Wednesday, May 13, 2015

Semester lepas di UiTM Pahang. Confessions kengkononnya :')

Assalammualikum warahmatullahhiwabarakatuh~

 Nampak tak? cuba teka berapa harakat tu. Okay, actually banyak yang komen pasal Kcolly-lah, UPU-lah and so onnn.. Sebenarnya aku nak sangat reply komen dan pertanyaan engkauorang tu tapi oleh sebab mungkin faktor usia, tiba-tiba penyakit alzheimer menyerang dan acah-acah blogger prihatin korang ni lupa password sendiri. Sumpah nak nangis aku dibuatnya. Letak password panjang-panjang lepastu lupa pulak. Dah tukar password senang pendek-pendek aku pegi ingat yang password panjang lebar tu. Inilah kehidupan, sangat Klise i know.. :')

Ekceli banyak yang aku lalui sepanjang jadi warga UiTM Jengka ni. Pengalaman sem lepas banyak mengajar aku, dan aku lebih berhati-hati dalam semua hal. Tetapi malang tidak berbau dan patut pun aku tukar nama kepada Malang. Nak kata banyak tu, banyak gila masalah yang aku hadapi okay. Ini semua Dugaan Yang Maha Berkuasa. Nak marah-marah takut kena jual pulak haha. *ok buat lawak sendiri gelak sendiri, boo sama dia~
Sem baru lepas ni aku KENA duduk luar. Okay apehal besau pulak perkataan kena tu? Tautak aku kena tipu dengan kawan sendiri? wahahah maluuu~  dasar tettt punya kawan. Aku tak boleh percaya kaki kencing kena tipu dengan kaki kencing. Maknanya beliau bukan kaki kencing lagi beliau mungkin kaki kencing meniarap. Level A.  aku baru Level A- . Semua orang tau sampai satu tahap student tak boleh nak duduk dalam kolej je. Banyak faktor korang tak boleh duduk dalam salah satunya kau kena wajib perlu kumpul kupon bagi membenarkan kau layak duduk dalam. Kalau takde kupon kau boleh berhambus. Kau jugak kenalah ada jawatan dan takde rekod buruk serta Pointer kena bagus. Kau tautak, Aku dengan kawan aku sorang ni beriya nak duduk luar sebab well sampai bila nak duduk dalam je lagipun sangat terikat tautak, SANGAT. Nanti korang yang baru masuk tu merasalah HAHA. Siapa taknak duduk dalam dah tentu-tentu senang nak ke mana-mana kan, tempat makan pun dekat kau turun je dah jumpa dewan makan siap boleh bermain mata dengan abang burger semua tu. Tapi aku tetap dengan keputusan nak duduk luar sem depan. Aku ajaklah kawan aku sorang ni. Dah janji ni nak duduk sama. katanya susah senang bersama, bulan januari atau pertengahan februari aku dah ajak dia. Means ada banyak masa nak cari rumah bersama-sama. So, cari rumah sewa tapi still tak jumpa-jumpa. Ada yang mahal sangat, ada yang jauh sangat. Kalau murah sangat pun tak boleh jugak, kita fikir future kan. So, si Dia ni pun the kaki kencing meniarap cakap dia ada kawan yang last sem nak let go rumah. *Well, jackpot beb, alhamdulillah huhu. KETIKA ITU.
Then, sebab dah janji punya pasal aku dengan kawan aku ni relax jelah. Ade event tak pergi, malas! baik study takyah susah-susah. Sampaikan roommates aku naik heran apehal aku lepak sangat ni. So, aku dengan konfidennya cakaplah sem depan aku nak duduk luar lagipun rumah dah ada. *sambil korek gigi menunjukkan yang aku lepak sangat.

