soal jodoh pulak madam kata dia tak tau aku nak yang macam mana sebab dia tak boleh nak baca aku. *hebat tak? bomoh pun takleh baca aku tau. aku malas aa an nak cerita benda ni nak-nak part yang "BAIK" tu tapi dah tercerita kan,, nak buat cane. orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip butang delete tak jumpa pulak malam-malam gini. hmm. *apa kau mengarut ni sitan. 

okay berbalik pada cerita tadi, aku sebenarnya dah lama perasan dah kawan aku ni sakit kepala dan muka dia sangat pucat kemerah-merahan. dia pun macam tak sihat sangat seharian. so, lepas habis kelas tu aku jalan dengan dia pelan-pelan. tiba-tiba dia kata dia nak tumbang dah, aku pun haa sudah aku nak buat cane ni siot? selang beberapa saat si minah ni pengsan dah. nasib aku pantas sambut dia. aku pun dukung dia, aku piggyback dia. tapi dia bukan piggy dia piggy halal. masa tu classmates  aku ramai la jugak yang bantu, kitaorang bergilir piggyback dia, sampai kat bus stop depan Mat kilau kitaorang letakkan dia kejap dan panggil polis bantuan yang bertugas sebab taktau nak buat cane dengan dia ni. aku first time kot duduk Jengka. Hospital pun aku taktau kat mana. masa tu lah. aku dengan kawan aku lagi sorang ni pegi tanya polis bantuan kat Mat Kilau tu macam mana nak buat dengan si minah yang pengsan ni, polis tu cakap pegi jumpa Encik Weldine (bukan nama sebenar) tanya dia dan suruh bawak pegi hospital. polis tu pun suruh pegi rumah Weldine guna motor dia. kebetulan dua orang je perempuan yang ada lesen motor, aku dengan Junie. so, oleh sebab yang pengsan tu kawan baik aku so, terpaksalah aku yang bawak motor. pakai motor polis bantuan duhh, korang hade? tak hade kan? hahahha.

then, sampai rumah weldine yang bertempat kat kolej tun fatimah tu, seingat aku dia duduk blok H sebab aku duduk blok J. aku pun bagilah salam depan pintu rumah dia. banyak kali jugaklah dia ni nak keluar. lepastu dia keluar dan berkata, berikut adalah perbualan aku dengan dia:

aku: "Salam tuan, saya nak bagitau kawan saya pengsan"
Encik Weldine: "haa.. dah tu?"
aku: ....*aku terdiam sebab aku taktau nk jawab apa sambil angkat kening kedua-dua belah.
Encik Weldine: "kau pegi suruh Polis Bantuan hanta hospital"
aku: "ha okay okay terima kasih. Maaf menganggu"
Encik Weldine: "haa.. yelah"

Lepas di suruh berbuat demikian. maka, aku pun merempit kembali ke Mat Kilau dan melaporkan pada PB (Polis Bantuan) tadi. 


aku: "Tuan! encik Weldine tidak mahu bekerjasama tuan! adakah kita perlu mengeluarkan waran tangkap?! bedebah!" *weh aku tipu je, biasalah galak sangat tengok A Galak kat gerak khas dulu-dulu.huhu

Ni perbualan sebenar okayy:

aku: "Tuan. Encik Weldine cakap dia suruh tuan yang bawak pegi hospital"
PB: "Eh, apesal aku pulak? tu kan keje dia? cakap dengan dia ni polis bantuan (nama dia) suruh dia bawak pegi hospital" *sambil tunjuk-tunujuk name tag dia, okaylah boleh tahan la garang dia.
aku: "erk, saya taktaulah. okay saya pegi cakap dekat dia" *peh penat aku dok ulang alik ni, bisik hati kecil ku.

maka, aku pun bergegas merempit kembali ke rumah encik Weldine itu. dengan muka tak malu aku berhadapan dengan dia lagi sekali. 

aku: "assalamualikum tuan, saya minta maaf sebab ganggu tuan lagi sekali. Saya dah pegi jumpa PB tadi tapi polis bantuan Adnan (bukan nama sebenar) yang suruh tuan hantar pegi hospital. Dia cakap tu bukan kerja dia tu keje tuan" *senafas aku cakap.
Encik Weldine: "alahhhh.. kau pegi rumah depan sana. Sebab harini dia yang sepatutnya bertugas bukan aku"
aku:"pegi sana tu? ha yelah. mekasih. Maaf ganggu malam-malam"

maka dengan hati yang agak geram ni sebab semua taknak bantu. aku pun melangkahkan kaki ku ke rumah depan dan memberi salam sebanyak lebih 3 kali. selepas banyak salam dia pun membuka pintu rumah dengan rambut kusut masai dan muka baru bangun tidur sekitar jam 10 malam.

aku: "Salam, Puan. Maaf menganggu. saya nak bagitau kawan saya pengsan"
Puan: "Pegi rumah depan sana" *sambil muncungkan mulut menunjukkan ke arah rumah encik Weldine
aku: "Rumah encik Weldine ke? saya dah pergi dah tadi, Encik Weldine suruh saya datang rumah puan sebab dia kata Puan yang bertugas minggu ni"
Puan: "Saya tak boleh. Saya demam" *nada suara menyampah. muka tak suka.
aku: "Haa? oookkay Puan, terima kasihhh. Maaf menganggu Puan!" *ucap kuat-kuat sambil senyum meleret tanda geram tapi still ada rasa hormat sebab orang tua.
Puan: *tak cakap apa-apa dan terus tutup pintu sambil jeling ke arah aku.
aku: "kau pehal siakk, nak gaduh ke?!" *bisik hati ku
.
Maka, lagi sekali aku kembali ke rumah si weldine itu. Aku taktaulah berapa kali duk ulang-alik. kalini aku ketuk kejap je si Weldine tu keluar. lepas ketuk pintu rumah dia, dia pun keluar.

