Monday, October 27, 2014

Perangai Setiap Individu

Assalammualaikum penduduk bumi.

  well toksey terkezut sangat apehal aku update entry baru. Nampak tak kegianan aku nak buat cerita baru setelah berhempas hampagas pulas semuanya pasal entry lepas bertajuk kehidupan di Universiti. Kalini aku nak bercerita pasal isi Universiti pulak. Bukan pasal fasiliti-fasiliti dalam U ye, ni nak berkisahkan kehidupan pelajar-pelar, rakan-rakan dan kenalan baru. Aku ni boleh dikatakan seorang yang suka meneliti seseorang terlebih dahulu. Kiranya aku ni observant. Aku taktau kenapa aku macamni sejak azali. Sebab sifat dan sikap inilah aku jadi Observant untuk kawan-kawan aku. Malah aku kat sana jadi penasihat cinta. Well, herankan? aku bukanlah pro tapi benda macamtu pada aku bukan susah nak tengok seseorang tu jenis macam mana, just firstly tengok muka, tengok cara cakap dan gerak geri tubuh seseorang. 

Jadi penasihat cinta ni bukan mudah. Nak-nak lagi kalau kau dapat hidu bahawa pakwe kawan kau ni ada affair dengan perempuan lain. Kau sebagai kawan takkan nak biarkan kawan kau beriya dengan pakwe dia yang dah main kayu tiga tu. Kalau kau jahat kau biarkan je dia macamtu, mesti hati kauorang terdetik "ah! lantak kaulah hidup kau bukan hidup aku lagipun bukan masalah aku nak sibuk-sibuk buat apa" Tapi kalau kau jenis yang baik tahap gila oink oink kau mesti akan fikir dan cakap macamni "eh, apa salahnya aku tolong dia, takkan aku nak biarkan dia macamtu. Kita dah jauh daripada mak ayah so, tanggungjawab sebagai kawan tu kena jalankan".  Kau punyalah beriya tolong. Cari maklumat sana sini. Sampaikan kawan baik pakwe si kawan kau ni pun kau dekati semata-mata nak korek rahsia supaya kau ada bahan nak report dan sedarkan kawan kau ni. But, bila kau dah cukup bahan kau rasa tak sanggup nak bagitau. Takut kalau kau lukakan hati dia. Takut kalau kawan kau ni fikir kau tak merestui hubungan diorang dan sebenarnya kau jeles tahap dewa even muka pakwe dia macam muka pecah rumah. Dan kau pun ambil inisiatif lain dengan setiap kata-kata kau letakkan satu ayat sindirian seolah-olah kau yakinkan dia yang pakwe kau tu sebenarnya ada perempuan lain! Then, dangg!! *batu 10,000 Newton jatuh atas kepala kau. Segala usaha dan keringat kau tu hanyalah sia-sia. Bila kau bercerita dari abjat A sampailah guna bahasa isyarat macam dalam berita RTM tu still member kau tak percaya. Well, apa yang kau harus buat? kau biarkan jelah dan tunggu sampai dia datang balik kat kau dan cakap "betul cakap kau, kalaulah aku dengar awal-awal kan bagus" Walaupun ada sesetengah kita fikir nak sibuk hal orang buat apa, jaga hal sendiri sudahlah. Macamnilah, kalau kita jaga orang lain, orang lain pasti akan jaga kita macam what you give you get back. Lagipun kau inalillah nanti bukannya kau uruskan sendirikan? bukan kau boleh bergulung-gulung masuk dalam liang lahad sendiri kan? So, why not kau ringan-ringankanlah sikit bantulah orang-orang macamni, Kalau ye pun diorang taknak dengar at least kau dah cuba. 

