Thursday, July 27, 2017

GARLIC BREAD ft MUSHROOM SOUP (resepi express)

Hye, Assalammualaikum wbt.

Asyik post pasal life lah, cinta lah, skincare lah apa kata kalini kita post pasal resepi garlic bread ataupun bahasa melayunya roti bawang putih yang super simple. tak payah susah-susah tak payah pening kepala sebab resepi ni senang je nak dibuat guna bahan-bahan yang dah sedia ada kat dapur tu. sesuai untuk sarapan pagi, minuman petang dan bila-bila la terasa nak makan garlic bread ni. Sumpah ini adalah resepi garlic bread yang express dan mudah. Tak perlu beli kat kedai buat sendiri je lebih afdal dan mengikut cita rasa korang semua. peh ayat. 



Bahan-bahannya:

1 bantal roti perancis
100gm butter
4 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
lada sulah (secukup rasa)
daun parsli atau daun basil (kering)

Caranya:

1. Potong dadu 100gram butter 
2. Cincang 4 ulas bawang putih (ikut citarasa nak berapa banyak bawang putih tu)
3. Campurkan bawang putih yang dah dicincang tu ke dalam butter.
4. Letak secukup rasa lada sulah dan lada hitam.
5. Campurkan daun parsli kering atau daun basil kering ataupun tak payah letak kalau tak ada.
6. Gaul sebati guna garfu atau sudu.
7. Potong serong roti perancis ikut ketebalan yang diinginkan. tak payah nak ukur sangat berapa cm.



cukuplah tu dapat dalam berbelas potong roti perancis



sapu rata dua belah bahagian roti perancis yang dah dipotong tadi.




guna soup ekspress tinggal panaskan je. pilih nak perasa apa.
kan dah kata resepi express hehe



bakar dalam oven 160 darjah celsius selama 15 minit. api atas bawah. nak bakar atas pan panas pun boleh. no hal.




tadaaa!.. sesudah siap. nampak menarik kan? semenarik rasanya. hiks.



Demikianlah resepi mudah garlic bread daripada saya ini. selamat mencuba!

Sunday, July 16, 2017

LONG DISTANCE RELATIONSHIP aka CINTA JARAK JAUH

hai dan assalammualaikum.

Harini sis nak buat entry khas untuk pasangan yang bercinta jarak jauh. Maksudnya seorang duduk di pantai timur dan seorang lagi di pantai barat. Atau sorang duduk Jepun sorang Duduk Rusia. Tak kesahlah mana-mana pun janji jauh. Yang sorang duduk flat aras satu, sorang lagi duduk flat aras tiga jangan nak mengada jauh sangat eh. Dua je yang memisahkan antara satu dan tiga tu. Okayy, sis nak list kan perkara berkaitan dengan cinta jarak jauh. Bersedia guyss.. 

Sis nak nasihat, kalau tak kuat jangan nak mengada sanggup bercinta dengan orang jauh-jauh okay. Sebab kita bermain dengan hati dan perasaan orang. Kita tak tau hati masing-masing. Kalau korang jenis lautan api sanggup direnangi kau bia jelah makwe kau tak pakai tudung. eh tak tak.. kalau korang jenis sanggup redah lautan api tu okay pilih la pakwe makwe yang duduk jauh. Contohnya kau duduk selangor tapi bercinta dengan orang terengganu. Atau nak try awek penang tapi kau orang johor. Contoh la korang kenal dekat universiti ke tempat kerja ke kan. Okay berikut adalah perkara yang korang harus dan jangan buat:



1. Tolong jaga hati pasangan betul-betul. Sebab bila dah jauh kasih sayang pun dah jauh. Pasangan tak kiralah lelaki atau perempuan akan mudah berubah hati. Kita taktau tiba-tiba salah sorang dah mula menaruh harapan dekat orang lain. Jangan mudah tergoda. Ingat balik wajah yang tersayang.



2. Fahami pasangan. Kalau pakwe atau makwe korang ada masalah, tolong dengar luahan jangan buat taktau sebab kau sibuk takde masa. Sebab bila orang luah dekat kita maknanya dia selesa dan percayakan kita. Tak susah, kau iyakan aja sambil angguk. 



3. Jangan abaikan. Tolong jangan abaikan pasangan anda. Walaupun korang sibuk tolong make a time untuk si dia. Buat dia rasa dikehendaki dan dihargai. Jangan buat dia rasa kau dah tak sayang dia lagi, dah ada orang lain yang membahagiakan kau kat sana. Jangan.



