Wednesday, April 30, 2014

Matriks hinggap ke aku sementara T6 belagak dengan aku . UPU cepat keluar lama tunggu ni .


Assalammualaikum semuaa , hikhik :)

 kenapa mesti nak kena ada hikhik tu ? haha saje meggedik boleh ? ahaks . dah tengok tajuk ? aku buat tajuk macam apa yang aku rasa sekarang ni . simple dan mudah hahaha *gila . Okay off pasal tadi .. sebenarnya pada minggu yang lalu aku nak update tapi ada several masalah pulak . actually aku menghadapi tekanan yang kian meninggi . iaitu pemilihan masa depan aku sendiri dan diri aku sendiri . selama seminggu aku mengalami komplikasi dalaman , komplikasi di mana aku cuba jadi diri aku sendiri like siapa aku ni , sampai bila nak jaga hati orang , dengan siapa aku bercakap benar dan sebaliknya dan dan banyak dan sampai aku lupa .. see ? aku seolah-olah tak kenal siapa aku *ada yang mengalami macam aku ke or aku tak normal ? T^T.  aku stress beb sampai nak bunuh diri nyamuk rasanya ..

then dalam menghadapi masalah dalaman aku menghadapi tekanan yang melampau iaitu keluar pulak result kemasukkan ke Tingkatan 6 dan kemasukkan ke Matrikulasi . UPU tak keluar lagi sekarang tinggal a few days je lagi nak tau . everyday jantung aku berdegup kencang macam tiada esok ! tangan aku juga basah dan sejuk ! paru-paru aku juga seolah-olah terputus saluran sampaikan dada aku sesak dan terpaksa meng exhale kan guna mulut ! aku juga rasa the flow of adrenaline ! *macam gempak tak ? hihi  masa kemasukkan T6 dan Matriks .. aku rasa berdebar sangat mulut aku tak henti baca Bismillah . sepatutnya lepas pukul 12 malam dah boleh cek tapi aku nekadkan jua nak semak esok lagipun aku takde kredit masatu .. tapi yang menjadi masalah aku tak boleh tidur pulak sebab terkenang apa la yang aku dapat antara dua tu , takkan aku dapat matriks kot result aku berapa ketul A je .. macamlah matriks nak pandang aku yang menyedihkan ni . mesti aku dapat form 6 ni . sah ! aku on la Wechat sebab sah insomnia haritu .. bila buka semua member aku dok bagitau dapat form 6 . aku pun like haduhhh~ *longg sigh. then ex-class-monitor aku nak volunteer nak cek kan form 6 untuk aku .. aku pun orait ! sebab aku agak yakin form 6 pilih aku .. sekali kau dia bagitau acani .. berikut perbualan aku dengan ex class monitor aku di dalam aplikasi Wechat ..


ECM : beb ! kau tak dapat form 6 .
Aku : Hah ! iyeke ? kau dapat tak ?
ECM : aku dapat , aku rasa kau mesti dapat matriks kalau tak dapat form 6 .
AKU : wadehekk *dalam hati


Pagi buta tu aku berdoa , harap-harap dapat matriks even aku tak minat pun sebab yelah form 6 belagak dengan aku , kalau matriks pun belagak nak jadi apa kau kan .. selepas tidur yang agak lena .. pagi-pagi dah bangun *tipu je bangun pukul 11.35 , ahaks. aku buka la komputer nak cek online la konon tapii .. line sangat lembap seperi siput oink oink kura-kura ! aku pun dah tak sabar nak tau so aku cek melalui SMS jelah . aku sos topup hihi .. cara-cara nak semak matrik dan tingkatan 6 ialah :

taip MOE T6 (I/C) ke 15888
taip MOE MAT (I/C) ke 15888


Bila aku cek pakai phone dengan komputer terbuka .. dalam berapa saat nombor tu reply .. "maaf anda tidak terpilih blalala" . bertapa remuknya jiwa aku masatu . then aku perasan yang aku salah taip ic sendiri .. see ? dah lama tak sekolah asek terperuk kat rumah sampaikan taip ic pun salah . so , aku taip yang real punya .. kalini .. "Tahniah anda terpilih mengikuti program matrikulasi blabla penempatan di Perak"
Alhamdulillah ! betul ke ni ?? but Perak ?? wadehek .. aku tak caye tau aku cek jugak online .. lambat pun lambat la sebab ini antara hidup dan mati haha . Bila aku cek beb betul keluar siap nama aku dengan ic . tadi SMS takde keluar nama jadi tak pasti . kalini pasti sangat . ni buktinya ..