Another is, manusia yang taknak mengalah dan cakap nak menang je. Ni lagi satu, Aku bukan nak cakap apa tapi aku tak pernah jumpa lagi kawan-kawan aku yang sentiasa mengalah dan merendah diri dalam percakapan. Satu jelah cara nak lawan orang yang cakap tinggi ni. Aku tau mana ada orang yang suka orang yang cakap macam nak bergegar dunia. Cara dia kau cakap rendah jelah. Kalau boleh kau hina lagi diri tu. Maybe cara ni tak berkesan untuk si cakap tinggi tapi berkesan pada diri kau sebab dengan macamtulah mampu pupuk diri kau dengan tidak meninggi diri. Walaupun saingan perbualan kau tu cakap dia ada kereta mercedes kau cakap je kau cuma ada motor buat angkat kelapa sawit. Kadang-kadang damn funny jugak bila ada member kuat cakap besar. Tapi please lah cakap besar sangat tak style okay. Buat orang menyampah. Bukan kita ni busuk hati sampai tak boleh tengok kekayaan orang lain tapi tolong jangan riak dan merendahkan orang lain. Itu sangat tidak cool dan ofcourse berdosa. Aku still terngiyang ayat ni. Seseorang pernah cakap dekat aku. "weh! kau terima jelah dia, lagipun dia pakai iPhone". I was like.. hah? so sebab dia pakai iPhone aku kena pertaruhkan cinta aku? mentaliti apakah ini wahai para muslimin dan muslimat sekalian? haish macam-macam perangai aku jumpa tau. Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang kita sangat bangga dengan harta benda. 

And one more, ada juga orang yang sangat bangga dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak bercerita tentang kemampuan ahli keluarga memang tak sah. Bosan k bosan. Well siapa tak bangga kalau adik or abang or kakak kau dapat 10A, kerja pilot, jadi doctor pakar bedah, pelari jarak jauh sampai hujung dunia or apa-apa yang membanggakan. Nak bercerita boleh tapi janganlah letak hiperbola melebih-melebih. Kalau dah setiap hari cerita orang bosan jugak even kalau pelawak buat lawak yang sama berulang kali pun penonton dah tak gelak lagi. Then bila kau rasa tercabar kau pun ceritalah pasal kehebatan keluarga kau pulak tapi kawan kau buat tak dengar je. Seolah-olah keluarga kawan kau tu terlebih hebat maka keluarga kau dah terkeluar awal so, takde dalam list untuk beradu kehebatan. Puihh. Lagi satu aku rasa semua orang penah kena ni. Bila kawan kita bercerita bagai nak rak kau jadi pendengar yang gila setia. Kau dengar cerita dia macam besok kawan kau ni dah takde lagi. Walaupun cerita kawan kau ni bergulung-gulung susah nak faham dan kau sanggup dengar dan kalau kawan kau cuba buat lawak tapi tak jadi dan sangat krik krik kau mesti pura-pura gelak macam lawak sangat padahal kau tak faham satu pun apa yang dia cuba nak sampaikan sebab punchline tak jadi. Then, bila turn kau bercerita bagai nak rak kawan kau buat tak dengar. Malas nak layan. Buat bodoh. Menguap. Bila kita dah cerita tak habis dia potong dan sambung cerita dia. And the most paling sedih dan menyakitkan hati bila kau buat lawak tapi punchline lari kawan kau cakap ni "apa kau berbual?" ,"aku tak faham, HAHA", "LOL". Mesti hati kauorang berapi bak gunung merapi yang meletus-letuskan? i know that feel kahkah. Hati rasa menyirap gila sampaikan kau rasa nak hapuskan keharaman dan kejadahan ini semua.

Actually kita sebagai manusia bukanlah semua tak elok. Kita semua sama je tapi yang membezakan adalah perangai dan cara. Aku bercerita bukanlah aku ni seorang yang perfect 10 sampai tiada cela langsung. Aku pun bukanlah manusia berhati mula tahap level tertinggi dalam clash of clans. Cerita ini juga berdasarkan penglihatan aku terhadap orang sekeliling aku dan aku adaptasi ke dalam blog ini. So, don't  butthurt okay. Setakat ni jelah aku bercerita. Saja nak cerita tentang kehidupan masyarakat sekeliling buat bahan. Sebenarnya banyak lagi tapi setakat itu jelah yang aku rasa dan nampak paling top dalam otak aku ni. Maafkan kesalahanku kalau ayat aku ada yang rasa tak elok. Sekali lagi ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Peace No War, ngee :p. 

Assalammualaikum.

