Tuesday, November 1, 2016

Kenangan Hantar Member Pegi Hospital. Tajuk pun sekolah kebangsaan angat.

salam, hyep. nga wt pew uh?

Bongok, aku taip pastu aku gelak sendiri. actually "salam, hyep. nga wt pew uh" tu aku menganjing someone yg umur dah tua bangka tapi still taip guna calculator. okay kita lupakan kanak-kanak itu kita masuk ke topik baruuu.. hieyay! *nada permulaan lagu ayda jebat, pencuri hati. Ok ok cemni, cuma seorang je tau berapa kali aku malang dalam setahun, berapa kali aku tersungkur dan berapa kali aku dapat malu. iaitu kawan baik aku, kawan dunia akhirat dan kawan buat selama-lamanya. *haimissyu acik. Hokay, lets start daripada first sem. masa first sem ni memang pembukaan pada kemaluan aa wa cakap sama lu *eh? lain macam bunyinya. aku ingat lagi masatu ada kelas ganti, kelas malam kat fastrack. kelas ELC dengan madam. madam ni best woo sebab dia boleh baca diri kita. bomoh kinda. masatu kelas ganti belajar sikit je pastu madam ajak tengok cerita Frozen. then, dia baca setiap orang dalam kelas. sampai turn aku dia kata aku ni jenis tak ambil kesah orang cakap, tak kesah orang nak buat aku macam mana pun dan aku juga sangat matang serta baik orangnya. *uhukk uhukk, maaf terbatuk pula. Soal jodoh pulak madam kata dia tak tau aku nak yang macam mana sebab dia tak boleh nak baca aku. *hebat tak? bomoh pun takleh baca aku tau. aku malas aa an nak cerita benda ni nak-nak part yang "BAIK" tu tapi dah tercerita kan,, nak buat cane. orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip butang delete tak jumpa pulak malam-malam gini. hmm. *apa kau mengarut ni sitan. 

okay berbalik pada cerita tadi, aku sebenarnya dah lama perasan dah kawan aku ni sakit kepala dan muka dia sangat pucat kemerah-merahan. dia pun macam tak sihat sangat seharian. so, lepas habis kelas tu aku jalan dengan dia pelan-pelan. tiba-tiba dia kata dia nak tumbang dah, aku pun haa sudah aku nak buat cane ni siot? selang beberapa saat si minah ni pengsan dah. nasib aku pantas sambut dia. aku pun dukung dia, aku piggyback dia. tapi dia bukan piggy dia piggy halal. masa tu classmates  aku ramai la jugak yang bantu, kitaorang bergilir piggyback dia, sampai kat bus stop depan Mat kilau kitaorang letakkan dia kejap dan panggil polis bantuan yang bertugas sebab taktau nak buat cane dengan dia ni. aku first time kot duduk Jengka. Hospital pun aku taktau kat mana. masa tu lah. aku dengan kawan aku lagi sorang ni pegi tanya polis bantuan kat Mat Kilau tu macam mana nak buat dengan si minah yang pengsan ni, polis tu cakap pegi jumpa Encik Weldine (bukan nama sebenar) tanya dia dan suruh bawak pegi hospital. polis tu pun suruh pegi rumah Weldine guna motor dia. kebetulan dua orang je perempuan yang ada lesen motor, aku dengan Junie. so, oleh sebab yang pengsan tu kawan baik aku so, terpaksalah aku yang bawak motor. pakai motor polis bantuan duhh, korang hade? tak hade kan? hahahha.

then, sampai rumah weldine yang bertempat kat kolej tun fatimah tu, seingat aku dia duduk blok H sebab aku duduk blok J. aku pun bagilah salam depan pintu rumah dia. banyak kali jugaklah dia ni nak keluar. lepastu dia keluar dan berkata, berikut adalah perbualan aku dengan dia:

aku: "Salam tuan, saya nak bagitau kawan saya pengsan"
Encik Weldine: "haa.. dah tu?"
aku: ....*aku terdiam sebab aku taktau nk jawab apa sambil angkat kening kedua-dua belah.
Encik Weldine: "kau pegi suruh Polis Bantuan hanta hospital"
aku: "ha okay okay terima kasih. Maaf menganggu"
Encik Weldine: "haa.. yelah"

Lepas di suruh berbuat demikian. maka, aku pun merempit kembali ke Mat Kilau dan melaporkan pada PB (Polis Bantuan) tadi. 


aku: "Tuan! encik Weldine tidak mahu bekerjasama tuan! adakah kita perlu mengeluarkan waran tangkap?! bedebah!" *weh aku tipu je, biasalah galak sangat tengok A Galak kat gerak khas dulu-dulu.huhu

Ni perbualan sebenar okayy:

aku: "Tuan. Encik Weldine cakap dia suruh tuan yang bawak pegi hospital"
PB: "Eh, apesal aku pulak? tu kan keje dia? cakap dengan dia ni polis bantuan (nama dia) suruh dia bawak pegi hospital" *sambil tunjuk-tunujuk name tag dia, okaylah boleh tahan la garang dia.
aku: "erk, saya taktaulah. okay saya pegi cakap dekat dia" *peh penat aku dok ulang alik ni, bisik hati kecil ku.

maka, aku pun bergegas merempit kembali ke rumah encik Weldine itu. dengan muka tak malu aku berhadapan dengan dia lagi sekali. 

aku: "assalamualikum tuan, saya minta maaf sebab ganggu tuan lagi sekali. Saya dah pegi jumpa PB tadi tapi polis bantuan Adnan (bukan nama sebenar) yang suruh tuan hantar pegi hospital. Dia cakap tu bukan kerja dia tu keje tuan" *senafas aku cakap.
Encik Weldine: "alahhhh.. kau pegi rumah depan sana. Sebab harini dia yang sepatutnya bertugas bukan aku"
aku:"pegi sana tu? ha yelah. mekasih. Maaf ganggu malam-malam"

maka dengan hati yang agak geram ni sebab semua taknak bantu. aku pun melangkahkan kaki ku ke rumah depan dan memberi salam sebanyak lebih 3 kali. selepas banyak salam dia pun membuka pintu rumah dengan rambut kusut masai dan muka baru bangun tidur sekitar jam 10 malam.

aku: "Salam, Puan. Maaf menganggu. saya nak bagitau kawan saya pengsan"
Puan: "Pegi rumah depan sana" *sambil muncungkan mulut menunjukkan ke arah rumah encik Weldine
aku: "Rumah encik Weldine ke? saya dah pergi dah tadi, Encik Weldine suruh saya datang rumah puan sebab dia kata Puan yang bertugas minggu ni"
Puan: "Saya tak boleh. Saya demam" *nada suara menyampah. muka tak suka.
aku: "Haa? oookkay Puan, terima kasihhh. Maaf menganggu Puan!" *ucap kuat-kuat sambil senyum meleret tanda geram tapi still ada rasa hormat sebab orang tua.
Puan: *tak cakap apa-apa dan terus tutup pintu sambil jeling ke arah aku.
aku: "kau pehal siakk, nak gaduh ke?!" *bisik hati ku
.
Maka, lagi sekali aku kembali ke rumah si weldine itu. Aku taktaulah berapa kali duk ulang-alik. kalini aku ketuk kejap je si Weldine tu keluar. lepas ketuk pintu rumah dia, dia pun keluar.

