Tuesday, May 26, 2015

Cara aku Menangani Parut atau Bekas atau Kesan Selepas Jerawat.

Haaa... mesti ramai yang cari benda ni kan?? baik mengaku cepat!
First of all mestilah bagi salam dulu. Assalammulaikum dan selamat sejahtera serta salam 1 GST eh salah salam sejahtera. Second of course lah Bismillah dulu. Bismillahhirohmannirrohim. The third one baru start cerita. Okay, dah baca tajuk kan? haa itulah isi cerita aku hari ini.. ingat ya ini adalah cara aku menangani parut jerawat.

Okay, nak definisi jerawat tak? eh tak payahlah mengada je. Okaylah sikit je eh, jerawat ialah makhluk kurang hajar yang muncul atas beberapa faktor seperti faktor cuaca yang terik, muka yang berminyak berlebihan, tak basuh muka sebab malas, tak basuh tangan lepastu pegang muka, bila nak datang bintang dan sebagainya. Jerawat ada banyak jenis, satu jenis yang macam jerawat nasi, yang bernanah, yang merah macam bisul tapi takde nanah dan setakat ni tu jelah jenis yang aku tau hehe. Cara nak hilangkan jerawat macam-macam caranya sebenarnya tapi ikut kesesuaian kulitlah. Ada yang hilangkan guna ubat jerawat dan ada yang guna bahan tradisional. Aku jenis pakai ubat jerawat. Aku selesa pakai Oxy10, liquidnya warna putih. Manakala, Oxy5 liquidnya berwarna coklat. 

inilah contoh gambar aku ambil dari google image huhu.

 Aku tak pakai Oxy5 sebab tak kuat so aku pakai yang Oxy10. Mula-mula aku pakai baguslah sebab Oxy ni bertindak memasakkan jerawat korang daripada besar macam bisul jadilah bernanah. Bila dah bernanah aku selalu picit biar meletop. Memicit jerawat adalah kelegaan bagi aku kerana seronok. Sebenarnya boleh je tak payah picit biar dia baik sendiri tapi beb.. kau tak geli ke orang tengok jerawat kau yang besar dengan bernanah tu? patah selera orang sampai tak terhadam makanan diorang. Tapi kalau korang jenis tak peduli orang hah tak payah banyak cerita tapi jangan kau geli dengan jerawat orang lain pulak sudahlah sedangkan kau pun macamtu juga. Tapi bila dah pakai ubat jerawat of course BEKAS/PARUT/KESAN jerawat tu akan ada. Benda hitam nilah yang susah nak hilang! Apa yang aku tau bekas jerawat ni ada banyak. Ada yang warna merah dan ada yang warna hitam.

inilah contoh bekas jerawat aku, ewww~. Lokasi jerawat aku pun sama macam dalam gambar ihsan google ni. nak ambil gambar sendiri malu. yang paling epic just sebelah kanan je pipi aku teruk sebelah kiri aku OK. unik kan? wuwuu~ nangis :')

 Sumpah korang mesti geli muka cacat dengan jerawat. Nak jugak merasa muka licin macam anzalna ke neelofa ke tak pun macam retis korea yang tak menjalani surgery wuwuwu. Macam-macam jugak cara aku buat nak hilangkan bekas jerawat ni tau! kalau keluar rumah atau nak pergi kelas sumpah aku takdenya tengok muka orang sebab bekas jerawat banyak. Mesti orang judge kita. Confident aku takde. Aku pernah berhabis duit beli Hiruscar,Cosmoderm Vitamin E oil, bedak tanaka and so onn.. tapi still ada parut tu. Hilang tu adalah sikit je tapi untuk orang yang tak sabar macam aku ni memang fail lah nak tunggu-tunggu ni.

Sekarang ni aku dah tak pakai dah ubat jerawat tu semua. Kalau aku ada jerawat besar baru aku pakai dengan kuantiti yang sedikit yaa. So, aku pun cubalah pencuci muka yang lain dann.. Sekarang ni aku dah tukar pencuci muka, dah tak guna Safi lagi dah. Aku guna pencuci.. jeng jeng jenggg~:

tadaa!!~ Inilah dia, Sweden Egg Pack Soap!

