Saturday, February 22, 2014

MACAM MANA NAK ISI BORANG UPU ? BAGI LEPASAN SPM



macam mana nak isi borang permohonan UPU ni ? mana nak cari laman web nya ? macam mana cara nak isi ? macam mana ni macam mana tu .. blablabla .. okay those yang buntu teramat sangat sampai taktau nak isi macam mana , meh sini miss tolong awak semua  tapi miss bukan pro yee ? just nak share pengalaman miss macam mana nak isi benda ni . well , first of all bismillah banyak-banyak supaya yakin dengan pilihan yang dibuat *ceh , padahal tangan sejuk kemat masa nak isi , maklumlah takut. Tak diragukanlah first time isi macam nak gugur jantung ni , yelah masa depan kita ni woii . masatu dalam fikiran ni , betul ke pilihan aku ni ? aku ni bijak tang mana ? nak pilih hebat-hebat but result spm aku apacitaa ? no worries , ini semua poyo ini semua normal yaa awak-awak semua . jangan ghisau sebab Allah dah tulis perjalanan hidup kita ni . okay , cakap banyak-banyak point penting tak masuk jugak dah berkolam keyboard ni *huh ?? 

okay , first step acani .. mula-mula pegilah beli nombor pin UPU // unik ID tu dekat BSN yang berdekatan . pilih yang lepasan spm punyalah *belogg ini dipenuhi cerita lepas spm , kalau yang stpm tu maaf saya tidak arif yang arif.

*minta maaf tuan punya badan , mohon pinjam yaa . slip saya sudah menghilangkan dirinya 

lepas dah beli pin UPU tu bayarlah ye .. jangan lari pulak nanti kena kejar dengan penjaga bersenapang tu .  saya bayar RM10.00 *gambar di atas untuk UiTM-diploma So , yakinkan lah diri tu untuk memohon ke bahagian kemasukkan pelajar (UPU) - klik di sini . maka , keluarlah gambar ini : 
*sila zoom in untuk melihat secara HD

Baca ya anak-anak . langkah seterusnya awak kliklah untuk memohon dan keluarlah gambar ini pula :

*sila guna microscope jika masih tidak jelas kelihatan

tekanlah arrow kat tepi tu nanti keluarlah pilihannya , bagi yang lepasan SPM pilih la SPM ya jangan lepasan STPM pulak yaa . then tekan Masuk . lepastu baca la dengan teliti pasal kategori-kategori tersebut . bagi lepasan SPM pilih kategori A okay ! gambar seperti dibawah :

*sila rajinkan diri untuk membaca , kajian mendapati lelaki malas untuk membaca mengikut urutan . mohon pembaca lelaki jangan sumpit saya , sumpit yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

After that , korang klik la untuk membuat pemohonan dan keluarlah ini pula *sila bersabar seperti gambar berikut : 
*jika tak nampak lagi sila buat bentuk huruf O pada jari telunjuk dan ibu jari seperti bercantum hujungnya , lepastu letak kat mata.

isilah butir-butir yang diinginkan , I/C tu taip betul-betul . nombor unik ID jangan lupa pulak tau . kata laluan .. kata laluan pebende ni ?? takde tulis kat slip ni pun ?? kata laluan tu password *huh ?? kali kedua Maksudnya password awak seorang je tau .. yelah maklumat peribadi mesti orang awam tak boleh tau *buatnya thambi bukan warganegara Malaysia tiru I/C korang macam mana ? kalau muka sama pulaktu macam mana ? haa .. hati-hati okay. Selepas itu , korang isilah maklumat peribadi , I/C ibu bapa mesti kena prepare , gaji bulanan ibu bapa pun kena prepare dan jangan lupa tekan button simpan&seterusnya . kalau tak tekan sia-sia je taip . dannn tadaaa ! sampailah bahagian di mana korang kena pilih courses apa yang korang nak amek . ada 8 pilihan .. better korang pilih yang betul-betul korang minat kat bahagian ada star merah tu . yang lain korang pilih la apa-apa yang macam best je , macam seronok je . langkah terakhir , kenalah CETAK dan send . ku akui lah nak cetak aku mengalami masalah , yang mana aku suruh je abang aku buatkan sebab aku taktau . jadi korang buat perlahan-lahan okay . dan lagi satu jangan mohon lambat sangat sebab dah ada kes *cikgu aku bagitau  tau nombor unik ID tu boleh sama dengan orang lain . that's why nombor unik ID tu korang kena nyorok-nyorok kalau nak tengok . kalau boleh nak tengok nyorok dalam almari ke , bawah katil ke , belakang pokok ke atau tempat yang kawan-kawan bertanduk tak boleh tengok . jadi sampai di sini dan selamat mencuba ! kalau ada silap dan salah maafkan saya yaa .. *kalau tidak yakin sila buat research banyak kali .. macam aku lah .. hoho .. soo ... JOM MASUK U !