aku: "Tuan, saya dah pergi tanya puan depan tu dia kata dia demam jadi dia tak boleh hantar"
Encik weldine: "time ginilah nak demamlah apalah, bukan susah pun nak hanta budak. Petang tadi elok je aku tengok dia kat pejabat"
aku: "yeke? habis tu macam mana ni tuan?"
Encik weldine: "Kawan kau tu kat mana? dah pegi tunggu sana nanti aku sampai bawak kete. Aku bukan taknak hantar tapi minggu ni bukan aku yang bertugas. Takkan aku nak buat kerja orang pulak. haishh"
aku: "tulah saya pun tak sangka pulak benda nak jadi gini. Saya tengok dia macam demam teruk je tadi tuan. nampak daripada muka dia. Oklah saya tunggu sana" *sambil tu aku nganjing jugak puan tu huhu
Encik Weldine: "Haish, macam-macam hal lah.. @!dj^%&#hcj * haa lepastu aku tak faham dia membebel apa. mungkin sebab kekurangan gigi hadapan dia sehingga mengelirukan gegendang telinga aku.

Dan aku pun merempit selaju-lajunya sampai budak-budak lalu lalang duk peratikan aku sampai aku hilang daripada pandangan mereka. Sesampainya aku kat bus stop tu aku pun buat pusing maut. dannn hamek kau memang maut betul. aku terjatuh depan polis bantuan beb, dah lah aku pakai motor dia. masak lah aku gini rosakkan motor dia huwaaaaa! sumpah aku takut campur malu. taklah jatuh teruk just dah benti tu tiba-tiba hilang imbangan dan jatuh. aku pun cepat-cepat bangun konon acah takde benda berlaku. padahal aku dah malu gila dengan classmates aku semua tengok. diorang nak gelak tapi tahan sebab ada hal gentingkan. lepastu selang beberapa minit Encik Weldine pun sampai bawak kereta dia. Aku dengan kawan aku Iffah papah si minah pengsan tu. Dalam kereta duk membebel je si Weldine tu. dia katalah member aku tu takde waktu lain ke nak pengsan. malam jugak nak pengsan, siang-siang tak boleh ke? aku nak je cakap kalau aku tau dia nak pengsan malam gini petang tu aku dah ajak dia datang hospital, duduk kat katil wad tu prepare awal-awal sebab kejap lagi nak pengsan. tapi aku diam je lah sambil-sambil tu layanlah jugak orang tua tu. Dah la kita minta tolong dia pastu takkan nak menyombong pulak. itupun mujur ada pamoga. eh, itupun mujur dia nak tolong tau.

sampai je hospital aku soronglah si minah tu naik wheelchair hanta masuk ke wad kecemasan. pastu aku tunggu kat ruang menunggu dengan Iffah dan Encik Weldine tu. lama lah jugak tunggu minah tu settle. Aku pun call lah mak dia bagitau apa yang belaku kat anak dia. mak dia boleh pulak nangis. aku tenangkan jelah cakap aku boleh tolong jagakan minah tu dan jangan risau. selepas drama yang agak lama, aku pun masuk balik kat ruang menunggu pesakit tu. Aku pun berborak lah dengan weldine tu pulak. dia cakap kawan kau tu lepas masuk air kau tengoklah berlari dia kejap lagi, lembik dia hilang kau cayelah. then, dia cite puan tadi tu sebenranya baru je kawin tu yang taknak keluar rumah tu. aku layankan jelah dia haha. tak lama lepastu nama penuh minah tu disebut guna speaker. suruh waris atau kenalan ambil dia dalam bilik kecemasan. Aku pun masuklah bilik rawatan tu dengan konfiden. Nurse tu tanya aku, aku ke waris atau kenalan si pesakit. aku ngangguk lah. tiba-tiba nurse tu pegi tolak wheelchair pesakit lain kat aku. rupanya nama member aku yang pengsan tu sama nama dengan pesakit yang nurse bagi kat aku ni. aku pun haa tolak jelah wheelchair dia bawak keluar jumpa family dia. dah la pakai baju jersi pahang sama dengan member aku tu, nama pun sama jugak siap dengan binti sekali. kebetulan betul.

Pastu bila dah settle aku pun bawaklah member aku ni keluar masuk dalam kereta Weldine. kalini aku duduk depan sebelah weldine. yang member aku dua orang tu duduk belakang. si weldine ni banyak betul mulut dia tak padan tak cukup gigi tu. cerita itulah inilah. cerita pasal histeria bila study week, cerita pasal kereta dia pernah langgar beruk lah siap nak suruh aku tengok kesan kena langgar beruk nanti masa nak turun. yang dua ekor kat belakang tu dah gelak-gelakkan aku. walau apa pun aku berterima kasih sangat kat encik Weldine sebab nak jugak dia tolong. kalau tak inalillah dah agaknya member aku tu sekarang ni. sebab semua orang buat dia macam bola. tendang sana tendang sini last-last encik tu jugak yang nak tolong. esoknya pergi kelas budak-budak ni nganjing aku sebab dapat tengok free show aku jatuh motor semalam. pundi betul. diaorang taktau ke aku panik nak menyelamatkan nyawa orang? dan aku pun fail test calculus bersama minah tu sebab malam tu tak study sebab dok jaga si minah tu sakit. maka berhuhu lah kami berdua bila tau sama-sama failed. besar pengorbanan aku ni tautakk, kalau kau tak hargai aku lah.. aku taktaulah nak cakap apa. dah jangan sakit-sakit lagi okay, cakap orang banyak penyakit padahal dia lagi banyak penyakit. pfft.

Thursday, August 18, 2016

MAKE UP STYLE UNTUK KELIHATAN KEWANITAAN WALAUPUN HATI PENUH KEJANTANAN.