Mesti tertanya aku beli dekat mana, aku beli dekat Go Shop. kahkah.. Bukak astro sekarang and check info mesti ada Sweden Egg Pack ni. Aku lupa channel berapa. Lembut je pakai sabun ni tau memang berbaloilah korang beli dan pakai. Ianya boleh mengecilkan pori muka, kurangkan sebum kat bahagian hidung korang tu serta mampu menghilangkan blackhead nak-nak kat area hidung korang tu!! Sila tengok di channel go shop ya. Then, setiap malam aku akan pakai limau nipis. what?? ye sayang just air limau purut tu tak pun limau buat sambal belacan tu. No hal. Sapu dekat tempat yang berparut je tau jangan sapu satu muka menangis korang nanti nak-nak kalau satu muka berjerawat hahaha. podeh muka ekau *Eh, tak klaka eh? ok fine..
Sapu setiap malam tau perah sikit limau tu dekat tapak tangan dan sapu pakai jari telunjuk korang tu dekat kesan yang hitam-hitam tu. Lepastu TAHAN. Tahanlah rasa pedih-pedih gila tu jangan basuh okay. Pakai semalaman. Bangun pagi basuh pakai sabun sweden eggpack tu tau kalau takde sabun ni pun pakailah sabun pencuci muka apa-apa pun ikut keselesaan. Pakailah dalam beberapa minggu sampai parut jerawat tu hilang sikit-demi sikit.

  chop! ni cara aku nak hilangkan parut jerawat kalau korang buat tapi tak hilang jangan cari aku nak serang pulak. Sebab apa yang aku perasan masa aku berparut jerawat kan aku sapu ubat parut Cosmoderm tu ada juga guna Hiruscar tapi hilang sikit je. sampai berbulan ada lagi. So, aku pernah teringat kawan aku ada cakap kalau ada jerawat sapu limau purut dekat jerawat nanti jerawat kecut. Dan memang berkesan so aku pun sapu la juga dekat tempat parut. Beb pudar tau, jerawat yang berbulan tu pun ikut sama pudar. Aku tak tipu dalam seminggu gitu dah pudar warna hitamnya. Alhamdulillah sangat.

 inilah cosmoderm vitamin E oil 30,000 I.U with rosehip oil. Digunakan untuk:
*surgical scars
*acne scars
*uneven skin tone
*dry & dehydrated skin
*loss of skin elasticity
*pre-mature aging
*fine lines & wrinkles
*sunburn pun boleh!
ekceli kalau muka korang berminyak teruk tolonglah jangan pakai nanti makin tumbuh jerawat. rosehip oil ni super sticky kalau melekat kat muka korang macam pakai kertas perangkap lalat dekat muka. :')


ini pula hiruscar macam dermatic untuk hilangkan parut. Bagus memanglah bagus tetapi harganya boleh tahan mahal dan isinya sangatlah sedikit. Hari-hati pakai kuranglah sikit parut tu. dan hari-hari juga korang sayang nak pakai huhu :')

Kawan aku pun pernah bagitau nak hilangkan parut boleh juga guna kayu manis. Bukan serbuk dalam bungkusan tu okay tapi kulit kayu manis yang sebatang tu. Aku pernah first time cuba memang hilang. Sejak daripada tu aku asyik pakai je. Cara dia ambil sebatang kayu manis tu asah dekat belakang lesung batu titikkan sikit air biar jadi liquid coklat kehitaman. Sapu kat tempat berparut semalaman. Jangan risau besok pagi tengok dah kering kayu manis yang dah ditempelkan kat muka tu. Takdelah korang bangun bersepah serbuk-serbuk atas tilam korang. TETAPI.. amaran keras untuk yang nak cuba kulit kayu manis. Tak semua kulit korang boleh terima kulit kayu manis ni. Bila aku selalu pakai entah macam mana satu haritu aku bangun pagi muka aku bengkak kemerah-merahan, dahlah berair gatal gila macam nak mati pulaktu. Sampaikan aku taknak pergi kuliah sebab muka aku super teruk. Sampailah aku pergi klinik doktor cakap aku kena allergic kayu manis. Aku pun, What?? ada ke orang allergic kayu manis. Kelako lah doktor ni Kelako :')