Friday, October 24, 2014

Kehidupan Aku Di Universiti. (UiTM Pahang Kampus Jengka)

assalammualaikum semua!


ecehh fefeeling blogger terkenal gitew, yelah dah lama gila tak update blog ni dah bersawang dah. bukan setakat spider je bapak spider pung ade ni hahaha. Maaflah yee bukan sengaja tapi serius saya sangat super duper busy yang teramat sangat adui ter.*cikgu bm jangan hukum saya, sobs.
Okay ingat tak review sebelum ni aku ada bilang tentang aku keliru harus gimana nih perjalan hidupnya, kok indon banget? maklumlah cuti semester ni aku takde kerja. tengok tv rancangannya pusing-pusing tu jugak. last-last aku ngadap jelah cerita sinetron indonesia cerita Sinar tu. Walaupun ceritanya ehem aku tengok jelah sambil jari-jemariku ligat mencari muruku dalam balang sambil kerutkan kening dan hati berkata "Bedebah!, apakah semua ini? beta merasa murka!" *k jangan percaya aku bohong.
Aku cuma cakap dua patah perkataan je tapi memberi impak yang besar iaitu "hagham jadah"
cakap pasal muruku kan nak cakap ni, Happy Deepavali/Happy Diwali to all my indian friends dan untuk Sir David. Sir jangan merajuk dengan saya lagi tau sebab saya taknak masuk sukan tahun lepas dan tahun sebelum tahun lepas. Tapi sir takyah ah majuk sebab saya takde jiwa romentik macam dalam cerita bollywood tu main kejar-kejar, lari-lari dalam hujan semata-mata nak minta maaf. Penatlah saya nak tukar-tukar baju nanti. Sorry k Sir, Love you. Oh yaa, i miss your hair. Berkilat giteww.

K semakin jauh aku pergi ya. Ya.. ya.. aku sedar itu haha. Okay actually review sebelum ni aku kan keliru tahap dewa bilamana aku taktau nak pergi ke matriks ataupun diploma kan? Yup akhirnya aku telah memilih ke Universiti iaitu mengambil pengajian dalam bidang Sains.. sains kembali eh, pfftt.. Program aku ni selama dua tahun setengah tau. *untung batch aku hihi, akak senior toksah pandang badi k, muah! Lagipun aku rasa macam aku tak kuat dari segi mental nak ke matriks so aku prefer ke sini iaitu ke diploma. Dan diploma tak semudah yang engkauorang sangka ya. Sila jangan pandang rendah pada kami. Walaupun macam mudah je Diploma ni kan tapi ternyata salah tanggapan mu!. Diploma Sains ni serupa jek macam kau belajar kat Matriks tu. Belajar macam masa kau nak amek SPM tu. Tapi kat sini kau kena lebih struggle dari SPM. Dah takde dah sesi suap menyuap oleh guru-guru korang. So, understand carefully what im going to say, apahal  masuk BI pulak ni. Saje je Koya. Aku ingat lagi masa first masuk Universiti ya Allah susahnya Dia jelah yang tau. Dengan taktau kelas kat mana,  apa nama blok-blok tersusun megah ni semua, jalan mana nak lalu, salah tengok jadual lagi, jadual bertukar-tukar setiap masa dan aku rasa macam hell. Masa orentasi, minggu destini siswa (MDS), lagilah rasa macam kenapa kita kena lalui semua ni?? whyy?? nak kasi kitaorang mati ke? ceh over seh ayat. *memang ontheway pun. Tapi orentasi tu aku bagi 8/10. Sebab? sebab PMDS tak tunjuk arah dan bawak kami ni batch96 keliling kampus. Sesi mengenali kampus la kengkononnya. Memanglah susah sebab intake batch kami ni super banyak. Aku pun heran kenapa diorang amek intake kalini gila buapak buanyak. Satu dewan tu penuh budak diploma in science je. Gila takkan aku nak compete dengan diorang punyalah banyak ni bisik hati kecil ku. Bayangkan ada dalam 500 budak sains selebihnya course civil, woodtech sume tu. Oh yaa per 900 ok. Ramai tu. Memanglah aku transit dan mereka sume ni bakal transit tapi apa salahnya tunjukkan arah pada kami yang kerdil ini. Satu haram jadah pun aku taktau apa nama blok-blok ni. Makan masa berminggu baru hafal nama blok, jalan-jalan shortcut semuanya ni. Nama lecturer lagilah hahaha. *amaran keras: jangan ikut seperti akak waahaha. Tapi you guys para PMDS did well okay! tanpa kauorang aku taktau aku amek berapa minit sampai dewan sejuk gila tu haha. Another is, serius aku homesick seminggu tau. Bila dapat balik masa first time tu aku rasa macam taknak pergi lagi dah sana haha. Tapi kehidupan harus diteruskan. Klise.