Hai girls.


tajuk kali ini kita gegirl sikit boleh? boleh laa.. kit jew hewhew. eh geli aku taip cenggitu. oukayy.. gegirls sila baca dengan bersungguh-sungguh ye. yang boboy duduk diam-diam and please jangan judge perempuan yang berbincang tentang barang make up dengan berkata "huh! amendelah pempuan ni nak make up bagai" takpun "hmm.. nate apo ni?". kalau taknak kena kecam kutuk dalam hati je tau. bagi yang dulu masa kat sekolah tak pernah mencemar duli muka tu, jenis lasak dan tomboy tiba-tiba nak jadi gegirl, nak nampak cantik tapi nak muka nampak natural dalam masa yang sama meh lah sini ai nak bagi tips sikit. jemputlah duduk, kita sembang produk yang aku guna bagi kelihatan kewanitaan walaupun dalaman penuh kejantanan.

sebelum tu ai nak bagitau ai cuma tunjuk jenis barang make up yang ai guna je tau. yang selebihnya hangpa cuba sendiri. ai tak tunjuk tutorial macam mana nak gunakan barang make up ini. just a kind of brand yang aku rasa sangat bagus dan aku pun pakai dan nak kongsi bersama dengan engkorang. actually muka aku ni tak flawless pun. ada je bekas jerawat sana sini dan jenis kulit muka berminyak. kulit muka yang ada bekas jerawat ni susah sikit nak pilih foundation yang boleh cover all the marks tau. so, selama bertahun jugak aku cari produk yang sesuai dengan rupa tak seberapa ini dan ai finally found! hdklahgcjegfewlijdk *tanda excited. okay panjang pulak aku berbual. ni baru kata-kata aluan tau. introduction tak bincang lagi. bagi yang nak membuang tu sila menyahut seruan alam dahulu baru menyahut seruan aku.

ceritanya begini, dulu kan masa aku kat sekolah aku jenis tak pakai pun alat-alat solek ni sebab aku rasa macam pempuan gedik je yang buat. pfftt! so gegirls la korang ni. aku rasa geli sangat bila pempuan bersolek ni. aku fikir apa tau? takde keyakinan diri lettew sampai nak badutkan muka. lagipun aku jenis kasar dan lasak jadi terasa macam tak perlu je nak ayu bermake up semua ni. aku dulu ada je guna krim muka tapi taklah sampai pakai foundation, lipstick bla bla sume tu. just krim sahaja. krim safi balqis penutup warna biru tu haa. yang kalau korang pakai berminyak habis muka. dulu jugak aku ni jenis tumbuh jerawat seketul dua je. tapi sebab asyik tukar-tukar produk sebab nak mencuba punya pasal haa amek kau muka jadi menggerutu macam buah mengkudu. tau buah mengkudu tak? pergi google. aku juga jenis tangan degil. ada je cara nak picit jerawat then tertinggalah kesan jerawat dan berparut. start masuk universiti lah aku dah pandai dah nak melawa bagai ni. HAHA. lambat kesedaran dan ke-gegirl-an aku datang kan? i kneww itt! tapi tapi tapi aku guna make up runcit-runcit je tau bukan guna dan beli beg make up macam mak andam tu. so, nak dipendekkan cerita aku guna ini sebagai basic:

inilah basic produk yang ai guna untuk menutup kecelakaan.. eh silap, kecelaan wajah ini. :')


seterusnya aku akan berikan method. firstly, aku akan basuh dulu muka guna pencuci muka. bagi hilang segala kekotoran dan keminyakkan yang ada kat muka ini. selepas itu aku ambil kapas muka letak toner safi balqis di atasnya dan tonyoh keseluruh muka sampai bersih. sampai keluar segala kekotoran sehingga menampakkan comot pada kapas tersebut. selepas itu aku akan biarkan ianya kering bawah kipas. bukan kapas itu dikeringkan tapi muka. then, sapukan concealer mineral daripada maybelline. titikkanlah pada bekas jerawat tu. letak kat bawah mata sedikit dan sapu sama rata. takkan nak tutup bekas jerawat je kan. tutuplah sikit dark circle bawah mata tu. as student memang tak lari daripada esaimen yang banyak gila bapak. lepas itu buka foundation stick dan sapu ke wajah. aku guna foundation stick daripada mustika ratu. nama dia dempul lelet. warnanya kekuningan lagipun muka aku warna kuning langsat bukan warna putih kemerahan. sesuailah for those yang mempunyai kulit warna kuning langsat. dia ada pilihan warna. satu warna macam merah sikit satu lagi warna kuning sikit. aku main guna je mana-mana as long as ianya adalah foundation stick dempul lelet. sejak pertama kali aku guna dah jatuh cinta dengan foundation stick ni sebab dia waterproof tau. kau berpeluh macam mana pun warna dia tetap tak pudar dan cantik je. sumpah aku tak tipu. tapi dempul lelet ni susah sikit nak jumpa sebab setiap kali aku nak beli mesti dan pasti akan kehabisan stok dan tak ada jual. just certain kedai je yang jual. sedih je kan. eh nangis aa tunggu apa lagi?

ini foundation yang aku guna tu. nama dia dempul lelet daripada mastika. eh mustika ratu k.

lepas dah meratakan foundation stick itu ke seluruh wajah.. maka tacaplah dengan bedak compact apa-apa pun boleh. aku guna bedak miyami. tapi sebelum tu aku akan guna bedak debu dulu. dengan kuantiti yang sedikit. agak-agaklah ratakan bedak debu tu jangan sampai nampak muka warna putih sangat. kang macam pakai tepung pulak nanti. lepastu barulah guna bedak compact. lap sikit kening tu agar kesan foundation stick, bedak debu, bedak miyami tu hilang dengan menggunakan kapas atau tisu basah. takkan engko nak biarkan kening engko warna putih pulak kan. lepastu gunalah eyebrow pencil. terpulanglah nak guna warna yang engkorang suka. aku guna warna coklat pekat tak pun warna hitam biar nampak natural. lagipun kening aku halus so ai haruslah pekatkan sikit biar nampak lebat. huhu. tak kesahlah nak beli yang mahal ke, yang murah ke, yang berjenama ataupun cap ayam. no hal. untuk lipstick aku guna matte lipstick daripada simplicity. sumpah warna dia cantik do. aku guna warna plum dengan cherry kalau tak silap. sebab kotak dia aku dah buang lupa apa nama colour dia. kadang-kadang aku gabungkan je dua warna ni. serius aku adore gila matte lipstick daripada simplicity ni. tapi harga boleh tahan aa. boleh tahan berpeluh kalau kau tengok haha.


tadaa!! inilah matte lipstick simplicity. macam bongok kan cantik dia?? siyes nak nangis tengok warna dia wuwuwu T^T


tapi sebelum tuu! kalau nak guna matte lipstick ni sebelum tidur tu pakailah pelembab bibir dulu bagi yang bibir jenis merekah sebab kalau bibir merekah guna matte lipstick tak cantik woo. nak bagi warna naik dan cantik kulit bibir perlulah dilembabkan dulu dengan vaseline ke, baby lips ke sebab matte lipstick ni akan buat bibir korang jadi kering. yang bagusnya ianya tahan lama. warna dia akan stay je as long as kau tak usik dia.


yang belah kanan sekali ai guna pelembab bibir baby lips. eh pelembab ke pelembap? haha lantak kaulahh. yang dua-dua belah kiri tu lip tint in case korang malas tapi nak bibir nampak tak pucat gunalah.

aku jenis kalau rajin dan nak pergi kelas je atau jadual padat aku guna lipstick simplicity tu sebab tahan lama. tapi kalau malas aku datang, kelas sikit atau nak pergi dewan makan je aku gunalah lip tint jenis liquid tu. walaupun nak beli makanan at least keterampilan tu kenalah jaga sikit haha. perempuan kan? i used to be selekeh tapi ai dah gegirl skang tau. bukan gegirl lah kalau tak suka alat solek dan kecantikkan ni. okay itu jelah kot barang make up yang aku pakai yang ingin diperkongaikan. tak banyak pun, sadis an? well aku perempuan yang sukakan kecantikkan tapi tak overly tau. aku nak nampak cantik tapi dalam masa yang sama nak nampak natural dan tak tebal macam mak tiri cerita sinetron. sori okay tak ada gambar before and after aku bersolek. ai camera shy. malu lah nak bergambar tayang muka gedabak kat sini. okay itulah perkongsian setakat ini. okay bai.