inilah kayu manis yang aku guna tepek kat parut jerawat. aku suka guna kayu manis yang pelik-pelik sikit bentuknya macam yang paling besar tu sebelah kiri. ok, lupakan -...-

 Sampai sekarang aku still tak percaya sebab selamani aku pakai okay je. Then, macam kelakar aku alah pada kayu manis. Kalau kawan-kawan aku tanya kau allergic apa ni muka bengkak-bengkak? bila aku cakap aku allergic kayu manis diorang gelak beb. Nokharom betul. Baru-baru ni jugak aku makan satu kek, taklah sedap sangat tapi dah beli makan jelah, lepastu besoknya tau-tau je tepi mulut aku wujud satu tanda warna hitam kemerah-merahan. Aku rasa aku tau benda ni sebab macam familiar je dan bila aku cek ingredient dalam kek tu barulah aku tau dalam kek tu ada letak serbuk kayu manis. Dan yang azabnya lagi makin teruk parut sebelah mulut aku ni. Korang bayangkan macam mulut Joker dah. Dah orang ingatkan aku terlebih per segi mulut. Aku sapu minyak gamat untuk hentikan luka seminggu lepastu barulah aku perasan nama minyak gamat tu ialah "minyak panas gamat". Aku pun panaslah bila baca. Aku pakai mula-mula badan aku boleh terima lagi tapi dah lama-lama antibodi aku tak kuat nak terima kayu manis ni. So, pada aku korang hati-hatilah orang kata bahan kimia macam ubat-ubatan yang dibuat berasaskan teknologi ada kesan sampingan tapi bahan semula jadi pun mampu memberi kesan sampingannya jugak okay. Rasanya itu jelah entry aku kalini, semoga dan selamat mencuba. Fikir betul-betul dalam mencuba. Sekali cuba tak semestinya kali kedua ketiga selamat. Untuk cantik janganlah sampai sakit.Tak salah mencuba, tapi kalau nak try juga kulit kayu manis tu letaklah sikit pada hujung dahi untuk test semalaman. kalau tak elok sila jangan cuba sebab bahaya. Nanti adalah tu yang komen, "saya dari tadika pakai okay je". Well, kulit muka orang semua lain-lain. Kesannya pun lain-lain juga. Okaylah banyak membebel pulak aku, Wasalam :)

49 comments:

  1. pernah pakai oxy dulu..habis muka panas mcm udang terbakar lepas tu tinggalkan parut..try sapu krim nixoderm dekat parut..bekar bulat hijau..rm5.50 je yg bekas kecik dekat watson or guardian..farmasi pon ada.oxy ni kandungan dia kuat sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?? eh bahaya jugak kalau tak kena dengan kulit ni eh. nak cari la krim nixoderm tu. mekasih tau share :')

      Delete
  2. Hahahaha . Sumpah klaka dia ni . Sy silent reader awak. ayat awal mmpu membuatkn hati sy yg gundah gelana ni ketawa smpai terkentut . Aduii . So mmg tk jdi lah eh cosmoderm vit e oil tu ? Baru ingt nk cuba .. Haish . Parut hodoh dekat hidung sbb jerawat besar besar gedabak asyk nk tumbh stu je . Tension . Mekasih la ye nak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata berkesan tak sangat nak kata tak berkesan pun tak jugak. sedang2 la mcm hidup segan mati tak mau. eh macam tak kena je? hehe. takpelah perubahan hormon tu. tu yang gedabak je nak tumbuh. sabar la ye nak xD