*sori guys kecik , i printscreen je ni . my bad 


Haritu aku simpan rahsia ni dari pagi sampailah malam . takde siapa pun tahu . aku ingat nak bagitau lepas UPU dah keluar tapi malam tu kat berita astro awani boleh pulak umumkan bahawa semakan ke matrikulasi dah keluar . aku yang sedang syok memotong kuku ayah diterjahkan soalan bertalu-talu oleh ayah aku . akhirnya aku tertewas dan akur bahawasanya aku dapat mengikuti ke program matrik . *over tak ayat aku , hahaha. mereka sangat gembira dan macam tak percaya . aku ni lagilah tak percaya .. sebenarnya aku dah plan baik punya . strategi aku , kalau aku dapat form 6 dengan upu .. then aku akan pilih Upu if apa yang aku mohon dapat dan macam best . kalau tak dapat apa yang aku mohon dan tak layak aku akan ke form 6 . sekurang-kurangnya adalah pilihan antara dua kan . but the thing is aku tak dapat form 6 ! matrik pulak hinggap ke aku .. let say aku dapat matrik je upu tak dapat ? what should i do ? hukhuk terpaksalah aku melancong ke Perak sana .. tinggal tunggu Upu jelah ni .. Harap sangat dapat Upu dapat course yang aku inginkan .. Matriks ni aku tak yakin sangat sebab banyak faktor lagipun aku bukan risk taker beb . but aku dah cukup redha dan tak kesah lah .. Allah lebih mengetahui segala-galanya . Allah dah bentangkan jalan aku just jalan di atasnya jelah . Allah tau apa yang terbaik untuk kita semua . Insha allah . Panjang entry kalini tapi ada yang baca ke ? okaylah selamat OTW tengahari . Assalammualaikum ^^

Tuesday, April 1, 2014

PENGALAMAN PAKAI K COLLY SWEET 17 (KOREAN COLLAGEN)

ASSALAMMUALAIKUM~

selamat sejahtera dan selamat tengah hari , apa kejadahnya update blog midday aku ni ? well bila seru dah datang kena update kalau tak asek tertangguh je nanti . sebenarnya dah lama nak update pasal K Colly Sweet 17 ni sebab baru-baru ni aku ada guna . maklumlah konon-kononnya nak cuba try test berkesan tak benda ni . benda ni bukan krim hokay .. benda ni macam makanan tambahan harian .. jadi tak curious sangatlah *aku memang curious bab benda macam ni . Actually i dah makan supplement ni dah 2 minggu 5 hari .. ingatkan nak update masa minggu kedua tapi kemalasan aku menyerang jadi tertangguh lagi . aku tau confirm ramai yang tengah google search pasal produk meletops ni kan ? i tau .. pastu mesti google satu-satu blog orang kan and i tergolong juga kan ? haha .. no wonder i pun macamtu .. jadi nak share sikitlah pasal produk ni .. oh yaa lupa pulak .. I TAK JUAL BENDA NI HOKAY , I BELI DEKAT KEDAI JAMU . 


*inilah rupa k colly sweet 17 , comel kan ? pandai orang yang reka produk ni nak tarik pelanggan sampai haku pun tergoda .. damn !

Okay , first time makan benda ni aku nak cakaplah engkorang mesti nak tengok cermin je kejenye . lepas makan je confirm korang belek-belek muka tu kan kan .. mana kau tau ?? *bisik hati kecil korang.  sebab aku banyak kali buat apa .. korang pernah baca kan bahawa produk ni berkesan in just 3 days ! omaiigaidd ! huh jangan pecaya sangatlah makan benda ni nak kena sabar . nasihat aku lepas makan tak payahlah tengok muka tu sangat. buat dono je. dah seminggu nak tengok tengoklah guna kanta pembesar pun no hal . 

