Friday, October 23, 2015

BABIES BLINK

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Orait sori okay pada yang komen tanya tapi aku tak dapat jawab on the spot because im too busy macam perdana menteri kengkononnyalah. Jap, adakah benar perdana menteri sangat sibuk? hmm. okay, entry kali ini ialah review pasal Babies Blink yang agak meletops. Jangan risau aku takdenye nak buat tajuk gempak macam takde hari esok. Contohya, Babies Blink bahaya, Babies Blink ada merkuri jadah apa semua nak tarik readers. Babies Blink sudahlah. *eh macam dah tertaip. Tak ni contoh je xP Actually aku taktau pun product ni meletop ke tidak atau mungkin aku lambat tau tentang kewujudan Babies Blink ni. Dulu aku pernah dengar pasal jenama product ni masa masih sekolah menengah lagi. Tapi yang aku tau benda ni macam makanan tambahan. Mungkin Babies Blink lain kot masatu. *k takyah masuk otak. lupakan.

K entry sebelum ni aku ada cakap aku takkan guna product lain lagi dan tak akan tukar product lagi. Well, ternyata aku membongak dan berdusta kerana aku still lagi dengan tabiat ni. Aku taktaulah macam mana nak bendung perkara ini kerana hal ini jika dibiarkan aku tahu akan memakan diri, barangkali angkara sikap syaitonnirrojim yang bertapak di hati ini dan mempengaruhi jiwa dan raga. Ok serabai tulis macamni. Aku dah tak bernafsu dah nak pakai product lain tapi sejak kawan aku perkenalkan Babies Blink ni and dia cakap makcik dia pakai sumpah muka flawless well siapa tak tergoda kan? harreyy punya kawan pengaruh aku. Tapi harrey harrey dia pun aku sayang sebab dialah aku pakai product ni tau and sumpah siot kulit aku dah pudar dah bekas jerawat. omaigadd macam tak caye je. *slang nigga. Aku just cuba-cuba je lagipun aku dah malas nak care dengan kulit muka aku ni sebab memang dah rosak sebab asyik tukar-tukar product je so, aku mengambil alternatif lain dengan cuba je. Kalau jadi jadilah, kalau tak jadi lantaklah. Sampai macamtu sekali aku fikir sebab aku dah malas nak manjakan kulit muka ni, 

So, at the end aku pun beli set Babies Blink ni. Harga dia masa first aku beli RM45 which pada aku as student sangat mahal. Kalau aku beli nasi berlauk cukup makan seminggu. Tapi kulit muka punya pasal aku sanggup melabur duit ke arah produk kecantikkan. Lagipun beb, wa perempuan beb. Nak jadi hape kau tak reti nak jaga muka kan. Aku bukan tak reti jaga muka cuma terlebih jaga pastu tukar produk memang padanlah muka. *laju tak aku bela diri hoho :p
Well, Babies Blink ni didatangkan dalam kotak pink yang comel teruk. Dalam tu dia ada sediakan satu toner, dua krim satu siang satu lagi malam, satu buku sabun dan satu serum kecik warna hitam macam gambar dibawah ini.

inilah satu set Babies Blink aku punya. Sori ah bekas kotak tu aku dah buang. Ekceli nilah set yang ketiga aku beli. Ahh pedulik hape aku korang nak cakap tak tanya pun. aku tetap jugak nak cite ni set ketiga aku huhu.

So far dah tiga kali aku beli. Means aku syorkan korang belilah jugak sebab aku yang selalu tukar produk ni pun and kulit pipi aku teruk dah pudar dah. Memang bagus ah product si Lyanaz ni. Pipi aku pun dah okay tau. Dan produk ni jugak memutihkan kulit kauorang so, yang nak putih tu gunalah jugak. 

