Thursday, August 18, 2016

MAKE UP STYLE UNTUK KELIHATAN KEWANITAAN WALAUPUN HATI PENUH KEJANTANAN.

Hai girls.


tajuk kali ini kita gegirl sikit boleh? boleh laa.. kit jew hewhew. eh geli aku taip cenggitu. oukayy.. gegirls sila baca dengan bersungguh-sungguh ye. yang boboy duduk diam-diam and please jangan judge perempuan yang berbincang tentang barang make up dengan berkata "huh! amendelah pempuan ni nak make up bagai" takpun "hmm.. nate apo ni?". kalau taknak kena kecam kutuk dalam hati je tau. bagi yang dulu masa kat sekolah tak pernah mencemar duli muka tu, jenis lasak dan tomboy tiba-tiba nak jadi gegirl, nak nampak cantik tapi nak muka nampak natural dalam masa yang sama meh lah sini ai nak bagi tips sikit. jemputlah duduk, kita sembang produk yang aku guna bagi kelihatan kewanitaan walaupun dalaman penuh kejantanan.

sebelum tu ai nak bagitau ai cuma tunjuk jenis barang make up yang ai guna je tau. yang selebihnya hangpa cuba sendiri. ai tak tunjuk tutorial macam mana nak gunakan barang make up ini. just a kind of brand yang aku rasa sangat bagus dan aku pun pakai dan nak kongsi bersama dengan engkorang. actually muka aku ni tak flawless pun. ada je bekas jerawat sana sini dan jenis kulit muka berminyak. kulit muka yang ada bekas jerawat ni susah sikit nak pilih foundation yang boleh cover all the marks tau. so, selama bertahun jugak aku cari produk yang sesuai dengan rupa tak seberapa ini dan ai finally found! hdklahgcjegfewlijdk *tanda excited. okay panjang pulak aku berbual. ni baru kata-kata aluan tau. introduction tak bincang lagi. bagi yang nak membuang tu sila menyahut seruan alam dahulu baru menyahut seruan aku.

ceritanya begini, dulu kan masa aku kat sekolah aku jenis tak pakai pun alat-alat solek ni sebab aku rasa macam pempuan gedik je yang buat. pfftt! so gegirls la korang ni. aku rasa geli sangat bila pempuan bersolek ni. aku fikir apa tau? takde keyakinan diri lettew sampai nak badutkan muka. lagipun aku jenis kasar dan lasak jadi terasa macam tak perlu je nak ayu bermake up semua ni. aku dulu ada je guna krim muka tapi taklah sampai pakai foundation, lipstick bla bla sume tu. just krim sahaja. krim safi balqis penutup warna biru tu haa. yang kalau korang pakai berminyak habis muka. dulu jugak aku ni jenis tumbuh jerawat seketul dua je. tapi sebab asyik tukar-tukar produk sebab nak mencuba punya pasal haa amek kau muka jadi menggerutu macam buah mengkudu. tau buah mengkudu tak? pergi google. aku juga jenis tangan degil. ada je cara nak picit jerawat then tertinggalah kesan jerawat dan berparut. start masuk universiti lah aku dah pandai dah nak melawa bagai ni. HAHA. lambat kesedaran dan ke-gegirl-an aku datang kan? i kneww itt! tapi tapi tapi aku guna make up runcit-runcit je tau bukan guna dan beli beg make up macam mak andam tu. so, nak dipendekkan cerita aku guna ini sebagai basic:

inilah basic produk yang ai guna untuk menutup kecelakaan.. eh silap, kecelaan wajah ini. :')


seterusnya aku akan berikan method. firstly, aku akan basuh dulu muka guna pencuci muka. bagi hilang segala kekotoran dan keminyakkan yang ada kat muka ini. selepas itu aku ambil kapas muka letak toner safi balqis di atasnya dan tonyoh keseluruh muka sampai bersih. sampai keluar segala kekotoran sehingga menampakkan comot pada kapas tersebut. selepas itu aku akan biarkan ianya kering bawah kipas. bukan kapas itu dikeringkan tapi muka. then, sapukan concealer mineral daripada maybelline. titikkanlah pada bekas jerawat tu. letak kat bawah mata sedikit dan sapu sama rata. takkan nak tutup bekas jerawat je kan. tutuplah sikit dark circle bawah mata tu. as student memang tak lari daripada esaimen yang banyak gila bapak. lepas itu buka foundation stick dan sapu ke wajah. aku guna foundation stick daripada mustika ratu. nama dia dempul lelet. warnanya kekuningan lagipun muka aku warna kuning langsat bukan warna putih kemerahan. sesuailah for those yang mempunyai kulit warna kuning langsat. dia ada pilihan warna. satu warna macam merah sikit satu lagi warna kuning sikit. aku main guna je mana-mana as long as ianya adalah foundation stick dempul lelet. sejak pertama kali aku guna dah jatuh cinta dengan foundation stick ni sebab dia waterproof tau. kau berpeluh macam mana pun warna dia tetap tak pudar dan cantik je. sumpah aku tak tipu. tapi dempul lelet ni susah sikit nak jumpa sebab setiap kali aku nak beli mesti dan pasti akan kehabisan stok dan tak ada jual. just certain kedai je yang jual. sedih je kan. eh nangis aa tunggu apa lagi?