Ingat lagi masa masuk sini, aku orang first sampai bilik tau. Biliknya ya Allah bersawang, tilam toksah cerita dah macam peta selepas gempa bumi 10 scala richter. Hujung ke hujung petanya. Menakjubkan!. Aku sampai awal pun yelah aku kan orang Johor kenalah sampai awal kat Pahang ni. Maklumlah perjalanan jauh kann. Nak save masa ni, alhamdulillah sempat sampai tepat pada waktunya. Then . selepas dapat kunci aku terus pergi cari blok aku, dan aku dapat blok J. Punyalah jauh nak kena jalan. Blok A sampai J, kiralah abjat sebelum J. Sampai je bilik aku yang super awesome tu, aku letak beg sandang plastik UiTM warna biru tu beserta tali kad matrik atas katil. Aku dapat katil tingkat atas tau. Pastu aku blah pergi makan dulu sebab nak kejar masa. Beli baldi, sabun semua alatan keperluan asas then balik bilik kembali. Masa balik tu dah berkumpul dah family bakal-bakal roomates aku tu. Lepas diorang balik family aku pulak nak balik, you know what that kind of feelings. Aku nangis weh, benda yang aku taknak keluarkan keluar depan diorang. Malu tak malu ah, hilang macho aku kahkah. Aku tak babai pun mereka sebab sedih sangat. Masa ni aku start kemas-kemas beg sambil memotivasikan diri sendiri. Aku perasan dua orang bakal roomates aku ni bisik-bisik suruh tanya nama aku, hehe. Sorang budak Pahang nama dia Zati panggil Kecik yang sorang  lagi budak Johor nama dia Zaty juga panggil Zaty, yang Johor ni tanya nama aku, Aku tengah nangis ni belakang almari diorang nak main sesi tanya menanya nama aku pulak. Aku jawab ni je "Jap eh bagi orang habis nangis dulu"  dan diorang pun suruh aku go onn nangis tu. Actually roomates aku ada tiga orang yang lagi sorang tu orang Kuala Lumpur. Dia lambat sampai. Nama dia Yas.  Serius sedih weh, nak-nak lagi aku ni anak bongsu. Perpisahan dengan keluarga tak pernah berlaku selain kena tinggal kalau diorang nak pergi kenduri atau pergi econsave nak berbelanja sebab aku malas. Ni adalah perpisahan terbesar dalam hidup aku selama aku hidup dengan mereka sampai umur aku cecah 18tahun 6bulan tepat!


Malam tu aku tak boleh tidur, langsung tak boleh!. Asyik menangis tak kesudah. Setiap malam aku nangis sebelum tidur. Aku curi-curi nangis. Nak nangis kena pandai, mengadap dinding dan cover jangan kasi bunyi hahaha. Setiap hari bagi aku masa Minggu Destini Siswa tu adalah macam hell. Dengan senior paksa tu ini. Nak kasi kiteorang cekik pun 5 minit. Mandi pun 5 minit. Memang azab yang teramat! kaki masing-masing macam nak tercabut. Penat dia macam nak tukar jalan pakai tangan pulak. Mata jangan cerita memang rabak dah. Aku je kukuh sebab aku ni spesis nerd la jugak, aku risau kalau-kalau segala maklumat penting aku terlepas. Yang roomates aku dah terlentok, bukan terlentok je terlungkup dah pun! Aku jek keje kejutkan diorang and jaga line clear ke tak untuk diorang teruskan mimpi indah haha. Pengalaman memang banyaklah yang baru. Aku ingat lagi kena denda sebab buat salah and kiteorang dibangunkan pada jam 3 pagi. Padahal kiteorang baru tidur jam 1 pagi. Berapa jam je kiteorang tidur abang-abang dan akak-akak sekalian. Dengan kena berebut ambil makanan. Masatu aku terfikir ni pelajar U ke? macam budak-budak sekolah rendah mentaliti memasing. Dan yang paling macam ergh kasut kulit yang disuruh beli dan pakai tu tak pakai pun. Beriya aku beli, terkejar-kejar aku cari sebab beli last minute tapi at the end tak guna pun, nasib yang murah-murah je beli. Cannot go bila kiteorang kena pakai kasut sukan dengan baju kurung. Walaupun macam erk kelakarnya tapi pada aku okaylah jugak dah sangat bagus. Tak melecet kaki sebab korang akan banyak jalan. Walaupun damn funny tapi lama-lama pakai macam sesuai je. So, saya sokong cadangan pergi kuliah pakai kasut sport dengan berbaju kebaya. *okay fine jangan bash saya.