Cara pemakaiannya Babies Blink ni pulak senang je. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Basuh muka dengan sabun pink tu. 
(kalau nak save kerat sabun tu kecik-kecik and letak dalam bekas sebab sabun ni cepat cair kalau kena air)
2. Lap muka dengan kain bersih sampai kering.
3. Ambil sekeping kapas muka dan letak toner atas kapas muka tu and apply kat muka supaya muka bersih sampai keluar kekotoran macam daki. 
(kapas ni ada jual kat watson. Beli yang buy 1 free 1. Jimat sikit)
4. Picit sikit serum dan ratakan ke seluruh kulit muka dan tunggu sampai kering.
5. Sapu krim malam sedikit jangan terlalu banyak. 
(muka berjerawat dinasihatkan sapu sedikit)
6. Baca doa tidur dan tidur.

Untuk pakai krim siang pulak macam biasa je sapu toner dan sapu krim siang. Tak payah nak ber-serum bagai simpan serum pakai untuk malam. Jimat. Krim siang ni dia tak melekit tau which is bagus tapi once kau berpeluh atau terlalu kena sinaran mentari yang panas lagi membahangkan, muka kau akan berminyak macam hagham. So, korang tepek la sikit compact powder supaya pagi muka kau flawless sampai petang. Takdelah pagi muka kau rata je bedak bila tengah hari bedak kat bahagian hidung kau dah hilang sebab dah cair. Dulu aku tepek bedak Pixy sekarang dah tukar bedak Miyami. *k takde sape tanya. Untuk tekstur krim malam pulak agak melekitlah tapi first pakai memang camtu bila kau dah ratakan dia akan meresap nun jauh ke dalam kulit muka kau. So, I am highly recommended korang cuba terai test product ni. 

sebelah kiri krim siang dan sebelah kanan krim malam. tekstur dia pun cantikkan. Lagi cantik kalau kaurang pakai. ececehh ayat hehee :')

Aku kan dah beli product ni tiga kali. Semua aku beli dekat Jengka, Pahang sebab aku belajar sana. Tapi aku pun tak pasti masa first aku beli harga dia RM45. Then, for the second one harga dia turun ke RM40. The last one, harga dia merundum ke RM30. So, harga dia sebenarnya berapa? pada aku bukan masalah pun harga makin kurang. Pada aku jackpot kot makin lama makin kurang. Tak salahkan aku berharap lepas ni aku beli dapat free pulak huhuu. Tapi apa yang aku curious pasal Babies Blink ni kan. Setiap kali aku beli. Semua bekas dan bentuk dalam kotak tu kan, berlainan. Ok, berikut adalah gambarnya:

tengok tu. Start dari kiri adalah set pertama yang aku beli, diikuti set kedua yang tengah dan yang terakhir set ketiga aku beli. Besides, sabun pun bentuk lain. Ada yang tebal, nipis sikit and serum pun lain warna.

Macam mana aku tak curious sebab takut jugak pakai yang tak ori. Lagipun aku taktau nak bezakan mana yang ori mana yang fake. Boleh bagi penjelasan tak bagi yang tau? Sebab aku pernah sekali tu beli yang set kedua krim malam tu macam berbuih tau. Aku fikir krim tu dah basi sebab berbuih haha. Macam tapai pun ada aku tengok. Tapi who cares beb, aku dah beli takkan nak buang dengan begitu sahaja. *kenapa macam nada iklan roti gardenia? So, aku just pakai jela. Tapi jerawat aku tumbuh sebiji wei kat atas kening. Besar nak mampuih pulaktu. Sampai aku nak pergi kelas aku buat-buat garu kening padahal ada chipsmore kat kening. Tapi tak effect tempat lain just setempat jela. 
Aku story ni based on aku punya pengalaman pakai dan aku cerita dengan jujur, amanah, fatonah , tabligh tanpa ada sedikit pun tokok tambah. Apa yang aku perasankan orang lain akan tegur aku muka aku dah kurang bekas jerawat. Maksudnya, kau tak sedar pun muka kau dah elok dan orang lain yang akan perasan. Dan satu je tips jangan selalu tengok cermin. Kau dah pakai krim apa semua pastu blah takyah nak belek-belek muka tu. Bukan boleh berubah jadi Keira Knightley ke, Avril Lavigne ke. Just let it go, let it go can't hold it back anymore. K korang terperangkap nyanyi lagu frozen dalam hati kan? aku tauu. Just biarkan je hokay? petua dari pemuda.