      Delete
  3. saya pown ada pakai kayu manis dulu. pergh terbakar teruk dagu. dah 4 tahun parut terbakar tu wujud kat dagu. macam2 pakai tapi masih tak hilang. jadi sis tak perlu rasa pelik.... saya pun ada allergi macam tu.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun?? gila lamaaa.. em ada jugak species mcm kita. sebak pula :')

      Delete
  4. saya pown ada pakai kayu manis dulu. pergh terbakar teruk dagu. dah 4 tahun parut terbakar tu wujud kat dagu. macam2 pakai tapi masih tak hilang. jadi sis tak perlu rasa pelik.... saya pun ada allergi macam tu.hihihi

    ReplyDelete
  5. Jom cuba airaƩ serum.parut inshaAllah hilang.minat wasap 0108056781.

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie kulit sy pun dh bengkak kemerahan pastu gatal berair lepas guna kayu manis....awak jumpa doktor...doktor bagi ubat ke??? Mcm mana awak hilangkan bengkak tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hai sori lambat respon. masa saya kena tu dah 3 hari kena baru saya pergi klinik. nanti doktor bagi ubat kapur untu sapu dengan ubat allergic. dalam seminggu berair dengan bengkak tu da kurang.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Jerawat aq dah jadi degil ni..sampai tak hilang...tak guna betul jerawat��...eh ok Macam mana nk hilangkan jerawat dengan cepat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aku kan sekarang guna krim kunyit tau. alhamdulillah jerawat kurang duhh. cuba ahh.

      Delete
  9. Wuaaa, cerita kita sama...tapi aku muka scar sbb burn guna sabun betik...aku guna berbulan cosmoderm dengan dermatix, haram scar tuh nak hilang...cakap je ape yg aku tak guna...beratus duit habis beli serum semua...menangis tgk bank account...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius aa?? kesian gile. kau takyah aa guna cosmoderm dermatix tu semua sebab lambat gila nak hilang. kalau muka berparut burn nak guna mende eh? dah try aloe vera? ada jual kat watson.

      Delete
  10. Wuaaa, cerita kita sama...tapi aku muka scar sbb burn guna sabun betik...aku guna berbulan cosmoderm dengan dermatix, haram scar tuh nak hilang...cakap je ape yg aku tak guna...beratus duit habis beli serum semua...menangis tgk bank account...

    ReplyDelete
  11. Aku fed up dah nak hilangkan parut ni sampai nak jadi depression dah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish jangan aa camtu sekali haha. yang aku tau kalau bab parut ni guna kayu manis tapi ikut kulit aa. tapi kang jadi mcm aku pulak.

      Delete
  12. Aku fed up dah nak hilangkan parut ni sampai nak jadi depression dah...haha

    ReplyDelete
  13. Organic aid vitamin e oil utk di let go. Harga cuma rm40 exclude postage. Harga normal rm 55++

    Very good utk pudarkan n hilangkan segala jenis parut. Parut jerawat pun boleh :)

    Pm me if interested +60109177246

    ReplyDelete
  14. Organic aid vitamin e oil utk di let go. Harga cuma rm40 exclude postage. Harga normal rm 55++

    Very good utk pudarkan n hilangkan segala jenis parut. Parut jerawat pun boleh :)

    Pm me if interested +60109177246

    ReplyDelete
  15. Sy cuma guna minyak cap kapak je nak hilangkan jerawat.alhamdulillah parut pun xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. siyess aa guna minyak cap kapak? tak menggelupur kepedihan ke?

      Delete
  16. Sy cuma guna minyak cap kapak je nak hilangkan jerawat.alhamdulillah parut pun xde

    ReplyDelete
  17. Ni mungkin petua yg org lupa nak buat. Wapkan wajah berjerawat dgn air panas yg telah diseduh daun teh. Buat selang sehari. Jerawat akan masak cepat n boleh dipicit guna alat pemicit jerawat.