Saturday, February 15, 2014

rindu nak ke sekolah bagi budak lepasan SPM macam aku ^^

            assalammualaikum~ hah ! jawab ! kalau tak jawab dosa *ayat masa sekolah rendah .
okay first of all , kepada batch96 yang sangatlah gemuruh untuk menunggu keputusan spm tu janganlah risau sangat *ajet-ajet tak ghisau , sebab korang dah buat apa yang termampu kan ? , sampai peluh kering peluh kering keringat engkorang tu just redha okay ?.. apa yang penting sentiasa berdoa . sentiasa fikir Allah always beside you . kalau dah tertulis di luh mahfuz yang korang atau aku akan kecundang dalam spm *selisih malaikat 44 , jangan bersedih sebab life must go on ! gagal spm tak bermakna gagal selama-lamanya *now i wonder , kenapa ayat aku macam dah tau je failed kan ? insha allah tidak lah ! kita kena always think positive kan ^^ . aku rasa apa yang korang rasa .. nak-nak lagi nerd yang macam aku ni *silalah geng dengan aku wahai nerd sekalian , jadi nerd ni asek gelisah je sampai termimpi-mimpi kot result spm dah keluar . aku penah ape mimpi dapat 7A , bangga siot and yang tak boleh blah tu aku mimpi aku dapat 7A3B , mana datang lagi satu subject pun aku taktau sedangkan aku amek 9 subject je , hihi .. masa sekolah dulu aku amek aliran sains *selalu orang fikir budak sains ni pandai , padahal .. emm . subject sains ni best tau , bagi adik-adik yang tak confident nak amek aliran sains ke sastera ke akak cadangkan korang amek je aliran sains tapi nak kena rajinlah .. *sebab tulah sejak amek aliran sains terus berubah kearah nerd gitu . masa aku form4 aku suka belajar bios and logos (biology) and aku paling tak suka belajar chemistry dengan fizik sebab entah ape-ape je . tapi naik form5 aku paling suka chemistry dengan physics .. seghonok beb ! aku ingat lagi kimia belajar pasal acid and base , electrolysis *feveret kite ! . paling aku benci kena hafal nama-nama yang buat periodic table tu , sape jumpe dulu sape tu dimitri eh *terok betul . physic pulak kacang goreng je beb ! *sambil mendada dengan bangga . aku nasihatkan korang kena hafal formula .. macam pressure tu sume ada formula * aku dah lupa sebenarnya formula sume tu , hoho . tapi alhamdulillah aku dapat cikgu fizik gila simple and sporting walaupun pemalu cikgu * famous cikgu yazid , hihi . tetapii~ biology pulak aku tak suka dah sebab banyak sangat kena hafal beb , susah betul nak lekat dalam otak aku ni belajar pasal pollen grain sume tu , maaf cikgu ! silalah ambil bamboo stick dan sebat saya punya kawan . soalan kadang-kadang jawapannya takde dalam buku , kena fikir sendiri . so rajin-rajinlah ye carik maklumat .. maklumlah zaman sekarang ni nak cari maklumat dihujung jari je .. jangan jadi macam hakak ni bukak internet main fesbuk , wechat and bukak blog entah pape .. subject yang paling aku tak suka sangat the one and only , additional mathematics .. sesiapa yang suka subject ni engkorang memang otak geliga .. aku tak tahan beb belajar ni .. nak-nak lagi cikgu yang ajar cikgu cina .. ajar macam kiteorang ni otak macam dia .. zupp zuppp ! faham tak semua ? hah awak sila jawab soalan ni *confirm aku aja kena soal , nasib baik partner aku ni bijak sikit dari aku , huhu . tapi serius aku rindu gila kot nak masuk sekolah . yelah , aku ghindu meja belajar aku , ghindu cikgu fizik , cikgu kimia , cikgu bm aku .. so , adik-adik jangan malas-malas ke sekolah sebab lepas habis sekolah benda pertama korang akan seronok sebab tak pegi sekolah lagi , dah tak payah iron baju , basuh kasut sekolah * aku tak pernah basuh kasut masa form5 . , bawak beg , bangun pagi dan memerut di pagi hari ketika adik-adik dah siap pakai kasut . sebab adik akan rinduu nak pegi sekolah , jumpa kawan-kawan semua tu . lepas habis sekolah adik-adik akan bosan yang amat ! kesimpulannya , belajar rajin-rajin dan semoga berjaya ! <3