Aku memang berpuas hatilah dengan Babies Blink ni. Kalau aku tak puas hati takkanlah sampai tiga kali aku beli. Dan aku tak jual pun produk ni. Aku hanya pembeli biasa yang dahagakan kulit muka seperti neelofa. Apa yang aku sedar kalau aku nak beli je Babies Blink ni mesti cepat habis. Means, ramai yang pakai and berkesan kot. Ohyaa, kalau k colly kesan seawal 3 hari korang jangan terkejut kalau Babies Blink ni kesan seawal 1 minit. *sumpah aku tak tipu! ada tulis kat kotak kahkah.
Aku pakai nak kat dua bulan baru nampak kesannya hokayy. Membongak je. Rasanya itu je kot entry untuk tengah pagi buta yang mulia ini. Waktu untuk diri ini dibuai mimpi. See ya. Assalammualaikum :)

28 comments:

  1. Dulu pun i pakai babies blink jugak. Muka flawless je. Tapi stop lepas ada yang kata babies blink ni ada bahan berbahaya. Bila tak pakai muka kusam je. Dah try buat research tapi 50-50. Ada kata okay. Ada kata mmg ada bahan merkuri. And apa opinion awak pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i dah stop pakai dah. sumpah muka jerawat yang kecik-kecik tu tumbuh kat atas dahi. banyak gilaa. stop pun sebab tak ada masa nak beli yang baru. seminggu je flawless yang berbulan tu hilang. sedihh

      Delete
  2. kalau stop, ada kesan lagi teruk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! kalau awk dah pakai pastu stop tiba2 mmg lagi teruk. tumbuh byk jerawat kecik2 yg mcm kolestrol tu. better jgn pakai.

      Delete
  3. salam sis :)) saya ada dengar ramai kata pakai bb ni satu dua bulan flawless, bila lama lama muka dah teruk. dulu sis pakai jadi macamtu tak ? pada pendapat sis, bb ni elok tak & sgt disyorkan tak utk mereka yg di luar sana ? tq sis :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. pendapat saya la kan, better guna produk lain. mmg betul cepat kesan flawless tu tapi cepat jugaklah muka jadi teruk. tak payah tunggu berbulan, minggu ni muka elok minggu depan dah teruk. ada yg kata sbb pakai yg tk ori. tpi tk berani nk komen apa2 nanti kena kecam pulak haha. so, untuk keselamatan guna produk lain k :')

      Delete
  4. Saya pon pakai bb da 8 bulan.. Mula² ok. Nampak flawless. Tiba² datang satu² jerawat. Dan sekarang muka mmg teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah saya pakai pun mula-mula okay sangat lepastu lama-lama jadi teruk. tumbuh jerawat kecik2 tu. bahaya betul.

      Delete
    2. Aku lagi lah baru je pakai. Baru 4 hari pakai, tiba2 tumbuh jerawat kecik kt dahi. Lps tu dlm masa 4hari tu muka pedih2, menggelupas teruk. Then trus stop. Fuhh bahaya ooo

      Delete
    3. Aku lagi lah baru je pakai. Baru 4 hari pakai, tiba2 tumbuh jerawat kecik kt dahi. Lps tu dlm masa 4hari tu muka pedih2, menggelupas teruk. Then trus stop. Fuhh bahaya ooo

      Delete
    4. Cuba you all google krim timbang kilo....