Pada minggu pertama korang akan rasa perubahan sedikit lah .. ulang suara .. S-E-D-I-K-I-T .. contohnya korang akan perasan kulit muka korang lembut macam papan anjal. eh tak tak lembut  macam anjal-anjal gitu. takde papan-papan .. so, pecaye tak ? hah tak caye aku .. ni semua nak tarik pelanggan suruh beli la ni .. bukan aku taktau .. ehem .. encik puan makcik pakcik kakak atuk nenek adik abang kucing belaan sekalian .. aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku makan produk ini hokay .. takdenya nak pengaruh apa sume tu. lagipun aku tak minatlah nak jual-jual ni .. tapi ini serius tau! dan actually aku punya skin muka ni sangat nipis kesan daripada skincare yang aku guna dulu-dulu. sekarang dah tak nipis sangat. dah normal balik sebab rasa tebal sikit. tak bermakna aku bermuka tebal. cuma kulit je hokay .. korang akan perasan jugak muka korang macam lembab-lembab gitu pastu bibir tak kering sangatlah . *aku ni memang bibir jenis fragile asyik pecah je. Makin banyak aku minum air makin merekah bibir aku .. pelikkan ? .. aku tak ingat hari ke berapa .. masatu aku tengah google pasal K Colly ni .. ada blogger tu bagitau yang dia perasan kaki dia rasa lembut bila bergesel .. aku cuba and betul! rasa lembut je. hell yeahh aku punya kaki ni boleh dikatakan agak menggerutu. tak licin pun sebab.. sebab.. nak cerita ke tidak eh .. actually-kan.. masa aku kecik-kecik aku pegi main buah gatal yang kat pokok tu .. korang perasan tak buah dia warna merah menyala , burung gagak selalu makan .. masatu level bangang tinggi. aku pegi picit buah gatal tu dan keluarlah cecair warna oren .. korang tau tak aku buat apa ? aku pegi sapu kat kedua-dua belah kaki aku .. konon-konon feeling sapu lotion vaseline .. then balik rumah nangis-nangis cari ibu mintak ibu ubatkan kaki sebab gatal yang teramat sangat sangat sangat .. after that, tumbuhlah kau biji-biji kecil pebende ntah .. dah tua ni menyesal tak sudah bila ingat balik. yang cannot go tu aku nangis teresak-esak sambil duduk menggaru kaki .. boleh imagine tak bertapa kiutnya .. -_-'' *sadis :')

dah dah! usah dikenang perkara lalu! .. then masuk minggu kedua kan .. aku sedar .. jeng jeng jeng~ bekas jerawat aku dah pudar sikit !!! ohyeaahh.. aku ni masalah terbesar aku adalah bekas jerawat yang hitam-hitam ni .. bukan sikit eh banyak dekat pipi kanan , pipi kiri , dagu kanan , hujung dahi kiri and dekat hidung ada sikit .. can you imagine ? betapa huduhnya diri ini .. jerawat aku suka tumbuh dekat kening ni .. nasib baik kening aku tak halus sangat , boleh cover .. kalau tak hilang keyakinan. kadang-kadang malu kalau orang kulit putih licin gebu berborak dengan aku. rasa macam diri ini tak reti jaga muka. *wuwuu ite cedihh angat, puihh kita kalau berborak mesti nak tengok mata orangkan? takpun kita akan pandang mulut lah matalah kulitlah gigilah .. kannn ?? bukan tak perasan bila kita berborak mesti partner borak kita ni tiba-tiba tenung gigi kita .. kadang-kadang fikir juga ada benda terlekat ke kat gigi aku ni .. ada sticker sayur ke ? chili ke ? sticker hello kitty takpe gak sebab comels.. tapi whatever it is, syukur alhamdulillah sebab macam berkurangan sikit bekas jerawat ni . aku ni jenis gatal tangan .. aku tak boleh tengok skincare. tak kiralah berjenama atau tak.. nanti confirm nak beli pastu yang ni tak habis lagi dah tukar yang baru .. mau tak jerawat subur . kegirangan jerawat aku kerana boleh meneruskan kehidupan untuk menyambung generasi baru. cakaplah jenama pencuci apa yang aku tak pernah pakai lagi .. aku pernah pakai pencuci garnier colour biru yang ada beads takde sume aku larung , jenama avon yang soo wincci pakai tu , garnier pencerah warna kuning , yang ada charcoal .. non charcoal , jenama bamboo ape ntah , fair and lovely , avon yang anew tu and COLLAGEN PLUS VITAMIN E pun aku pernah pakai jugak tau atas syor seseorang .. katanya benda ni ada mercury dan sangat berbahaya .. first time pakai krimnya rasa panas dan pedih .. nasib baru pakai beberapa jam tau.. kalau tak.. hmm.. now aku cuba pakai jenama safi balqis yang ada gambar orange tu .. try jelah kalau bagus pakai satu je .. *boleh caye ke ? musykil. masa aku kecik, ibu aku pernah ajar aku pakai krim masa sekolah rendah lagi.. masatu aku guna jenama pop .. memang mencerahkan gila .. pastu tak pakai lagi sebab masatu orang cakap pop ni ada letak berasaskan minyak oink oink.. peh gua dah seronok sapu siap urut-urut muka gua dengan minyak oink oink ni .. orang cakaplah bukan aku eh. so sejak daripada kejadian hitam legam itu aku pun stop mempopkan muka ini..eh bila fikir balik baik tukar jenama pop tu jadi pork kan? fuyoo.. berinovasiya pemikiran aku hikhik. k lupakan.*ada lagi ke krim pop ni ? pastu cuba safi balqis pulak .. masatu tengok akak aku pakai aku pun nak jugak pakai .. pegi sekolah melekit-melekit muka watlek watpis sebab memang takde hal.. bila dah tua ni malas nak pakai sebab tak selesa muka melekit .. euww .. tapi pakai tacap la sikit dengan compact powder ke.. bedak tepung ke.. mungkin sebab dah bertahun pakai krim safi ni sebabtu bila pakai pencuci mukanya rasa best je.. just biasa-biasa je.. muka aku pun tak oily sangatlah .. lagipun aku beli sebab ramai yang cakap boleh hilangkan parut jerawat . so, aku cuba jelah ..


k inilah krim popnyaa! patutlah jadi ala-ala vietnam muka aku lepas sapu ni. mesti korang cari mana tang popnya. ada tu kat atas penutupnya. pegi google pop cream acne.