ini foundation yang aku guna tu. nama dia dempul lelet daripada mastika. eh mustika ratu k.

lepas dah meratakan foundation stick itu ke seluruh wajah.. maka tacaplah dengan bedak compact apa-apa pun boleh. aku guna bedak miyami. tapi sebelum tu aku akan guna bedak debu dulu. dengan kuantiti yang sedikit. agak-agaklah ratakan bedak debu tu jangan sampai nampak muka warna putih sangat. kang macam pakai tepung pulak nanti. lepastu barulah guna bedak compact. lap sikit kening tu agar kesan foundation stick, bedak debu, bedak miyami tu hilang dengan menggunakan kapas atau tisu basah. takkan engko nak biarkan kening engko warna putih pulak kan. lepastu gunalah eyebrow pencil. terpulanglah nak guna warna yang engkorang suka. aku guna warna coklat pekat tak pun warna hitam biar nampak natural. lagipun kening aku halus so ai haruslah pekatkan sikit biar nampak lebat. huhu. tak kesahlah nak beli yang mahal ke, yang murah ke, yang berjenama ataupun cap ayam. no hal. untuk lipstick aku guna matte lipstick daripada simplicity. sumpah warna dia cantik do. aku guna warna plum dengan cherry kalau tak silap. sebab kotak dia aku dah buang lupa apa nama colour dia. kadang-kadang aku gabungkan je dua warna ni. serius aku adore gila matte lipstick daripada simplicity ni. tapi harga boleh tahan aa. boleh tahan berpeluh kalau kau tengok haha.


tadaa!! inilah matte lipstick simplicity. macam bongok kan cantik dia?? siyes nak nangis tengok warna dia wuwuwu T^T


tapi sebelum tuu! kalau nak guna matte lipstick ni sebelum tidur tu pakailah pelembab bibir dulu bagi yang bibir jenis merekah sebab kalau bibir merekah guna matte lipstick tak cantik woo. nak bagi warna naik dan cantik kulit bibir perlulah dilembabkan dulu dengan vaseline ke, baby lips ke sebab matte lipstick ni akan buat bibir korang jadi kering. yang bagusnya ianya tahan lama. warna dia akan stay je as long as kau tak usik dia.


yang belah kanan sekali ai guna pelembab bibir baby lips. eh pelembab ke pelembap? haha lantak kaulahh. yang dua-dua belah kiri tu lip tint in case korang malas tapi nak bibir nampak tak pucat gunalah.

aku jenis kalau rajin dan nak pergi kelas je atau jadual padat aku guna lipstick simplicity tu sebab tahan lama. tapi kalau malas aku datang, kelas sikit atau nak pergi dewan makan je aku gunalah lip tint jenis liquid tu. walaupun nak beli makanan at least keterampilan tu kenalah jaga sikit haha. perempuan kan? i used to be selekeh tapi ai dah gegirl skang tau. bukan gegirl lah kalau tak suka alat solek dan kecantikkan ni. okay itu jelah kot barang make up yang aku pakai yang ingin diperkongaikan. tak banyak pun, sadis an? well aku perempuan yang sukakan kecantikkan tapi tak overly tau. aku nak nampak cantik tapi dalam masa yang sama nak nampak natural dan tak tebal macam mak tiri cerita sinetron. sori okay tak ada gambar before and after aku bersolek. ai camera shy. malu lah nak bergambar tayang muka gedabak kat sini. okay itulah perkongsian setakat ini. okay bai.


3 comments:

  1. assalamualaikum dik..awak masih makan k colly tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, saya dah lama tak makan k colly dah. sbb tak cukup pitih. ngee :D

      Delete
    2. waalaikumussalam, saya dah lama tak makan k colly dah. sbb tak cukup pitih. ngee :D

      Delete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^