4.  Jaga mata dan pandangan. Tolong sedar korang tu dah berkomitmen. Jangan gatal layan jejaka atau jejanda yang melirikkan mata ke arah korang. Tepis atau Haipp! kan mereka. Katakan tidak pada jejaka dan jejanda yang gegatal!


5. Setia. Kalau rasa tak boleh setia jangan bercinta. Kalau dah berubah hati bagitau jangan diam sebab kita sebenarnya dah seksa perasaan si dia. Kesian pakwe makwe yang jauh menaruh harapan menggunung padahal yang kat sini harapan membusut je. kesiann



6. Jujur. Jangan menipu, kalau ada sesuatu tak kena beritahu. Kalau sayang jujur kata sayang. Kalau benci jujur kata benci. Jangan selindung. Perikemanusiaan sikit, kau bukan bercinta dengan binatang.



7. Kata-kata sayang. Kalau dah jauh ni ringan-ringanlah beri kata sayang kata cinta. Buat si dia rasa "dia masih macam dulu, masih sayangkan aku, hiks". Tak susah pun yang buat susah ialah ego, malu nak mengaku sayang. Ingat, kau diam dia diam, ego menang. Tahniah ego.



8. Call atau mesej selalu. Tolonglah selalu call. Tak selalu pun, seminggu sekali cukup. Tanya khabar, tanya perkembangan atau apa terjadi hari ini. Jangan diam selama-lamanya. Kalau masing-masing diam percayalah korang akan jadi strangers dengan kadar yang segera. Kalau harini dinda kekanda, esok saya awak.



9. Hantar gambar. Kalau pakwe makwe hantar gambar tu layan jelah. Hantar gambar tangan ke gambar kucing ke at least hantar gamba buat pengubat rindu. Ni tak makwe mintak gamba asyik esok-esok last last dah putus. kalau dah jauh perasaan rindu tu menusuk okay. It hurts.



10. Jangan buat si dia sedih. Bila jarak dah jauh ni si dia memang jenis beremosi sikit. Tapi jangan risau kenalah selalu pujuk. Biasalah orangnya tak ada depan mata, mengada memang lebih sikit.



11. Good night wishes. Wish la sikit sebelum tidur tu. Buat la si dia rasa korang tu still ingat kat dia lagi. Ni tak mesej makin lama makin lambat, makin lama makin pendek, last-last putus. Tak sayang ke hubungan dan bertahun putus macam tu je? kata nak bina masjid ni masjid tak siap tok kadi dah duduk. Siapa nak bayar tok kadi tu? Buat si dia rasa dihargai.



12. Jangan pernah berubah. Bukan lagu st12 tu ok. You guys tolong lah jangan berubah. Jadi yang seadanya. Jadi macam dulu-dulu masa korang bercinta. Pasangan kita mudah detect bila kita dah lain. So, tolong jangan berubah jadi orang lain sebab ianya sangatlah sakit. Nanti mulalah fikir "eh dia dah tak sayang aku ke, dia dah bosan dengan aku ke" haa sudahh..



13. Buat lah suprise. Lol itupun nak kena ajar ke. Sampai bila nak berjauhan. Datang lah rumah si dia buat kejutan. Acah-acah call cakap ada member nak datang hantar barang, padahal korang yang nak datang tu. Tak pun post la hadiah ke.. buat si dia rasa korang still macam dedulu. Walaupun cuma post kertas kosong ada gambar love lukis guna pensil 2B. aww..



14. Jangan mudah prasangka buruk. Janganlah insecure sangat sampaikan pakwe makwe kerja tak angkat call korang tuduh si dia menggatal atau main kayu tiga. Lek luu siasat luu. Benda boleh bincang.



15. Post la gambar. Yes, post la gambar pakwe makwe kat insta, fb atau mana-mana biar dia tahu yang korang still sayangkan dia. Jangan asyik post muka korang je. Kecik hati si dia. Post gamba pun jangan melebih. Jangan bersemut sangat muntah masyarakat nanti.




Dah dah setakat ni jelah. Sis buat entry ni special untuk you guys yang terseksa atau was-was nak try pakwe makwe yang duduk jauh tu. Yang penting setia dan tak bosan. Kalau semua ada tapi tak setia buat apa. Baik korang bercinta dengan diri sendiri. 24jam setia je bersama. Entry ni juga bukan khas untuk pakwe makwe je untuk suami isteri pun boleh. Mana tau ada suami isteri yang kerja berjauhan. Yang pakwe makwe tu trylah sampai halal okay. Jangan buat suka-suka je. Try sampai halal. hiks. 

*reminder, pakwe makwe juga boleh ditukar dengan suami isteri okay. bai