Monday, October 27, 2014

Perangai Setiap Individu

Assalammualaikum penduduk bumi.

  well toksey terkezut sangat apehal aku update entry baru. Nampak tak kegianan aku nak buat cerita baru setelah berhempas hampagas pulas semuanya pasal entry lepas bertajuk kehidupan di Universiti. Kalini aku nak bercerita pasal isi Universiti pulak. Bukan pasal fasiliti-fasiliti dalam U ye, ni nak berkisahkan kehidupan pelajar-pelar, rakan-rakan dan kenalan baru. Aku ni boleh dikatakan seorang yang suka meneliti seseorang terlebih dahulu. Kiranya aku ni observant. Aku taktau kenapa aku macamni sejak azali. Sebab sifat dan sikap inilah aku jadi Observant untuk kawan-kawan aku. Malah aku kat sana jadi penasihat cinta. Well, herankan? aku bukanlah pro tapi benda macamtu pada aku bukan susah nak tengok seseorang tu jenis macam mana, just firstly tengok muka, tengok cara cakap dan gerak geri tubuh seseorang. 

Jadi penasihat cinta ni bukan mudah. Nak-nak lagi kalau kau dapat hidu bahawa pakwe kawan kau ni ada affair dengan perempuan lain. Kau sebagai kawan takkan nak biarkan kawan kau beriya dengan pakwe dia yang dah main kayu tiga tu. Kalau kau jahat kau biarkan je dia macamtu, mesti hati kauorang terdetik "ah! lantak kaulah hidup kau bukan hidup aku lagipun bukan masalah aku nak sibuk-sibuk buat apa" Tapi kalau kau jenis yang baik tahap gila oink oink kau mesti akan fikir dan cakap macamni "eh, apa salahnya aku tolong dia, takkan aku nak biarkan dia macamtu. Kita dah jauh daripada mak ayah so, tanggungjawab sebagai kawan tu kena jalankan".  Kau punyalah beriya tolong. Cari maklumat sana sini. Sampaikan kawan baik pakwe si kawan kau ni pun kau dekati semata-mata nak korek rahsia supaya kau ada bahan nak report dan sedarkan kawan kau ni. But, bila kau dah cukup bahan kau rasa tak sanggup nak bagitau. Takut kalau kau lukakan hati dia. Takut kalau kawan kau ni fikir kau tak merestui hubungan diorang dan sebenarnya kau jeles tahap dewa even muka pakwe dia macam muka pecah rumah. Dan kau pun ambil inisiatif lain dengan setiap kata-kata kau letakkan satu ayat sindirian seolah-olah kau yakinkan dia yang pakwe kau tu sebenarnya ada perempuan lain! Then, dangg!! *batu 10,000 Newton jatuh atas kepala kau. Segala usaha dan keringat kau tu hanyalah sia-sia. Bila kau bercerita dari abjat A sampailah guna bahasa isyarat macam dalam berita RTM tu still member kau tak percaya. Well, apa yang kau harus buat? kau biarkan jelah dan tunggu sampai dia datang balik kat kau dan cakap "betul cakap kau, kalaulah aku dengar awal-awal kan bagus" Walaupun ada sesetengah kita fikir nak sibuk hal orang buat apa, jaga hal sendiri sudahlah. Macamnilah, kalau kita jaga orang lain, orang lain pasti akan jaga kita macam what you give you get back. Lagipun kau inalillah nanti bukannya kau uruskan sendirikan? bukan kau boleh bergulung-gulung masuk dalam liang lahad sendiri kan? So, why not kau ringan-ringankanlah sikit bantulah orang-orang macamni, Kalau ye pun diorang taknak dengar at least kau dah cuba. 