      Setiap hari aku jumpa Dia aku akan tanya pasal rumah sewa, macam mana keadaan rumahnya, bila nak pergi tengok semualah! naik bosan dia aku kerjakan sebab setiap kelas aku akan tanya. Dia hanya tau mengelak. Sampai satu tahap aku rasa pelik dengan Dia ni, Kenapa dia tak gelisah langsung ni. tak takut ke nak duduk mana lepasni, nak suruh bina rumah kotak ataupun duduk bawah kolong longkang besar dekat dataran integrasi tu ke. Februari ke March ke April takde satu pun berita pasal rumah sewa! Aku dah panic, aku bukannya duduk Jengka aku duduk jauh dari jengka takkan cuti sem aku nak pergi survey rumah ke rumah kat sana sorang-sorang?? So, aku dengan kawan aku amek jalan lain dengan baik kita cari rumah sewa sendiri jelah. Tapi kitaorang zero beb taktau nak mula macam mana, setiap hari setiap saat aku berdoa dekat Allah mintak tolong permudahkan segala urusan aku pasal rumah sewa ni. Sampai satu tahap aku dah taktahan aku cerita dekat roommates aku pasal aku kena kencing meniarap dengan kawan aku. Dan roommates aku sendiri beriya nak tolong aku. *Kalau Wahida baca atau tersinggah blog ni kita nak cakap terima kasih dekat awak sebab tolong, semoga Allah merahmati awak seumur hidup. Semoga cita-cita sebagai Dentist tercapai, amin ya rabbal alamin.
Orang kata doa orang teraniaya dimakbulkan. Insha Allah. Aku tersentuh dengan sikap dia sebab nak tolong aku. Orang luar beb aku tak kenal sangat pun roommates aku tu tapi dia yang berhati mulia. Allah hadirkan aku seorang hamba yang baik. Mungkin itulah bantuan Allah kepada aku. 

Cerita aku tak tamat dengan happy ending macam tu, lagi memeritkan aku dapat tau Dia kawan aku kaki kencing meniarap tu kumpul kupon dibelakang aku senyap-senyap. Dengar cerita banyak betul dah dia kumpul. Sampaikan orang yang start kumpul dari dulu tu kupon dia sikit je berbanding Dia. Maknanya apa tu? means Dia dah kumpul lama. Yang aku heran kalau kau taknak duduk luar dengan kitaorang apa salahnya jujur cakap jelah taknak duduk luar. Kalau kau benci aku pun cakaplah kau benci sebab badan aku bau kari or whatsoever! aku tak kesah janji tak biarkan aku macamtu. Sampai sekarang aku heran, apa niat dia biarkan aku dengan kawan aku terkontang-kanting??. kalau kau baca tolong explain, kenapa? Allah tak biarkan aku macamtu je, Allah hadirkan lagi seorang hamba yang baik. Sampai sanggup nak duduk sama dan bayar deposit sama siap tengok rumah sewa sama-sama lagi tau. Masa kitaorang nak tengok rumah sewa yang dah pasti kitaorang nak duduk ni walaupun jauh dan dalam, datang pula akak rumah sewa yang kata dia dah dapat kunci dan boleh nak tengok haritu jugak. So, kitaorang pilih rumah akak tu sebab dekat denga UiTM, rumah yang jauh tu cancel. Alhamdulillah akak tu setuju dan lepaskan rumah tu. So, masalah settle pasal rumah. Masatu freedom sangat! sangat! sangat!. Then, kitaorang tak cerita apa-apa pun kalau jumpa dengan si kaki kencing meniarap tu. Then, kawan aku ni pun cakap kuat-kuat pasal rumah sewa dah jumpa. Tiba-tiba Dia tak senang duduk. Aku senyum je. Aku tunggu je bila kau nak ngaku pasal semua ni, kau pura-pura taktau dan aku pun pura-pura taktaulah. Orang kata dosa dengan Allah boleh minta ampun sesuai dengan sifat Allah yang maha pengampun. Kalau dosa dengan manusia? manatau aku ni maha pendendam? fikirkan kembali. Aku kecewa gila dengan sikap kau. Aku boleh sangat nak mention nama orang tapi esok lusa orang tutup aib aku pulak kan? :)

Tiba-tiba macam UiTM confession pulak kan? nilah akibat lupa password sampai macam gini aku bercerita. Aku nak bagitau dengan korang hati-hati dalam memilih kawan, Even kawan kau muka baik, suka tolong orang dan ada seribu sifat nilai murni yang ada pada dia, bantu pelajaran kau tapi kita taktau dalam hati kawan kita tu. Kadang-kadang yang macam jahat tulah yang paling baik dengan kita. So, janganlah judge orang yang freehair, kening terjongkit, mekap tebal dan kening nipis semuatu. Sorry for the looonngg entry, biasalah luahan perasan. Thank You :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^