Friday, August 12, 2016

From Cinta to Dendam

Assalammualaikum dan salam maghrib.


Entry kali ini adalah tentang cinta. uwauu aumm. eh tiba-tiba je dah kenapa? takyah nak persoalkan sangat k. engko ingat aku loser sangat ke sampai takde boypreng? tampo kang. *eh ter-emosional pula. hmm.  K fine before this aku memang forever alone and i choose to be alone okay. ceh kalau tak laku cakap jelah tak laku taknak ngaku pulak haha. ekceli kan aku taktau nak cerita apa tapi oleh sebab ada masa yang terluang ni apa kata aku bercerita sedikit sebanyak tentang percintaan yang aku lalui sepanjang duduk kat Jengka ni. Ni kisah percintaan daripada sayang menjadi dendam. and i called it as percintaan yang haram jadah.

Okay, guys please grab your popcorn. cerita benar ni bukan rekaan. macamni, sem lepas aku ada kenal dengan seorang mamat ni. perkenalan kami terjalin bila housemate aku bagitau ada budak rumah bawah dok ngusha aku. everyday dia akan stalk aku. aku pergi kelas ke, balik kelas ke, pergi buang sampah ke dia akan tau apa aku buat. scary an? housemate aku pun bagilah id wechat aku kat dia *hell no, aku bukan budak wichat yg buat moment kaki cramp jadi cream, wedding jadi welding and etc, pftt. Dan rupa-rupanya kami berdua dah lama berkawan dalam wechat tu cuma tak pernah nak bertegur. aku pulak jenis selagi kau tak start conversation dengan aku selagi tu aku takkan bukak mulut. start dari situ kami berkenalan dengan lebih rapat. kenal-kenal ajak bercinta. patutnya jumpa dulu baru bercinta. yang aku sengal pergi terima. sebabnya aku kesian dan  diasak member aku supaya terima dia.

ekceli aku pernah nampak mamat ni tapi muka tak jelas just aku kenal dengan tubuh badan dia je. then ajak jumpa petang tu. well, aku pun turutkan jelah first time ni nak jumpa member wechat. aku jenis cool je, ajak jumpa hokay takde hal. jumpa-jumpa je em salah orang pulak. sebenarnya malam tu aku stalk moment mamat ni mati-matian. nak tau jugak muka dia acane, kos apa, orang mana and so on. ingatkan dia ni mamat yang lagi sorang rupanya yang aku tengok tu kawan dia. gambar dia takde weh dalam wechat tu. so dah jumpa depan mata ni, muka dia macam aliff satar beb. sebijik. badan dia pulak quite sado. hokay la ada rupa. aku tak judge muka orang kalau muka aku macam nelydia senrose baru boleh aku hukum muka orang. i don't trust love at first sight masatu. aku takde rasa love pun sebenarnya. nothing. tapi oleh kerana dah bercinta dulu baru jumpa dan member aku dok paksa aku. aku go on jelah dengan semua ini. jangan tiru aksi ini tau :')

aku paksa diri aku untuk terima mamat ni. sebab aku dah terjebak dengan semua ini. kesianlah dia kalau tau aku takde feel pun tetapi.. lama kelamaan aku jatuh hati pulak. aku berjaya buat diri sendiri suka kat dia. aku tak jatuh hati pada fizikal dia tapi pada diri dia. pada siapa diri dia. dia ada man manners yang buat aku tertarik. aku ni jenis hati keras. aku tak head over heels easily. aku hati batu. aku jarang jatuh cinta. kalau aku jatuh cinta tu maksudnya kau memang hebat sebab dapat lembutkan hati aku. maka, bercintalah kami berdua. tengok? jadilah seperti aku bercinta bukan kerana rupa. love people for who they are. bukan kerana dia good looking atau kaya raya. Okay, kitaorang pun keluar makan, jumpa kat bandar dan kitaran itu berulang. mesej masatu guna wechat. tak putus beb dok chat je keje. alah korang macam tak pernah buat haha. setiap kali jumpa aku akan korek rahsia dia macam sebelumni bercinta dengan siapa, apa semua. dia pun jujur jelah. dia baru putus dengan awek dia, kiranya dia bercinta nak dekat 4 tahun but it all burnt camtu je. putus pun sebab kena tinggal. siye ko demo, sapa hati dio. hmm. dia cerita semua pasal awek dia, dia cakap mak dia tak suka awek dia ni lah, selalu tidur rumah dia, craving besar dan aku layankan jelah. dan aku taknak bagi dia ingat awek dia aku saiko cakap pempuan camni tk bagus sebab tak elok perempuan tidur rumah lelaki walaupun cuma kawan. eh guess what? dia back up ex dia and macam marah aku sebab tak suka aku cakap camtu. aku pun terdetik, eh mamat ni sayang lagi ke kat ex dia tu. mesti takleh move on ni. kalau takleh move on apesal bercinta dengan aku do? aku positif jelah dan tukar topik. 

baru first week bercinta dia dah up moment kat wechat post screenshot conversation antara dia dengan ex dia. diorang berborak pasal meminang. ex dia ajak dia masuk minang dia lepas habis degree nanti. and i was like, dude. ketahian apakah ini? kau post nak suruh siapa baca? aku ke? tak fikir perasaan aku langsung ke? okay aku diam buat macam tak ada apa. sedangkan hati aku ni dah koyak rabak. then cuti sem. selama cuti sem, not even once kau call aku. kalau aku message dia harini, minggu depan baru balas. kalau aku wasap dia balas ciput-ciput je. macam nak taknak je layan. konon busylah apalah. okay oleh sebab aku rasa macam aku ni annoying gila untuk kau, okay aku tak message kau just two days. dan kau naik minyak, eh bila aku layan kau macam mana kau layan aku kau kata aku ada orang lain pulak kat sana. ini bukan percintaan yang aku bayangkan. okay, once kau mintak aku bukan-bukan. craving benda yang aku tak boleh dan tak akan tunaikan and aku dapat satu firasat dan isyarat yang kau ni bukan untuk aku. i pray to Allah. and i got the feels yang aku kena cut hubungan tak matang ni. Allah dah bagi aku hint tu. i had to sebab ia boleh memudaratkan diri aku. kau nak aku berubah macam mana yang kau nak. tapi perubahan tu ke arah negatif. you know what i mean. mentang-mentang gaya aku hipsturr senang-senang kau nak goreng aku. hati aku muslimah tautak :'). kekal selama 3 bulan lebih je beb percintaan kita ni. okay aku ngaku ada perasaan sayang tu masa first seminggu sebelum putus. but aku lagi sayang diri aku berbanding aku sayang dia. takkan aku nak memurahkan maruah aku untuk dia? bitch, please? not me, kau salah orang nak buat gitu. aku bukan ex kau yang sanggup beri kau apa yang kau nak. i am not her.