*ehem! amacam? aku rasa stylista sangat! sambil sapu rambut ke tepi.



*ni lah wajah roomates aku. yang depan ni zaty dan sebelah dia kecik dan sebelah lagi yasmeen(tak nampak pulak muka dia). Time ni kat dataran. Bosan sangat so lets take a selfie.



*masing-masing bosan dan mungkin diulit mimpi haha, dan im still mad sebab aku dengan roomates aku tak dapat skaf purple tu! dah habis orentasi baru dapat. Baik tak payah beb.

Dah beberapa bulan aku dah boleh adapt persekitaran. Baru aku faham kehidupan di universiti. Benda yang paling aku suka of course bila lecture cancel kan kelas, heaven gila! tapi bertukar hell bila lect nak buat kelas ganti. And classmate aku banyak orang kelantan eh. Semua kecek klate. Yang aku ni blurr plus plus. Nasib aku satu kelas dengan roomate aku yang orang Pahang ni. Dia dilahirkan di kelantan dulu lepastu dah besar sikit duduk pahang, dia la yang terangkan kat aku apa maksud-maksud bahasa diorang ni. Lama jugak nak adapt dengan geng klate ni, lama-lama aku boleh adapt dan mereka super awesome! Aku rasa ni la geng kelantan yang macam adik-beradik pada aku. Selalukan kita dah kena brainwashed. Kelate macamni Johor macamni dan dua buah negeri ni bermusuhan. Pada aku tolonglah, they all great dan aku nak tegaskan kat sini yang Johorean pun great kalau kenal betul-betul. Mungkin adalah certain manusia antara kita yang tak bagus yelah dalam setandan pisang tu tak semuanya elok kan? Namun masih banyak yang elok okay. Mentality tu kena ubah. *macam serius je haha. Bab assignment memang hahahahaha. Hanya mampu tergelak tidak ikhlas. Aku ingat boleh lepak-lepak bila masuk universiti ni. Nak-nak aku ni course science hah hamek kau dengan lab report tak sudah. Ingat lagi masa first buat lab report macam apalah aku buat, buat ayat terkontang-kanting. Bila dah lama-lama baru pro. Taklah pro sangat tapi bolehlah nak guna akal kurniaan Allah ni berfikir dengan baik lagi bernas.

So, sekarang cuti first semester. Aku rasa sangat bosan dan mengada nak pergi kuliah. Orang dah bagi cuti tu cuti jelah sebok nak belajar. Tulah manusia ni dah belajar nak cuti dah cuti nak belajar pulak. Perkara biasa latu.Tapi serius aku bakal merindui classmates aku sekalian sebab sem depan diorang banyak dah takde sebab diorang dapat pindah kampus Tapah. Aku tak dapat pindah sebab nama aku memang malang kalau ada lucky draw. Aku memang asalnya transit ke tapah tapi entahlah bila dapat pindah pun aku taktau. Ada yang kata sem 3 baru dapat pindah da ada yang kata dah takde pindah lagi. Ni jelah sisa yang bakal ada dalam kampus Jengka ni. So, cukuplah aku bercerita setakat ni. Penat dah menaip dan struggle ingat balik memori masa first masuk UiTM Pahang Kampus Jengka ni. Jenuh tapi banyak kenangan manis pahit dan perkara yang mematangan diri ini. Okay setakat ini jelah yang mampu ku kongsikn untuk tatapan kalian, geli je ayat. Tau dah memang panjang entri kalini. Hahaha, okaylah assalammualaikum. Thanks datang baca entri ni dan sebelum ni. Terima kasih daun keladi.