Thursday, July 27, 2017

GARLIC BREAD ft MUSHROOM SOUP (resepi express)

Hye, Assalammualaikum wbt.

Asyik post pasal life lah, cinta lah, skincare lah apa kata kalini kita post pasal resepi garlic bread ataupun bahasa melayunya roti bawang putih yang super simple. tak payah susah-susah tak payah pening kepala sebab resepi ni senang je nak dibuat guna bahan-bahan yang dah sedia ada kat dapur tu. sesuai untuk sarapan pagi, minuman petang dan bila-bila la terasa nak makan garlic bread ni. Sumpah ini adalah resepi garlic bread yang express dan mudah. Tak perlu beli kat kedai buat sendiri je lebih afdal dan mengikut cita rasa korang semua. peh ayat. 



Bahan-bahannya:

1 bantal roti perancis
100gm butter
4 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
lada sulah (secukup rasa)
daun parsli atau daun basil (kering)

Caranya:

1. Potong dadu 100gram butter 
2. Cincang 4 ulas bawang putih (ikut citarasa nak berapa banyak bawang putih tu)
3. Campurkan bawang putih yang dah dicincang tu ke dalam butter.
4. Letak secukup rasa lada sulah dan lada hitam.
5. Campurkan daun parsli kering atau daun basil kering ataupun tak payah letak kalau tak ada.
6. Gaul sebati guna garfu atau sudu.
7. Potong serong roti perancis ikut ketebalan yang diinginkan. tak payah nak ukur sangat berapa cm.



cukuplah tu dapat dalam berbelas potong roti perancis



sapu rata dua belah bahagian roti perancis yang dah dipotong tadi.




guna soup ekspress tinggal panaskan je. pilih nak perasa apa.
kan dah kata resepi express hehe



bakar dalam oven 160 darjah celsius selama 15 minit. api atas bawah. nak bakar atas pan panas pun boleh. no hal.




tadaaa!.. sesudah siap. nampak menarik kan? semenarik rasanya. hiks.



Demikianlah resepi mudah garlic bread daripada saya ini. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^