then, bila dah putus kita selalu terserempak macam Allah tu saje je suruh kita flashback memori lama. masa bercinta tapak kasut kau pun aku tak nampak. tapi bila dah putus asyik jumpa muka kau je. mula-mula kita jadi kawan, kawan untuk setengah hari. tiba-tiba esok kau hentam aku. dah kenapa kau ni? kau hina aku sampai aku tak boleh bangun. kata cinta aku senipis kulit bawang. kelako ngat awop nim. aku takkan boleh lupa kau kata aku muka comel tapi perangai macam f*cker. *at least kau kata aku comel, yeayy. kau kata aku celakakan hidup orang. kau kata aku bitch, tahik. kau nak buat muka aku jadi cacat kekal. nak tumbuk aku. kau juga cakap semoga bakal ustaz aku tak tinggalkan macam mana aku tinggalkan kau and so onn. hakikatknya bila jumpa 50 meter tersengih-sengih macam kerang busuk. cakap gempak dalam wechat tapi penakut. aku lagi maskulin daripada kau. aku jeling sambil senyum sinis kat kau? ingat lagi? :)

selama kau hina aku in public, aku sikit pun tak balas balik kat moment kau tu sebab apa? sebab budak kecik je yang gaduh kat laman sosial ni. nak gaduh depan-depan. kita bincang apa yang patut. that's how adults handle a problem. kau twistkan cerita ni macam aku yang bersalah teruk. memanglah cara aku putuskan hubungan tu sangatlah tak patut. cuba kau fikir kalau aku jujur kenapa aku mintak putus? cuba kalau aku kata, aku nak kau lepaskan aku sebab kau tak reti jaga aku. sebab kau craving benda orang kafir laknatullah je yang buat, sebab kau takde masa untuk aku, sebab kau takboleh move on dengan ex kau. bayangkan? bersyukurlah aku saiko cakap ada orang nak minang aku kat rumah sebab tu aku putuskan hubungan ini. kau tak sedar aku buat diri aku bersalah dalam hal ni padahal terang-terang ianya salah kau. aku merisikokan diri sendiri sebab aku taknak kau sakit hati. tapi sia-sia. kau gaduh sikit hide moment. gaduh sikit tukar profile picture. gaduh sikit up moment tak puas hati. yang aku? fikir cara nak selesaikan masalah guna otak bukan guna wechat. antara aku dengan kau siapa lagi matang? kau selalu mintak orang jadi matang. sedangkan kau? mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. *haa kau kelua kemelayuan aku, kohkoh. sedangkan kau effort pun takde masa aku mintak putus. kau lepaskan aku macam tu je. then kau kutuk belakang hina aku cukup-cukup. kawan-kawan kau semua tengok aku. apehal? kau cerita apa kat dia? aku ni jahat? yes aku jahat. its okay kalau kau cerita apa yang aku dah buat kat kau tapi pastikan kau cerita apa yang kau dah buat kat aku jugak pada diorang. fair and square.

aku taktaulah aku jadi seorang yang berbeza kalini. aku bukan seorang yang pendendam dan pemarah. but this time aku terasa sangat sakit bila aku dihentam sebegini rupa. aku tak fight back pun tapi this time i will and aku realize kau yang ajar aku untuk jadi pendendam. maafkan aku. aku still takbole blah dengan dendam ini. i used to like you but not anymore. nak tunggu karma? lambat. will haunt you for life. permulaan percintaan kita kau tunjuk ex kau ajak kau masuk minang dia, pengakhiran percintaan kita pulak aku kata dah ada orang minang aku. kan fair tu jalan cerita kita. boleh buat novel :)

actually, aku bukan nak ungkit kisah lama. walaupun benda ni dah lama tapi kau kena tau jugak. aku nak kau tau. diam aku bukan aku tak kesah tapi aku memerhati. dann semoga berbahagia dengan ex awak yang dah jadi awek baru buat kali kedua. dah masuk minang dia nanti share lah kat moment. oupss sorry, aku takleh handle sarcasm ni. its already in my blood :3 wasalamm




Friday, June 3, 2016

NOVEL PENDEK AKU DAN BUDAK RUMAH SEWA (PART II)

    Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 


Selamat pagi dan selamat jam 2:23am. Harini hari Jumaat tanggal 03/06/16. ceh acah ayat panjang-panjang pulak. k k kita sambung jelah eh cerita lepas? ekceli sebab dah lama sangat aku tak update sampai orang tu kata bersawang dah blog ai ni. so, ai terpaksalah update cepat-cepat. supaya ai ingat balik memory dulu yang kian memudar. pehh ayat. lagipun sejak umur meningkat ni ai macam dah jadi pelupalah. macam ai mudah lupa ai dah makan ke belum. weh ni serius tak tipu. sorry jugak ye kalau ai ada ter-typo sebab ai taip dalam gelap ni nak feeling seram jap. biar mood marah datang. sebab apa? tungguu~

Hokayy. lepas motor Agogo aku sampai. chop! aku ingat lagi masa dalam kelas orang skynet call aku kata motor dah sampai. So, aku pegilah mintak kawan aku ni teman aku amek motor. habis satu bandar pusing cari tak jumpa tempat amek motor. lastly kat tempat yang aku pusing tiga kali. sampai rumah elok je motor ai kat luar. sumpah gila kagum, happy, tak sangka pun ada jugak sebab first time ni motor sampai kat negeri orang and ai nak guna bawak motor pegi kelas. yeayy. Pegi kelas everything was fine. dapat motor ke sana ke sini takyah cite aa. dok ngukur jalan je kerjanya. pantang sabun ke shampoo ke habis eh sanggup pegi bandar beli. padahal kedai runcit 500m je. selalu nak pergi kelas aku dengan bff aku ni akan siap awal. bangun seawalnya kalau boleh sebab takut tertinggal bas. imagine lah kelas pukul 10am tapi kau terpaksa bangun pagi-pagi pergi kelas pukul 8am. balik pun kalau kelas habis awal boleh naik van uitm. itu pun berebut sape cepat dia dapat. tak dapat haa menaguk lah kau sampai maghrib. So, sejak ada motor kelas pukul 10am, pukul 9.59am dah boleh gerak dah. balik pun takde hal. 5minit je dah sampai rumah. budak rumah semua macam pandang sinis aa sebab diorang kena bangun awal naik bas kalau tak bangun awal tak pegi kelas lah kau. jeles latu tak dapat relax macam kitaorang. kelas pukul 2pm. pukul 2pm lah kitaorang pergi.

