Friday, October 23, 2015

BABIES BLINK

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Orait sori okay pada yang komen tanya tapi aku tak dapat jawab on the spot because im too busy macam perdana menteri kengkononnyalah. Jap, adakah benar perdana menteri sangat sibuk? hmm. okay, entry kali ini ialah review pasal Babies Blink yang agak meletops. Jangan risau aku takdenye nak buat tajuk gempak macam takde hari esok. Contohya, Babies Blink bahaya, Babies Blink ada merkuri jadah apa semua nak tarik readers. Babies Blink sudahlah. *eh macam dah tertaip. Tak ni contoh je xP Actually aku taktau pun product ni meletop ke tidak atau mungkin aku lambat tau tentang kewujudan Babies Blink ni. Dulu aku pernah dengar pasal jenama product ni masa masih sekolah menengah lagi. Tapi yang aku tau benda ni macam makanan tambahan. Mungkin Babies Blink lain kot masatu. *k takyah masuk otak. lupakan.

K entry sebelum ni aku ada cakap aku takkan guna product lain lagi dan tak akan tukar product lagi. Well, ternyata aku membongak dan berdusta kerana aku still lagi dengan tabiat ni. Aku taktaulah macam mana nak bendung perkara ini kerana hal ini jika dibiarkan aku tahu akan memakan diri, barangkali angkara sikap syaitonnirrojim yang bertapak di hati ini dan mempengaruhi jiwa dan raga. Ok serabai tulis macamni. Aku dah tak bernafsu dah nak pakai product lain tapi sejak kawan aku perkenalkan Babies Blink ni and dia cakap makcik dia pakai sumpah muka flawless well siapa tak tergoda kan? harreyy punya kawan pengaruh aku. Tapi harrey harrey dia pun aku sayang sebab dialah aku pakai product ni tau and sumpah siot kulit aku dah pudar dah bekas jerawat. omaigadd macam tak caye je. *slang nigga. Aku just cuba-cuba je lagipun aku dah malas nak care dengan kulit muka aku ni sebab memang dah rosak sebab asyik tukar-tukar product je so, aku mengambil alternatif lain dengan cuba je. Kalau jadi jadilah, kalau tak jadi lantaklah. Sampai macamtu sekali aku fikir sebab aku dah malas nak manjakan kulit muka ni, 

So, at the end aku pun beli set Babies Blink ni. Harga dia masa first aku beli RM45 which pada aku as student sangat mahal. Kalau aku beli nasi berlauk cukup makan seminggu. Tapi kulit muka punya pasal aku sanggup melabur duit ke arah produk kecantikkan. Lagipun beb, wa perempuan beb. Nak jadi hape kau tak reti nak jaga muka kan. Aku bukan tak reti jaga muka cuma terlebih jaga pastu tukar produk memang padanlah muka. *laju tak aku bela diri hoho :p
Well, Babies Blink ni didatangkan dalam kotak pink yang comel teruk. Dalam tu dia ada sediakan satu toner, dua krim satu siang satu lagi malam, satu buku sabun dan satu serum kecik warna hitam macam gambar dibawah ini.

inilah satu set Babies Blink aku punya. Sori ah bekas kotak tu aku dah buang. Ekceli nilah set yang ketiga aku beli. Ahh pedulik hape aku korang nak cakap tak tanya pun. aku tetap jugak nak cite ni set ketiga aku huhu.

So far dah tiga kali aku beli. Means aku syorkan korang belilah jugak sebab aku yang selalu tukar produk ni pun and kulit pipi aku teruk dah pudar dah. Memang bagus ah product si Lyanaz ni. Pipi aku pun dah okay tau. Dan produk ni jugak memutihkan kulit kauorang so, yang nak putih tu gunalah jugak. 

Cara pemakaiannya Babies Blink ni pulak senang je. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Basuh muka dengan sabun pink tu. 
(kalau nak save kerat sabun tu kecik-kecik and letak dalam bekas sebab sabun ni cepat cair kalau kena air)
2. Lap muka dengan kain bersih sampai kering.
3. Ambil sekeping kapas muka dan letak toner atas kapas muka tu and apply kat muka supaya muka bersih sampai keluar kekotoran macam daki. 
(kapas ni ada jual kat watson. Beli yang buy 1 free 1. Jimat sikit)
4. Picit sikit serum dan ratakan ke seluruh kulit muka dan tunggu sampai kering.
5. Sapu krim malam sedikit jangan terlalu banyak. 
(muka berjerawat dinasihatkan sapu sedikit)
6. Baca doa tidur dan tidur.