      Delete
  5. Saya pon pakai bb da 8 bulan.. Mula² ok. Nampak flawless. Tiba² datang satu² jerawat. Dan sekarang muka mmg teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA ADA JUAL SABUN MADU KELULUT HOMEMADE
      BERMINAT BOLEH WS:
      BERMINAT BOLEH DIRECT PM YERR
      WASSAP SARA 011-1087 4935

      Delete
  6. Saya pon dulu pernah pakai babies blink...tapi makin lama bila pakai kulit muka jadi mengelupas plus pedih2 plus jadi kering....lepas tu stop pakai sbb tgk muka jadi makin teruk dan berubah ke skin care yg dari alam semuala jadi...Alhamdulillah lepas tu muka dh jadi okay balik,bukan sy nak burukkan babies blink ke apa,tapi ni just pengalaman sy after consume product ni...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. i feel you :') mula-mula je pakai elok lepastu muka jadi makin teruk. stop pakai muka naik jerawat terus. ingatkan bila continue pakai elok balik rupanya makin teruk daripada teruk. tkpelah kita bukan nak burukkan jenama dia. at least kita dapat selamat kulit muka orang lain kan :)

      Delete
    2. Yes you're true. Sy pun sama jd macam awak. Muka jd teruk, lps tu pedih2 habis muka

      Delete
    3. Yes you're true. Sy pun sama jd macam awak. Muka jd teruk, lps tu pedih2 habis muka

      Delete
  7. Saya pengguna babies blink dulu. Skrg saya dh stop bila ada yg kata ada meekuri bagai. Mmg product yg cepat putih dn flawless ni ada bahan mercuri. Sbb tu dia amik masa terlalu cepat. Bila saya dah berhenti pakai bb ni, jerawat naik banyak. Mmg kesan dia bukan skrg. Tapi kesan nya akan dtg. Ni kulit muka. Jgn berani main dengan api. Mkn tomato ataupon buat scrub tomato. InsyaAllah kulit lebih selamat. Apa2 boleh email saya. shahirahmz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. I dulu pun pernah guna. Tak sampai sehari, terus muka jadi teruk. actually, I dah tengok pun kat KKM list brand yang ada merkuri. Tu pun lambat sedar. But, la ni I guna brand Haus Skin yang confirm Natural & Organik. Barulah skin I dah kurang sikit. Tu pun more ways to go. Sebab once skin dah kena produk yang ber Merkuri, memang skin jadi super sensitif. So nak.cure, memang akan take time. Kena jaga dari dalam jugak. Amalkan buah2an & sayuran yang bagus untuk skin. Skincare pula kena guna yang untuk pulihkan skin barrier. Inshaa-Allah lama lama okay guna. Biar lambat, asalkan selamat 😊

      Delete
  8. Salam sis, nak tanya sikit.. agak2 produk ape y selamat sekarang ni? Sy pakai bb da setahun, ok jeq.. lepastu tetiba naik satu2 jerawat.. risau jgk sebab krim siang bb ni bertukar2.. muka sekarang pun da besepah jerawat tapi xbanyak sgt la.. pendapat??

    ReplyDelete
  9. saya pon ada masalah macam anna,lepas je beberapa bulan saya pakai,mula2 okeyh kawan pon kata saya makin putih tapi lama2 banyak gile jerawat kecik2 atas dahi, hampir 6 bulan lepas saya stop tapi still x hilang2 jerawat kecik tu.