so, kitaorang layan diorang super baik tau. nak keluar ke apa tanya nak pesan apa-apa tak. bagitau kitaorang balik lambat ke apa. korang takde kunci siap call mintak balik rumah bukakan gate sebab kau tak buat kunci pendua sedangkan kitaorang kat kuliah ni. kitaorang sanggup balik kejap untuk kau yg nak ngedate dengan pakwe sebab dah tunggu depan rumah acah sweet jadah haram apa! aku feeling wtf je masatu tapi dalam masa yang sama lantak kaulah janji jangan buas liar libatkan kitaorang memang aku sepak terajang semua. dengan kucing belaan kau sekali kena tempias. nak liar, liar seko-seko. kena tangkap ke hape settlekan sendiri. k aku marah ni. then, mungkin sebab iri hati. salah sorang budak rumah aku ni bawak kereta. k kau angkut member kau semua pegi kelas. kau senyum sinis dekat aku yg bawak motor ni, yelah kau bawak kereta aku bawak motor. sticker go go. penah kena nganjing dengan abang JPJ pulaktu. "Go Go ni Go Go Power Rangers ke?" kata abang JPJ kepadaku. hmm. orang kata dah macam minah rempit starter pack tau. kau lain, kau ada gaya, mutu, keunggulan. bawak kereta sport pegi kelas. dan dan beberapa hari bawak masuk uitm kena saman sebab takde sticker dan pegi parking tempat lecturer. aku gelak lemah gemalai je sebab cover. hmm.

then, sebab member kau ada kereta. so, weekend mesti balik rumah dia. tinggal lah korang bertiga. kereta kawan kau dah tak ada. yang ada motor aku je. memang motor aku jelah transport awam korang. start from that, kau nak pinjam motor aku. k takpe aku bagi sebab kata nak beli makanan kat kedai depan. aku takdelah jahat sangat sampai housemate nak mencekik aku tak nak bagi. walaupun dalam hati tak suka sebab aku tak percaya kalau orang lain bawak motor aku. nak bawak boleh tapi kena ada aku. kesimpulannya aku biarkan aje diorang pakai motor aku. nak berkira buat apa housemate aku jugak. bisik hati kecilku. tetapi.... *panjang titik tu bermakna serius. makin lama makin naik lemak. setiap hari kau nak pinjam motor aku. setiap hari. kata pegi beli makanan kat depan. pergi pukul 8pm balik 11pm. penah kau keluar pukul 8pm balik 4am. kau pegi cari lauk kerang masak tempoyak ke apa? k aku tak tanya aku diamkan je walaupun dalam hati tuhan je yang tahu. yang membuatkan aku nak marah setiap kali aku nak pergi kelas minyak tinggal sikit. semalaman korang pegi mana do? dengan tak bayar duit minyak. kau ingat free ke apa saiton? sekali dua aku boleh maafkan ni asyik muka hengkorang je yang ngeringkan minyak. macam motor tu kau punya pulak kan. sejak bila korang jadi share partner aku ni? oh man, no way. hell no. overacting  pula.

k ai pendam tahan marah. sakit hati memang sakit hati tapi ai tak nak tunjuk. sebab ai makhluk tuhan yang tak suka marah. sebab kalau ai marah tu bukan ai. itu ai tapi dah mix dengan syaitonirrojim. kalini bab basuh motor. aku jenis weekend akan bersihkan motor. kalau tak basuh aku kilatkan je. peduliklah pegi kelas tangan hitam-hitam janji motor bersih dan terjaga. biar aku buruk takpe tapi motor aku jangan buruk. weekend takyah cite aa memang korang hanyak motor aku cukup-cukup dengan alasan yang sama beli makanan kat kedai depan. yang kantoinya esok pagi motor aku gila cantik semalam ni yang aku berpenat lelah tertonggeng sana sini bersihkan, kilatkan bila time nak pegi kelas pagi ni, hamek kau berterabur tepung kulit ayam kat tempat letak kaki. siap ada lidi cucuk fishball salut tepung roti warna oren lagi kat motor aku.

penah jugak korang buat seni salut motor aku dengan lecak, tanah merah. hengkau feeling chocolate ferrero rocher ke hape? agak-agak lah nak berseni pun. aku tau korang penah ambil pendidikan seni kat sekolah dulu tapi takyah nak praktikkan kat motor aku. nasib aku tak hilang kawalan hempuk muka korang. kalau tak mesti lagi berseni tu. tanyalah aku animal kingdom mana aku tak sebut masatu. segala jenis insecta, antropod aku sebut. rupanya selamani kau guna motor aku pergi bandar sana eh. pegi pasar nun jauh sana. dengan kau tak pakai helmet keluar. tak ada lesen lagi. agak-agak kena saman motor sape naik nama eh? memang terbalik dapur tu aku kerjakan. otak tu jangan bagi berdaki sangat. fikir sikit bukan fikir malam ni nak tukar pakwe bawak kereta apa pulak. setiap pukul 2am warna-warni kereta parking depan rumah tu aku tengok. agak buat kenduri apa kat depan tu kak? tu lantak hampa la nak buat apa pun. i don't care at all. k k sambung pasal motor tadi. sampai minyak kering tak reti nak isi. motor habis kotor tak reti nak bersihkan balik. then, bila aku nak pergi kelas bawak motor aku rasa tak sedap tau. rasa macam lain. bila bawak laju ada bunyi pelik. dengan signal aku boleh loose beb. aku taktaulah kau tekan signal macam mana. agak kau gigit masa nak belok kanan kot. tak pun dok kunyah button signal sampai nak tercabut aku tengok. dengan cover motor aku calar balar. beb, tercedera hati aku. takleh jadi aku sound cukup-cukup masatu. macam menyindir  lah "kat sini bengkel dekat mana? motor aku rosak. entah pakai macam mana entah. dah bagi guna, gunalah elok-elok!" 
eh kawan dia yang keling tu report kat member dia yang lain. start dari situ semua benci kat aku. ah aku pedulik hape. bencilah aku, daripada aku baik ngan korang habis aku jerut leher sendiri. benda bukan nak pakai dua tiga hari. nak pakai sampai habis sem kot. dengan kawan kau yang bawak kereta sport tu pun buat muka nokharom kat aku. dia pulak nyindir aku lebih-lebih. padahal dia taktau apa-apa yang terjadi masa dia takde. 