    ReplyDelete
  18. Ni mungkin petua yg org lupa nak buat. Wapkan wajah berjerawat dgn air panas yg telah diseduh daun teh. Buat selang sehari. Jerawat akan masak cepat n boleh dipicit guna alat pemicit jerawat.

    ReplyDelete
  19. tapi klau campur kulit kayu manis ngan bedak sejuk tak terbakar kn kulit muka?

    ReplyDelete
  20. tapi klau campur kulit kayu manis ngan bedak sejuk tak terbakar kn kulit muka?

    ReplyDelete
  21. tapi klau campur kulit kayu manis ngan bedak sejuk tak terbakar kn kulit muka?

    ReplyDelete
  22. kulit kayu manis dah de jual yg serbuk...senang nak guna gitu

    ReplyDelete
  23. Mana nak cari serbuk kayu manis ?

    ReplyDelete
  24. Salaam sis ,sy ni dh Cuba pelbagai produk, Dari bedak sejuk,cosmoderm vit E oil,cosmoderm vit E krim,alovera gel 98% nature life , sampai sy buat toner lemon ,sy pun Ada apply soda bikabonat sbb DLM internet ckp boleh hilangkan parut jerawat huhuu tapi dh 2 minggu sy Cuba, parut take hilang jugak! So sad, wish me all the best btw sy punya problem mcm blogger in, pipi sebelah kanan tak okay

    ReplyDelete
  25. Just nak ckp, try guna hiruscar tuh n selangkan dengan guna daun alovera asli yg dh di buang kulitnya. Alovera tuh klau nak gne simpan dlm peti ais dlu biar sejuk bru sapu kat bahagian yg parut sje. Inshaa Allah.. Selang seli guna, kjap je hilang parut. Sy amalkan tu dri dlu.. Serius best.

    ReplyDelete
  26. Just nak ckp, try guna hiruscar tuh n selangkan dengan guna daun alovera asli yg dh di buang kulitnya. Alovera tuh klau nak gne simpan dlm peti ais dlu biar sejuk bru sapu kat bahagian yg parut sje. Inshaa Allah.. Selang seli guna, kjap je hilang parut. Sy amalkan tu dri dlu.. Serius best.

    ReplyDelete
  27. Maksod nye gune oxy tu jerawat akan berkurang tp parut tetap ade ye?

    ReplyDelete
  28. Maksod nye gune oxy tu jerawat akan berkurang tp parut tetap ade ye?

    ReplyDelete
  29. please sesapa kat sini.muka saya breakout teruk skarang sbb dah lama pakai produk peeling.skarang sy baru brapa hari cuci muka dgn cetaphil and apply krim oxy 10.dkat jerawat rasa gatal sgt and cam pedih.pas2 tumbuh lagi jerawat lain.dekat dahi kurang.dekat dua2 belah pipi teruk gila.mmg stress la.parut besar2 and warna itam.sy xsesuai dgn oxy ke camana?parut ni sy ingt kan nak tnggu dulu because sy lebih kepada nak rawat jerawat sbb xnak bg dia tumbuh.faktor pemakanan ke apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun pernah breakout sb pakai produk local yg jual dkt kedai jamu2 tu . And sy restkan muka dua tiga hari then sy pakai nano white . Sy cuma pakai pencuci muka , night cream and repair dan serum . Masa mula2 pakai mmg byk jerawat keluar . Tp sy keep on pakai . Dalam sbulan muka sy dah okey .cuma parut still ada tp nmpk mcm dh pudar sikit . Sbb serum dia tu mmg untuk hilangkan parut . Tapi Mgkin memakan masa sikit untuk hilangkan parut . And pemakanan sgt3 kena jaga . Sy mmg pantang makan bilis dgn belacan .confirm esk jerawat datang berjemaah . tp awk dh pakai cetaphil .. cuba pakai pencuci muka je dlu .. sbb cetaphil pun mmg elok .and di recommended oleh ahli farmasi sndri .