aku: "Tuan, saya dah pergi tanya puan depan tu dia kata dia demam jadi dia tak boleh hantar"
Encik weldine: "time ginilah nak demamlah apalah, bukan susah pun nak hanta budak. Petang tadi elok je aku tengok dia kat pejabat"
aku: "yeke? habis tu macam mana ni tuan?"
Encik weldine: "Kawan kau tu kat mana? dah pegi tunggu sana nanti aku sampai bawak kete. Aku bukan taknak hantar tapi minggu ni bukan aku yang bertugas. Takkan aku nak buat kerja orang pulak. haishh"
aku: "tulah saya pun tak sangka pulak benda nak jadi gini. Saya tengok dia macam demam teruk je tadi tuan. nampak daripada muka dia. Oklah saya tunggu sana" *sambil tu aku nganjing jugak puan tu huhu
Encik Weldine: "Haish, macam-macam hal lah.. @!dj^%&#hcj * haa lepastu aku tak faham dia membebel apa. mungkin sebab kekurangan gigi hadapan dia sehingga mengelirukan gegendang telinga aku.

Dan aku pun merempit selaju-lajunya sampai budak-budak lalu lalang duk peratikan aku sampai aku hilang daripada pandangan mereka. Sesampainya aku kat bus stop tu aku pun buat pusing maut. dannn hamek kau memang maut betul. aku terjatuh depan polis bantuan beb, dah lah aku pakai motor dia. masak lah aku gini rosakkan motor dia huwaaaaa! sumpah aku takut campur malu. taklah jatuh teruk just dah benti tu tiba-tiba hilang imbangan dan jatuh. aku pun cepat-cepat bangun konon acah takde benda berlaku. padahal aku dah malu gila dengan classmates aku semua tengok. diorang nak gelak tapi tahan sebab ada hal gentingkan. lepastu selang beberapa minit Encik Weldine pun sampai bawak kereta dia. Aku dengan kawan aku Iffah papah si minah pengsan tu. Dalam kereta duk membebel je si Weldine tu. dia katalah member aku tu takde waktu lain ke nak pengsan. malam jugak nak pengsan, siang-siang tak boleh ke? aku nak je cakap kalau aku tau dia nak pengsan malam gini petang tu aku dah ajak dia datang hospital, duduk kat katil wad tu prepare awal-awal sebab kejap lagi nak pengsan. tapi aku diam je lah sambil-sambil tu layanlah jugak orang tua tu. Dah la kita minta tolong dia pastu takkan nak menyombong pulak. itupun mujur ada pamoga. eh, itupun mujur dia nak tolong tau.

sampai je hospital aku soronglah si minah tu naik wheelchair hanta masuk ke wad kecemasan. pastu aku tunggu kat ruang menunggu dengan Iffah dan Encik Weldine tu. lama lah jugak tunggu minah tu settle. Aku pun call lah mak dia bagitau apa yang belaku kat anak dia. mak dia boleh pulak nangis. aku tenangkan jelah cakap aku boleh tolong jagakan minah tu dan jangan risau. selepas drama yang agak lama, aku pun masuk balik kat ruang menunggu pesakit tu. Aku pun berborak lah dengan weldine tu pulak. dia cakap kawan kau tu lepas masuk air kau tengoklah berlari dia kejap lagi, lembik dia hilang kau cayelah. then, dia cite puan tadi tu sebenranya baru je kawin tu yang taknak keluar rumah tu. aku layankan jelah dia haha. tak lama lepastu nama penuh minah tu disebut guna speaker. suruh waris atau kenalan ambil dia dalam bilik kecemasan. Aku pun masuklah bilik rawatan tu dengan konfiden. Nurse tu tanya aku, aku ke waris atau kenalan si pesakit. aku ngangguk lah. tiba-tiba nurse tu pegi tolak wheelchair pesakit lain kat aku. rupanya nama member aku yang pengsan tu sama nama dengan pesakit yang nurse bagi kat aku ni. aku pun haa tolak jelah wheelchair dia bawak keluar jumpa family dia. dah la pakai baju jersi pahang sama dengan member aku tu, nama pun sama jugak siap dengan binti sekali. kebetulan betul.

Pastu bila dah settle aku pun bawaklah member aku ni keluar masuk dalam kereta Weldine. kalini aku duduk depan sebelah weldine. yang member aku dua orang tu duduk belakang. si weldine ni banyak betul mulut dia tak padan tak cukup gigi tu. cerita itulah inilah. cerita pasal histeria bila study week, cerita pasal kereta dia pernah langgar beruk lah siap nak suruh aku tengok kesan kena langgar beruk nanti masa nak turun. yang dua ekor kat belakang tu dah gelak-gelakkan aku. walau apa pun aku berterima kasih sangat kat encik Weldine sebab nak jugak dia tolong. kalau tak inalillah dah agaknya member aku tu sekarang ni. sebab semua orang buat dia macam bola. tendang sana tendang sini last-last encik tu jugak yang nak tolong. esoknya pergi kelas budak-budak ni nganjing aku sebab dapat tengok free show aku jatuh motor semalam. pundi betul. diaorang taktau ke aku panik nak menyelamatkan nyawa orang? dan aku pun fail test calculus bersama minah tu sebab malam tu tak study sebab dok jaga si minah tu sakit. maka berhuhu lah kami berdua bila tau sama-sama failed. besar pengorbanan aku ni tautakk, kalau kau tak hargai aku lah.. aku taktaulah nak cakap apa. dah jangan sakit-sakit lagi okay, cakap orang banyak penyakit padahal dia lagi banyak penyakit. pfft.