Another is, manusia yang taknak mengalah dan cakap nak menang je. Ni lagi satu, Aku bukan nak cakap apa tapi aku tak pernah jumpa lagi kawan-kawan aku yang sentiasa mengalah dan merendah diri dalam percakapan. Satu jelah cara nak lawan orang yang cakap tinggi ni. Aku tau mana ada orang yang suka orang yang cakap macam nak bergegar dunia. Cara dia kau cakap rendah jelah. Kalau boleh kau hina lagi diri tu. Maybe cara ni tak berkesan untuk si cakap tinggi tapi berkesan pada diri kau sebab dengan macamtulah mampu pupuk diri kau dengan tidak meninggi diri. Walaupun saingan perbualan kau tu cakap dia ada kereta mercedes kau cakap je kau cuma ada motor buat angkat kelapa sawit. Kadang-kadang damn funny jugak bila ada member kuat cakap besar. Tapi please lah cakap besar sangat tak style okay. Buat orang menyampah. Bukan kita ni busuk hati sampai tak boleh tengok kekayaan orang lain tapi tolong jangan riak dan merendahkan orang lain. Itu sangat tidak cool dan ofcourse berdosa. Aku still terngiyang ayat ni. Seseorang pernah cakap dekat aku. "weh! kau terima jelah dia, lagipun dia pakai iPhone". I was like.. hah? so sebab dia pakai iPhone aku kena pertaruhkan cinta aku? mentaliti apakah ini wahai para muslimin dan muslimat sekalian? haish macam-macam perangai aku jumpa tau. Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang kita sangat bangga dengan harta benda. 

And one more, ada juga orang yang sangat bangga dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak bercerita tentang kemampuan ahli keluarga memang tak sah. Bosan k bosan. Well siapa tak bangga kalau adik or abang or kakak kau dapat 10A, kerja pilot, jadi doctor pakar bedah, pelari jarak jauh sampai hujung dunia or apa-apa yang membanggakan. Nak bercerita boleh tapi janganlah letak hiperbola melebih-melebih. Kalau dah setiap hari cerita orang bosan jugak even kalau pelawak buat lawak yang sama berulang kali pun penonton dah tak gelak lagi. Then bila kau rasa tercabar kau pun ceritalah pasal kehebatan keluarga kau pulak tapi kawan kau buat tak dengar je. Seolah-olah keluarga kawan kau tu terlebih hebat maka keluarga kau dah terkeluar awal so, takde dalam list untuk beradu kehebatan. Puihh. Lagi satu aku rasa semua orang penah kena ni. Bila kawan kita bercerita bagai nak rak kau jadi pendengar yang gila setia. Kau dengar cerita dia macam besok kawan kau ni dah takde lagi. Walaupun cerita kawan kau ni bergulung-gulung susah nak faham dan kau sanggup dengar dan kalau kawan kau cuba buat lawak tapi tak jadi dan sangat krik krik kau mesti pura-pura gelak macam lawak sangat padahal kau tak faham satu pun apa yang dia cuba nak sampaikan sebab punchline tak jadi. Then, bila turn kau bercerita bagai nak rak kawan kau buat tak dengar. Malas nak layan. Buat bodoh. Menguap. Bila kita dah cerita tak habis dia potong dan sambung cerita dia. And the most paling sedih dan menyakitkan hati bila kau buat lawak tapi punchline lari kawan kau cakap ni "apa kau berbual?" ,"aku tak faham, HAHA", "LOL". Mesti hati kauorang berapi bak gunung merapi yang meletus-letuskan? i know that feel kahkah. Hati rasa menyirap gila sampaikan kau rasa nak hapuskan keharaman dan kejadahan ini semua.

Actually kita sebagai manusia bukanlah semua tak elok. Kita semua sama je tapi yang membezakan adalah perangai dan cara. Aku bercerita bukanlah aku ni seorang yang perfect 10 sampai tiada cela langsung. Aku pun bukanlah manusia berhati mula tahap level tertinggi dalam clash of clans. Cerita ini juga berdasarkan penglihatan aku terhadap orang sekeliling aku dan aku adaptasi ke dalam blog ini. So, don't  butthurt okay. Setakat ni jelah aku bercerita. Saja nak cerita tentang kehidupan masyarakat sekeliling buat bahan. Sebenarnya banyak lagi tapi setakat itu jelah yang aku rasa dan nampak paling top dalam otak aku ni. Maafkan kesalahanku kalau ayat aku ada yang rasa tak elok. Sekali lagi ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Peace No War, ngee :p. 

Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^