potong jarilah kawan-kawan dia cerita benda betul kat dia. tak sah kalau cerita tak tokok tambah. suruh kawan-kawan kau bersumpah atas nama Allah diorang cerita betul tak? then, korang gaduh member kau sorang cabut pindah rumah. yelah perangai macam beruk. takboleh jaga barang elok sikit. aku tak faham betul lah macam mana tempat sangkut tuala kat bilik air tu boleh tercabut? besi tu beb. agak korang meneran tahi sambil pegang besi tu ke apa? atau kau sengayut kat situ time mandi? kalau kau baca ni aku nak kau tau apa kawan-kawan kau buat kat kitaorang. ketahuilah kawan kau brainwash kau. kitaorang bukan seburuk yang kawan kau cerita. member yang kau sanjung tu depan cakap baik belakang time kau takde diorang kutuk kau. kalau kau nak tau member kau dua orang tu panjang tangan do. habis duit tabung bff aku diorang korek. member kau ada tiga kan? yang lagi sorang tu baik la jugak. i used to like her. tapi sayang follow member tak guna. kesian. yang lagi dua ekor tu sumpah panjang tangan. macam mana aku tau? beb kau nak curi salah orang tau. bff aku tu pakcik dia bomoh jangan sampai dia buat perut korang kembung berulat makan duit haram sudah. kau curi berperingkat pulaktu. harini rm5 esok rm10 tulat rm20. hebat betul korang eh? mengancam permainan. dah amek duit orang kau twist kan cerita cakap duit korang hilang jugak. maknanya apa tu? korang tuduh aku lah kan? sebab duit bff aku hilang, kebetulan duit korang pun hilang jugak means aku lah toyolnya? hmm ampang ngat perangai. yang kelako tu mintak duit sewa eh asyik takde aje, asyik tak cukup duit aje. muka aku ni jugak merayu kat akak tuan rumah mintak tangguh sebab korang takde duit. aku tebalkan muka demi korang yang bermuka tembok.

 setiap malam keluar berjimba eh ada pulak duit. mana datang duit tu? oh lupa hasil curi duit tabung kan. lupa pulak. tu yang kau beli baju kemeja branded harga rm 99. price tag kau campak atas seat motor aku. kau ingat motor aku tu bakul sampah? kau yang sampah sebenarnya, sampah. aku nak ingatkan lah, jangan sampai aku buat benda yang tak elok sudah. try me. nama korang semua aku ingat. dengan binti sekali. banyak lagi sebenarnya diorang buat perangai. belum cerita masa nak habis sem kau tak pelawa orang tua bff aku masuk rumah. kau kelua kejap, jenguk pastu kau tutup pintu balik. kau layan diorang macam bangla jual carpet eh? dah orang tua tu melopong tunggu depan gate tengah panas terik. terjerit-jerit bagi salam cari anak dia ada kat dalam rumah ke tak. mana adab kau do? nenek kau datang rumah aku siap pelawa elok-elok masuk rumah. tersengih-sengih aku layan dia macam kerang busuk. kalau ada sireh kat dapur aku nak jugak gulung suapkan kat nenek kau. kalau boleh nak kunyah sireh sama-sama. sedangkan aku ni skill berborak dengan orang tua sangatlah tipis. inikan layan nenek kau yang warga emas triple. tapi kau balas layan orang tua bff aku sebegitu hina kan? susah sangat ke hormat orang? kalau kau layan orang tua aku macam tu sumpah aku bersilat. tak pun berhantu rumah sewa tu sebab ada kes bunuh. aku pasif jelah. mungkin kau kecik-kecik demam panas. tu yang otak mengecut jadi kecik tu. bodoh tu simpan untuk cicit. eh takyah simpanlah dah ada dalam gene kan? mesti berpanjangan kebodohan tu. semoga sehidup semati dalam kebodohan.

story ni bukan untuk mengaibkan, memburukkan dan memalukan korang. aku cerita benda yang betul, benar tanpa penambahan nak sedapkan cerita. aku tak suka dan bukan jenis hidup dalam masa silam, aku jenis mudah move on. but this time, i had to. kalau aku tak cerita orang takkan tau. sampai bila-bila pun takkan tau. sebetulnya "korang semua" takkan tau apa yang aku rasa. sebab aku diam dan keluar rumah tu tanpa membersihkan nama aku dan bff aku. malah aku tak ceritakan apa yang berlaku antara kami berdua dengan empat orang itu. i know you know me. aku tau korang baca. ketahuilah diam aku bukan beerti bodoh. sampai sini dulu. wasalamm. thanks for reading this emotional entry. :')

Friday, March 18, 2016

NOVEL PENDEK AKU DAN BUDAK RUMAH SEWA (PART I)


Assalammualaikum engkauhorangg xP

Sumpah cakap, semester lepas adalah semester paling pahit bagi aku. Bukan sem lah lebih tepat lagi keseluruhan hidup aku. Aku ditimpa malang yang tak berbau. Andai aku tahu dari mana bau itu mungkin aku spray downy campur dettol sikit. Hmm. Berat sangat ujian aku allah swt bagi. Aku bukan jenis yang pencerita masalah dekat orang lain. Aku hanya pemberi telinga. Haip, bukan menjual telinga tapi aku pendengar cerita dan masalah orang yang bertauliah lagi berguna untuk masyarakat because i know what it feels when there’s no one for you. Masalah orang aku boleh selesaikan tapi when it comes to my problem aku tak reti weh nak settlekan acane. Umur aku dah 20 an of course aku kejarkan pelajaran. Impian bawa segulung.. segulung apa? Tikar? Tak tak.. segulung ijazah untuk ibu bapa untuk bagitau kat diorang yang diorang tu dah berjaya didik anak dia ni smpai pandai masuk universiti. Actually aku bersyukur sangat sebab aku kembali ke jalan yang benar selepas sesat bersimpang-simpang. Beb aku bukan pegi masuk ajaran sesat. Korang jangan fikir camtu pulak. Sesat aku ni bila aku dah fikir aku ni dah cukup “pandai” sangat.  Yaa.. yang tu letak tepi dulu lah. Sekarang ni nak cerita pasal malang. Aku taktaulah nak cerita macam mana ni, sebab malang sangat hidup aku ni. Malang sampai setiap kali balik naik bas mesti dapat duduk sebelah bangla. Pastu kalau yang nak ngurat aku mesti bangla jugak. Apa muka aku macam hindustan ke hape? Mungkin tulah.. aku sangat berkarisma sampai bangla meminati diri ini. Mungkin boleh lah lepas ni pergi negara diorang jadi duta makanan harian seperti bawang. Wehh jauhnya aku pergi.. dah dah.. :')