    ReplyDelete
  10. pendapat saya, buat research dulu sebelom beli ape2 produk. kalau boleh, elakkan dr produk yg membuatkan KULIT MENGELUPAS, PEDIH, BREAKOUT (jerawat naik semasa pakai atau stop pakai), BOLEH PUTIH CEPAT, KRIM MELEKIT sebab dikhuatiri ada merkuri yg boleh menyebabkan kanser kulit.
    sekarang saya bertukat kepada PRODUK ORGANIK (berasaskan tumbuhan dan buahan). lagi selamat.lagipon produk ni HOMEMADE (not rebranding) bukan ambil dr kilang. KRIM MALAM die pon TAK MELEKIT LANGSUNG warne pink pulak tu dan MESRA SOLAT. tiada kandungan MERKURI, HYDROQUINONE MAHUPON PARABEN. dan lulus KKM. Nak berjemur tengah panas pon dah tak risau lagi sebab day cream die ade SPF.
    Masa saya buat research, saya dpt tahu yg founder die pernah breakout sebab pakai produk yg bermekuri. die tak keluar rumah selama 2 minggu. malu ade, fade up gile pon ade. then die nekad untuk buat produk skincare sendiri di rumah. kemudian terhasillah THE JUNNI SKINCARE. saya merupakan pengguna tegar produk ni kerana saya yakin produk ni betol2 selamat.
    pernah kecoh satu kes pasal sabun the junni ni, cust complain sebab sabun jd BUSUK dan MASAM, tak boleh gune lagi. rupe-rupenye cust tertinggalkan sabun tu dlm kereta dlm tempoh yg lama. kan panas tu. maklumlah, The Junni ni kan organik, even buah pon tak boleh terdedah pada matahari dalam tempuh yg lama sebab nanti jadi buruk. saya hanya berkongi cerita. memandangkan produk ni selamat, saya pon decide untuk kongsi dgn semua dan jual sekali.
    if korang nak tahu lebih lanjut or nak dptkan The Junni Skincare ni dr saya, bole terus ws 011 24207679

    ReplyDelete
  11. so sis, kiranya semua local product ni memang tak boleh nak dipercayai ke? Saya baru je beli kdoll miggu lepas, stop pakai pada hari ke-5 sebab tak yakin, 24/7 cari facts pasal krim mekuri ni. Nasib baik tak pakai lama, even though muka saya memang sensitif and bila mula2 pakai tu flawless sikit2 tapi better stop daripada skincare ni mengharukkan muka.

    ReplyDelete
  12. Saya pun pernah beli bb nie ... first time be tu harga rm 60 .. semua set ada lebel ( ada bagitau mana satu krin malam etc ) tapi kali kedua saya beli berharga rm 38 tapi yg nie pelik sikit dalam 1 set tu tak ada krim siang dan yg lebih aneh langsung tak ada label( maksudnya tak ada bagitau mana satu serum etc) lepas tu botol serum tu adalah plastik sgt berbeza dgn kali pertama saya beli bb ( sbb kali pertama saya beli bb ada botol kaca ) sekarang nie saya confuse sama ada yg ni ori ke tak n one more saya tak tau kat mana nak beli bb yg origal

    ReplyDelete
  13. Hmm saya dah try bb ni overall saya pakai x sampai seminggu bertimbun jerawat besar yang keluar,nk cakap putih tu x lak,makin merah pulak.Sbab trpedaya dgn testimoni saya pon try tp maybe produk ni x ssuai dgn saya sbab saya syak klu krim malam die tu ada merkuri sbab mlekat kot.n klu ramai prasan bb ni sama mcm collagen plus vitamin e&c,saya prnh pki cpve ni mmg hwpi sbab dpt kulit yg saya idamkan,tp x sampai 2 bln muke saya breakout trok.

    ReplyDelete
  14. I ad pkai baru 3 hari muka I xkusam n makin cerah taw. Esok tu naik jerawat seketol didahi, makin hari mkin bertambah sebb I stop pkai nk tgok oke tak bila stop. Then bermula lahhh breakout dimuka. Pipi dari xpenah ad seketol jerawat pun skrang dh bnyak huhuu. Hope I will found skincare yg kena dgn skin I. Emm tk pernah pakai skincare, tapi bila dh start pkai yea padan mukaaa . Dari muka biasa nk flawless sngt nha kena bertempek2 kena jerawat besaww.

    ReplyDelete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^