      Delete
  30. Uwaaaaa... again.n again.. jerawat ni mmg nk jd bff aku sehidup semati agaknya... dr 2014 muka start breakout.. n ok kejap.. breakout.. jerawat kaw2..parut kaw2.. gigih berabis harta.. ok skit.. come again.. mmg cik j ni cinta abadi lah kut..
    Dh down..sedownyer...
    Nk senaraikan produk rasa dya ari x ckp.. bkn kata suka tkr2 produk..
    Ikhlas ckp kalau satu produk tu ok n ok dn terus ok aku akn setia dan tak akn ku pandang lain..tp kenapa dia lah penawar akhirnya dia jg racun... *bkn org produk tu lah...* ya Allah.. smpai ckp kat diri..mungkin aku kalau lawa aku riak kut hahahah.. sbb tu Allah x bg aku dpt dosa ..Allah syg aku kut..dia jaga.. itulah Rahmat disebalik Cik J cinta hati ku.. dok lah sayanggku..bertenggek lah kat muka aku ni..kita berbahagia bersama..
    Share umur aku 30 tapi dah macam 40 .. tahun.. sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kita kak.. cik j ni dh bertapak kt muka since 2014 msa zaman uni.. msa zaman skolah xde plak dia nk menapak. Flowles je.. skrg ni dh tahun 2018 muka dh mcam jln tar, kulit duyan, muka zombi dan sesama wktu dgnnya. Mcm2 dh cuba tpi hmmm.. kalau tgk muka kt crmin sy asik ckp sorang2.. takpela cik j..silalah bertapak kt muka i ni. I dh fedup nk nyahkan u dri hidup i

      Delete
    2. saya pun sama. saya muka flawless sebelum ni. start cecah umur 30 tahun 2017 jerawat start merebak bak juara. stress. tengok cermin nangis. tengok cermin nangis. mcm2 dah try, cetaphil la apa la. last sekali mak saya yang concern tengok saya tolong belikan dr. belmeur facial foam dari face shop. alhamdulillah terkawan jewarat sekarang. saya buat double wash. first pakai dr. belmeur face shop punya facial foam, lepas tu pakai good virtues facial wash. toner pakai some by mi. alhamdulillah dah dua botol. tak tukar lain. cuma jerawat sekarang keluar seketul dua je. malam saya akan letak vitamin e cosmoderm 30,000 iu tu campur some by mi moisturing cream letak mask (supaya serap) tido sampai mask kering esok nya. muka nampak bermaya sikit dan cerah. parut jerawat masih ada tapi ada nampak dah better sikit. dah kurang gelap. bila jerawat tumbuh saya cuma letak sticker nexcare acne patch sampai jerawat tu hilang. pakai acne patch tu 3-4 hari 24jam tukar setiap kali lepas mandi / cuci muka.

      Delete
  31. Aku mengalami masalah yg sama.berjerawat dari belasan tahun smpi sekarang da 35.still jerawat.da kawin,anak 3,still jerawat..bekas jerawat lg la.doct kata family recycle..hurm..xleh wat pe..aku da pegi klinik esthetic,kpj,dermalogica...habis beribu2..produk melayu kita mmg merosakkn lagi.jgn la pakai..produk kecantikan da pki mcm2..skII pun da pakai..hampehh semua..mmg xblh dipisahkan.bertabah je la..lastly,pki pencuci muka biasa je.xpki toner or moisturiser sbb lagi teruk klu pakai

    ReplyDelete
  32. Try consume produk shaklee.. Kulit sy pom breakout teruk bulan bulan lepas.. Lepas sbulan sy ambik esp shaklee n vitamin c, rmai plk tgur kulit makin ok parut pudar jearawat biji2 besar xtumbuh dh.. Semua kering.. Shaklee sesuai sgt utk kulit senstif.. Cuci muka pom pkai cetaphil je pg n mlm.. Seriously kulit xbrmnyak lgsung.. Korang try ahh. Xperlu pkai sabun yg bnyk buih tu sbb tu makin tambah minyak ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wak..sy nak tnye..cmne cara penggunaan esp n vit c shaklee tu?

      Delete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^