Ceritanya bergini, cuba kau bayangkan.. pejam mata sekarang.. aku tau korang pejam eh kalau tak haa aku titik tangan tu nanti.  Semester lepas aku kan tak dapat kolej. Bukan tak dapat tapi lebih kepada tidak mahu duduk dalam kolej sebab dah janji dengan member nak menyewa kat luar then member pulak jenis paria geli mat cakap tak pernah tak keling. Auta je lebih. Eh malas lah cerita pasal dia aku dah pernah buat topic pasal dia. Nak tau sila tekan SINI. Then, macam-macam dugaan aku dapat selama duduk rumah sewa tu. Mula-mula budak rumah sewa ada 10 orang which mean sorang bayar rm100 but lepas sekor, sekor keluar kata dapat kolej. Kiranya rumah aku ni jadi tempat persinggahan sementara menunggu permohonan kolej diorang berjaya yang mana diorang telah berjanji untuk duduk bersama selama satu sem dan itu semua hanya dusta tahi kucing haram jadah. *kata kesat seterusnya adalah didalam hati. Maka, tinggal lah kami berenam. Koyak duhh poket bayar duit sewa dengan makan ikat perut. Untuk save budget maka aku dengan bestfriend muah muah aku ni masak. Beli lauk boleh simpan-simpan sampai berkulat baru buang.*selekeh nauu. But then everything berubah 360 degree bilamana budak rumah aku berempat ni perangai macam pencacai. Sorry for the bad word sebab itu je aku boleh describe-kan diorang macam mana. Mula-mula aku respect diorang ni. But lama-lama bodoh apa aku nak bertoleransi dengan manusia bertopengkan hanjing. Sorry again, menggelegak pulak kemarahan diri ini. Maafkan daku.

First day kitaorang masuk rumah tu, perangai masing-masing kerek habis. Dengan tak hormat orang tua aku. Senyum tidak apa lagi bersalaman. Okay takpe mungkin kau jenis biadap atau tak belajar sivik kewarganegaraan dulu. Lantak kau lah. Aku pula jenis friendly dan beriya pergi tanya. Hey sapa nama duduk kat mana dengan sapa ada henfon apa nombornya. Eh itu lagu. Aku tanya ni je siapa nama, orang mana, duduk mana, bila datang, part berapa, course apa dan so onn. Aku yang start semua. Okay takpe lagi, mungkin kau gugup sebab first time jumpa. Paham paham. Kiranya aku duduk dengan budak yang aku tak pernah kenal. Macam mana boleh jadi camtu? Itupan kawan bestfriend muah muah aku tu yang recommend-kan. Takpelah tak kenal tak apa janji bayar sewa on the spot, baik, tak panjang tangan dan tak bersosial berlebihan. 

Oh berangan jelah aku mengharap sebegitu, takyah tunggu seminggu nak tengok the true colours. Malam tu jugak sorang budak rumah ni pergi bawak masuk jantan dalam rumah. I was like are you f kidding me?? Beb tuan rumah tu punyalah baik dengan aku siap bagi perjanjian suruh baca jangan bawak masuk laki and else. Dia percaya kat aku. Aku masatu kat bilik siot tak tau apa-apa. Aku keluar bilik je ada mamat ni kat ruang tamu tengah pasangkan almari kain yang DIY tu. Berebut aku masuk bilik balik.  Kawan-kawan kau semua kat bilik kau berduaan je kat ruang tamu dengan pintu terbuka luas. Tak ke sia-sia kalau JAIS masuk serbu? Acah-acah je tak reti pasang almari. Tu jelah bakat sweet yang kau ada tolong pasangkan almari awek? Kau nak pasang, pasang kat luar la. Ni rumah perempuan. Siap duduk berdua dekat-dekat kalau tuan rumah datang aku nak jawab apa? Dahlah tuan rumah tu pesan dia, mintak jiran depan perhatikan kita semua. Dapat pulak jiran depan kaki report. Dah laa aku ketua rumah pulaktu. Uish takleh jadi, ketegasan aku keluar sikit ketika itu, lepas laki tu berhambus aku ketuk bilik diorang cakap suruh baca perjanjian yang tuan rumah tu bagi dan jangan bawak masuk lelaki lagi lain kali. Muka diorang bertambah tahi apabila melihat aku. K pimateyy. 

Masatu bulan puasa, aku dengan bestfriend muah muah aku beli lauk basah then masak untuk buka. Kitaorang masak untuk semua budak rumah. Korang cekik macam tak pernah makan seminggu. Ceh nak cakap sebenarnya kitaorang masak sedap kalah chef wan. Kalau ikut ranking aku chef two. Kitaorang happy bila korang pun happy. Niat baik ni. Ketika itu. Hampir seminggu kitaorang masak korang makan. Bila turn korang masak untuk kitaorang pulak eh? Lemak betul korang dahla taknak share beli lauk tapi makan lauk orang. Apa salah hulur rm5 sorang? Paling hina bagi la rm1 pun jadilah. Aku tak kesah. K masatu dah wujud busuk hati. Daripada ikhlas aku jadi tak ikhlas. Astargfirullahhala’zim.


Okay, bab makanan macam tak elok pulak nak diperbalahkan. But this time it’s really hurt me so much bilamana aku tak masak untuk buka sebab kelas habis pukul 6 means aku balik bawak lauk yang dah siap aku beli dekat pasar. Masatu aku tak bawak motor just bergantung pada van. Van lambat lambatlah aku balik rumah. You know what apa diorang cakap? Aku terdengarlah selepas aku masuk bilik. Salah sorang tu cakap “kalau aku tau kau tak masak aku dah beli makanan dah tadi” and i was like? Bebb.. aku pun keluar balik tanya “awak cakap apa tadi?”. “eh tak ni haa Minah(bukan nama sebenar) ni”. Beb aku mungkin buta tapi pekak jauh sekali. Kau ingat kau siapa duhh nak aku siapkan makanan hari-hari? Kau ingat aku bibik ke apa? Selepas kejadian tu diorang pun masak sendiri. Masak apebenda ntah tak ingat. Korang jemput pun tak. Kitaorang lalu sebelah korang dok borak sambil makan. Pelawa pun tidak. Kalau ye pun ajak-ajak ayam lah. Aku tak hadap pun lauk korang tu. Nasi tak cukup pun si keling(bukan nama sebenar)  tu merajuk. Beb beras tu kitaorang beli pakai duit sendiri kau apehal pulak nak merajuk. Kalau duit kau takpe jugak. Besides, kalau kau merajuk kawan kau yang makan nasi tu takpelah masuk akal sikit ni kau merajuk tak puas hati sebab aku yang habiskan nasi. Kenapalah aku serumah dengan makhluk tak matang ni? Kelakar pun ada bila ingat balik. Eh macam banyak pulak cerita kan. Tak larat korang nak baca. Haipp! Banyak lagi aku nak cerita ni. Kita sambung part seterusnya nanti tau. Bersambung ke episode seterusnya apabila aku bawa motor dari rumah ke rumah sewa habis kena lenjan motor agogo aku itu...