Jauh aku menyimpangkan ni .. nilah akibat takde penghadang jalan. okay masuk minggu kedua pulak aku perasan lengan aku dah cerah tau .. timbul urat-urat hijau kat lengan aku .. gila tak happy aku ni kat sekolah kategori active la jugak. dalam setahun tu muka tak boleh putih sikit nanti adalah acara sukanlah, kawad lah.. errr .. belum cerita masuk acara rumah sukan lagi. asyik kena pakse dengan sir David je. sir! da sapedek belom? itu kasi worder wroti canei dengan kari dalca lebih shatu. dah dah! apa yang aku perasan bekas jerawat aku ni jenis bukan senang nak hilang .. sebab dah lama dia mengharungi pahit getir dengan aku .. lagipun sejak makan produk ni aku rasa macam senang buang air besar means tiada constipation berlaku ye anak-anak .. lancar je dan kecerahan seawal 3 hari je ! aku bohong je .. manede pakai harini besok dah macam snow white .. dalam seminggu lebih nampaklah cerahnya tu.. sebenarnya aku tak perasaan pun mula-mula tu rasa humphh tak cerah pun ! kata 3 hari je ! pentipu.. sekali masa ambil gambar dengan cikgu dan rakan sekelas muka aku paling putih beb ! macam tak caye je .. adakah ini semua mimpi siangku ? oh tidak sama sekali. kerana ianya realiti. gile kau tak bangga siap tengok ulang kali muka aku .. kejap zoom in kejap zoom out .. yelah nak compare dengan orang lain even cikgu aku pun gelap .. muahahaha .. bukan cerah muka je dengan tangan sekali hokay jadi berbaloi lah sesiapa yang nak makan supplement ni .. pada akulah ..

so, cara makan dia masukkan 1/2 scoop ke bawah lidah .. nanti dia cair sendiri lagipun supplemet ni berbentuk serbuk halus .. manis masam kau .. first timer agak terkujat sikit sebab masam sangat .. sebelum sarapan dan sebelum tidur tau .. boleh jugak buat bancuh dengan air kosong , tapi aku tak pernah cuba lagi sebab lagi senang nak makan gitu je. lagipun aku malas nak tuang air.. pastikan jangan bercakap atau tergelak .. tersembur serbuk halus nanti biar iaa mencair dulu dengan enzyme salivary amylase kita tu . and kena banyak minum air masak .. dalam 3 liter gitu bia cepat berkesan , semakin banyak minum air masak semakin banyak ke tandas dan semakin banyaklah toksin keluar daripada badan melalui saluran pundi kencing .. *fulamak ! .. mula-mula aku nak beli online harga RM169 .. haduhh mahal ini mbak .. tapi ku gagahkan jua beli .. ibu aku nak sponsor .. tengok ? ibu mana yang taknak anak dia cantik macam anzalna .. terharu aku .. ibu i love you ! nak mintak abang aku belikan online sebab dia je reti aku tak reti nak window shopping sebab tak kompiden huhu .. abang aku cakap better kita tengok kat kedai area aku dulu .. aku tak ikut masatu , berdoa juga diharapkan ada jelah dah tak tahan dah hidup dengan bekas jerawat kesan daripada jari aku ni yang habitnya nak memicit je jerawat .. pantang tumbuh sebijik .. then abang aku balik bawak produk  K Colly Sweet 17 ni .. siap menang dalam tawar-menawar lagi .. dapat RM 150 beb .. untung tu .. sekarang dah habis satu jar sebab share 3 orang  , aku dengan ibu and akak aku .. baru je beli second jar .. harap-harap boleh hilangkan bekas jerawat ni .. itu jelah untuk harini .. oh yaa ! maaf saya tak buat testimoni nak tunjuk pipi sebab horrible sangat ! malu nak tunjuk .. saya tak buat entry ni untuk meraih pembaca yaa .. saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri . terpulang nak percaya ataupu tidak . lagipun produk ni makanan tambahan yang mengandungi stem cell .. stem cell tu ape ? stem cell tu tali pusat . huh ? next entry .. babai ..

ASSALAMMUALAIKUM~