Untuk pakai krim siang pulak macam biasa je sapu toner dan sapu krim siang. Tak payah nak ber-serum bagai simpan serum pakai untuk malam. Jimat. Krim siang ni dia tak melekit tau which is bagus tapi once kau berpeluh atau terlalu kena sinaran mentari yang panas lagi membahangkan, muka kau akan berminyak macam hagham. So, korang tepek la sikit compact powder supaya pagi muka kau flawless sampai petang. Takdelah pagi muka kau rata je bedak bila tengah hari bedak kat bahagian hidung kau dah hilang sebab dah cair. Dulu aku tepek bedak Pixy sekarang dah tukar bedak Miyami. *k takde sape tanya. Untuk tekstur krim malam pulak agak melekitlah tapi first pakai memang camtu bila kau dah ratakan dia akan meresap nun jauh ke dalam kulit muka kau. So, I am highly recommended korang cuba terai test product ni. 

sebelah kiri krim siang dan sebelah kanan krim malam. tekstur dia pun cantikkan. Lagi cantik kalau kaurang pakai. ececehh ayat hehee :')

Aku kan dah beli product ni tiga kali. Semua aku beli dekat Jengka, Pahang sebab aku belajar sana. Tapi aku pun tak pasti masa first aku beli harga dia RM45. Then, for the second one harga dia turun ke RM40. The last one, harga dia merundum ke RM30. So, harga dia sebenarnya berapa? pada aku bukan masalah pun harga makin kurang. Pada aku jackpot kot makin lama makin kurang. Tak salahkan aku berharap lepas ni aku beli dapat free pulak huhuu. Tapi apa yang aku curious pasal Babies Blink ni kan. Setiap kali aku beli. Semua bekas dan bentuk dalam kotak tu kan, berlainan. Ok, berikut adalah gambarnya:

tengok tu. Start dari kiri adalah set pertama yang aku beli, diikuti set kedua yang tengah dan yang terakhir set ketiga aku beli. Besides, sabun pun bentuk lain. Ada yang tebal, nipis sikit and serum pun lain warna.

Macam mana aku tak curious sebab takut jugak pakai yang tak ori. Lagipun aku taktau nak bezakan mana yang ori mana yang fake. Boleh bagi penjelasan tak bagi yang tau? Sebab aku pernah sekali tu beli yang set kedua krim malam tu macam berbuih tau. Aku fikir krim tu dah basi sebab berbuih haha. Macam tapai pun ada aku tengok. Tapi who cares beb, aku dah beli takkan nak buang dengan begitu sahaja. *kenapa macam nada iklan roti gardenia? So, aku just pakai jela. Tapi jerawat aku tumbuh sebiji wei kat atas kening. Besar nak mampuih pulaktu. Sampai aku nak pergi kelas aku buat-buat garu kening padahal ada chipsmore kat kening. Tapi tak effect tempat lain just setempat jela. 
Aku story ni based on aku punya pengalaman pakai dan aku cerita dengan jujur, amanah, fatonah , tabligh tanpa ada sedikit pun tokok tambah. Apa yang aku perasankan orang lain akan tegur aku muka aku dah kurang bekas jerawat. Maksudnya, kau tak sedar pun muka kau dah elok dan orang lain yang akan perasan. Dan satu je tips jangan selalu tengok cermin. Kau dah pakai krim apa semua pastu blah takyah nak belek-belek muka tu. Bukan boleh berubah jadi Keira Knightley ke, Avril Lavigne ke. Just let it go, let it go can't hold it back anymore. K korang terperangkap nyanyi lagu frozen dalam hati kan? aku tauu. Just biarkan je hokay? petua dari pemuda.

Aku memang berpuas hatilah dengan Babies Blink ni. Kalau aku tak puas hati takkanlah sampai tiga kali aku beli. Dan aku tak jual pun produk ni. Aku hanya pembeli biasa yang dahagakan kulit muka seperti neelofa. Apa yang aku sedar kalau aku nak beli je Babies Blink ni mesti cepat habis. Means, ramai yang pakai and berkesan kot. Ohyaa, kalau k colly kesan seawal 3 hari korang jangan terkejut kalau Babies Blink ni kesan seawal 1 minit. *sumpah aku tak tipu! ada tulis kat kotak kahkah.
Aku pakai nak kat dua bulan baru nampak kesannya hokayy. Membongak je. Rasanya itu je kot entry untuk tengah pagi buta yang mulia ini. Waktu untuk diri ini dibuai mimpi. See ya. Assalammualaikum :)