Saturday, February 22, 2014

MACAM MANA NAK ISI BORANG UPU ? BAGI LEPASAN SPM



macam mana nak isi borang permohonan UPU ni ? mana nak cari laman web nya ? macam mana cara nak isi ? macam mana ni macam mana tu .. blablabla .. okay those yang buntu teramat sangat sampai taktau nak isi macam mana , meh sini miss tolong awak semua  tapi miss bukan pro yee ? just nak share pengalaman miss macam mana nak isi benda ni . well , first of all bismillah banyak-banyak supaya yakin dengan pilihan yang dibuat *ceh , padahal tangan sejuk kemat masa nak isi , maklumlah takut. Tak diragukanlah first time isi macam nak gugur jantung ni , yelah masa depan kita ni woii . masatu dalam fikiran ni , betul ke pilihan aku ni ? aku ni bijak tang mana ? nak pilih hebat-hebat but result spm aku apacitaa ? no worries , ini semua poyo ini semua normal yaa awak-awak semua . jangan ghisau sebab Allah dah tulis perjalanan hidup kita ni . okay , cakap banyak-banyak point penting tak masuk jugak dah berkolam keyboard ni *huh ?? 

okay , first step acani .. mula-mula pegilah beli nombor pin UPU // unik ID tu dekat BSN yang berdekatan . pilih yang lepasan spm punyalah *belogg ini dipenuhi cerita lepas spm , kalau yang stpm tu maaf saya tidak arif yang arif.

*minta maaf tuan punya badan , mohon pinjam yaa . slip saya sudah menghilangkan dirinya 

lepas dah beli pin UPU tu bayarlah ye .. jangan lari pulak nanti kena kejar dengan penjaga bersenapang tu .  saya bayar RM10.00 *gambar di atas untuk UiTM-diploma So , yakinkan lah diri tu untuk memohon ke bahagian kemasukkan pelajar (UPU) - klik di sini . maka , keluarlah gambar ini : 
*sila zoom in untuk melihat secara HD

Baca ya anak-anak . langkah seterusnya awak kliklah untuk memohon dan keluarlah gambar ini pula :

*sila guna microscope jika masih tidak jelas kelihatan

tekanlah arrow kat tepi tu nanti keluarlah pilihannya , bagi yang lepasan SPM pilih la SPM ya jangan lepasan STPM pulak yaa . then tekan Masuk . lepastu baca la dengan teliti pasal kategori-kategori tersebut . bagi lepasan SPM pilih kategori A okay ! gambar seperti dibawah :

*sila rajinkan diri untuk membaca , kajian mendapati lelaki malas untuk membaca mengikut urutan . mohon pembaca lelaki jangan sumpit saya , sumpit yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

After that , korang klik la untuk membuat pemohonan dan keluarlah ini pula *sila bersabar seperti gambar berikut : 
*jika tak nampak lagi sila buat bentuk huruf O pada jari telunjuk dan ibu jari seperti bercantum hujungnya , lepastu letak kat mata.

isilah butir-butir yang diinginkan , I/C tu taip betul-betul . nombor unik ID jangan lupa pulak tau . kata laluan .. kata laluan pebende ni ?? takde tulis kat slip ni pun ?? kata laluan tu password *huh ?? kali kedua Maksudnya password awak seorang je tau .. yelah maklumat peribadi mesti orang awam tak boleh tau *buatnya thambi bukan warganegara Malaysia tiru I/C korang macam mana ? kalau muka sama pulaktu macam mana ? haa .. hati-hati okay. Selepas itu , korang isilah maklumat peribadi , I/C ibu bapa mesti kena prepare , gaji bulanan ibu bapa pun kena prepare dan jangan lupa tekan button simpan&seterusnya . kalau tak tekan sia-sia je taip . dannn tadaaa ! sampailah bahagian di mana korang kena pilih courses apa yang korang nak amek . ada 8 pilihan .. better korang pilih yang betul-betul korang minat kat bahagian ada star merah tu . yang lain korang pilih la apa-apa yang macam best je , macam seronok je . langkah terakhir , kenalah CETAK dan send . ku akui lah nak cetak aku mengalami masalah , yang mana aku suruh je abang aku buatkan sebab aku taktau . jadi korang buat perlahan-lahan okay . dan lagi satu jangan mohon lambat sangat sebab dah ada kes *cikgu aku bagitau  tau nombor unik ID tu boleh sama dengan orang lain . that's why nombor unik ID tu korang kena nyorok-nyorok kalau nak tengok . kalau boleh nak tengok nyorok dalam almari ke , bawah katil ke , belakang pokok ke atau tempat yang kawan-kawan bertanduk tak boleh tengok . jadi sampai di sini dan selamat mencuba ! kalau ada silap dan salah maafkan saya yaa .. *kalau tidak yakin sila buat research banyak kali .. macam aku lah .. hoho .. soo ... JOM MASUK U !





7 comments:

  1. woww step by step . ni la blog yg bgtau dri mula smpai hbis .. hihi .. thanks !

    ReplyDelete
  2. terima kaih kak.. sye buat mcm nk ngis bende ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke ? buat benda ni nak kena sabar .. hakak pun hampir nak melalak haha

      Delete
  3. terima kasih kak juga~tapi saya ngalami satu masalah iaitu saya dah tutup tab tu sblm membuat cetakan .........so how can i print out again? thankiu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saye jwbkn ye. awk dah hantar belum? klau da hantar awk boleh buka semak permohonan dan cuba print . maklumat yg da di idi ade kt situ . klau belum hantar awk kena isi balik

      Delete
    2. thanks anon 3:04 jawabkan :)

      Delete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^