Friday, August 12, 2016

From Cinta to Dendam

Assalammualaikum dan salam maghrib.


Entry kali ini adalah tentang cinta. uwauu aumm. eh tiba-tiba je dah kenapa? takyah nak persoalkan sangat k. engko ingat aku loser sangat ke sampai takde boypreng? tampo kang. *eh ter-emosional pula. hmm.  K fine before this aku memang forever alone and i choose to be alone okay. ceh kalau tak laku cakap jelah tak laku taknak ngaku pulak haha. ekceli kan aku taktau nak cerita apa tapi oleh sebab ada masa yang terluang ni apa kata aku bercerita sedikit sebanyak tentang percintaan yang aku lalui sepanjang duduk kat Jengka ni. Ni kisah percintaan daripada sayang menjadi dendam. and i called it as percintaan yang haram jadah.

Okay, guys please grab your popcorn. cerita benar ni bukan rekaan. macamni, sem lepas aku ada kenal dengan seorang mamat ni. perkenalan kami terjalin bila housemate aku bagitau ada budak rumah bawah dok ngusha aku. everyday dia akan stalk aku. aku pergi kelas ke, balik kelas ke, pergi buang sampah ke dia akan tau apa aku buat. scary an? housemate aku pun bagilah id wechat aku kat dia *hell no, aku bukan budak wichat yg buat moment kaki cramp jadi cream, wedding jadi welding and etc, pftt. Dan rupa-rupanya kami berdua dah lama berkawan dalam wechat tu cuma tak pernah nak bertegur. aku pulak jenis selagi kau tak start conversation dengan aku selagi tu aku takkan bukak mulut. start dari situ kami berkenalan dengan lebih rapat. kenal-kenal ajak bercinta. patutnya jumpa dulu baru bercinta. yang aku sengal pergi terima. sebabnya aku kesian dan  diasak member aku supaya terima dia.

ekceli aku pernah nampak mamat ni tapi muka tak jelas just aku kenal dengan tubuh badan dia je. then ajak jumpa petang tu. well, aku pun turutkan jelah first time ni nak jumpa member wechat. aku jenis cool je, ajak jumpa hokay takde hal. jumpa-jumpa je em salah orang pulak. sebenarnya malam tu aku stalk moment mamat ni mati-matian. nak tau jugak muka dia acane, kos apa, orang mana and so on. ingatkan dia ni mamat yang lagi sorang rupanya yang aku tengok tu kawan dia. gambar dia takde weh dalam wechat tu. so dah jumpa depan mata ni, muka dia macam aliff satar beb. sebijik. badan dia pulak quite sado. hokay la ada rupa. aku tak judge muka orang kalau muka aku macam nelydia senrose baru boleh aku hukum muka orang. i don't trust love at first sight masatu. aku takde rasa love pun sebenarnya. nothing. tapi oleh kerana dah bercinta dulu baru jumpa dan member aku dok paksa aku. aku go on jelah dengan semua ini. jangan tiru aksi ini tau :')

aku paksa diri aku untuk terima mamat ni. sebab aku dah terjebak dengan semua ini. kesianlah dia kalau tau aku takde feel pun tetapi.. lama kelamaan aku jatuh hati pulak. aku berjaya buat diri sendiri suka kat dia. aku tak jatuh hati pada fizikal dia tapi pada diri dia. pada siapa diri dia. dia ada man manners yang buat aku tertarik. aku ni jenis hati keras. aku tak head over heels easily. aku hati batu. aku jarang jatuh cinta. kalau aku jatuh cinta tu maksudnya kau memang hebat sebab dapat lembutkan hati aku. maka, bercintalah kami berdua. tengok? jadilah seperti aku bercinta bukan kerana rupa. love people for who they are. bukan kerana dia good looking atau kaya raya. Okay, kitaorang pun keluar makan, jumpa kat bandar dan kitaran itu berulang. mesej masatu guna wechat. tak putus beb dok chat je keje. alah korang macam tak pernah buat haha. setiap kali jumpa aku akan korek rahsia dia macam sebelumni bercinta dengan siapa, apa semua. dia pun jujur jelah. dia baru putus dengan awek dia, kiranya dia bercinta nak dekat 4 tahun but it all burnt camtu je. putus pun sebab kena tinggal. siye ko demo, sapa hati dio. hmm. dia cerita semua pasal awek dia, dia cakap mak dia tak suka awek dia ni lah, selalu tidur rumah dia, craving besar dan aku layankan jelah. dan aku taknak bagi dia ingat awek dia aku saiko cakap pempuan camni tk bagus sebab tak elok perempuan tidur rumah lelaki walaupun cuma kawan. eh guess what? dia back up ex dia and macam marah aku sebab tak suka aku cakap camtu. aku pun terdetik, eh mamat ni sayang lagi ke kat ex dia tu. mesti takleh move on ni. kalau takleh move on apesal bercinta dengan aku do? aku positif jelah dan tukar topik. 

baru first week bercinta dia dah up moment kat wechat post screenshot conversation antara dia dengan ex dia. diorang berborak pasal meminang. ex dia ajak dia masuk minang dia lepas habis degree nanti. and i was like, dude. ketahian apakah ini? kau post nak suruh siapa baca? aku ke? tak fikir perasaan aku langsung ke? okay aku diam buat macam tak ada apa. sedangkan hati aku ni dah koyak rabak. then cuti sem. selama cuti sem, not even once kau call aku. kalau aku message dia harini, minggu depan baru balas. kalau aku wasap dia balas ciput-ciput je. macam nak taknak je layan. konon busylah apalah. okay oleh sebab aku rasa macam aku ni annoying gila untuk kau, okay aku tak message kau just two days. dan kau naik minyak, eh bila aku layan kau macam mana kau layan aku kau kata aku ada orang lain pulak kat sana. ini bukan percintaan yang aku bayangkan. okay, once kau mintak aku bukan-bukan. craving benda yang aku tak boleh dan tak akan tunaikan and aku dapat satu firasat dan isyarat yang kau ni bukan untuk aku. i pray to Allah. and i got the feels yang aku kena cut hubungan tak matang ni. Allah dah bagi aku hint tu. i had to sebab ia boleh memudaratkan diri aku. kau nak aku berubah macam mana yang kau nak. tapi perubahan tu ke arah negatif. you know what i mean. mentang-mentang gaya aku hipsturr senang-senang kau nak goreng aku. hati aku muslimah tautak :'). kekal selama 3 bulan lebih je beb percintaan kita ni. okay aku ngaku ada perasaan sayang tu masa first seminggu sebelum putus. but aku lagi sayang diri aku berbanding aku sayang dia. takkan aku nak memurahkan maruah aku untuk dia? bitch, please? not me, kau salah orang nak buat gitu. aku bukan ex kau yang sanggup beri kau apa yang kau nak. i am not her.

then, bila dah putus kita selalu terserempak macam Allah tu saje je suruh kita flashback memori lama. masa bercinta tapak kasut kau pun aku tak nampak. tapi bila dah putus asyik jumpa muka kau je. mula-mula kita jadi kawan, kawan untuk setengah hari. tiba-tiba esok kau hentam aku. dah kenapa kau ni? kau hina aku sampai aku tak boleh bangun. kata cinta aku senipis kulit bawang. kelako ngat awop nim. aku takkan boleh lupa kau kata aku muka comel tapi perangai macam f*cker. *at least kau kata aku comel, yeayy. kau kata aku celakakan hidup orang. kau kata aku bitch, tahik. kau nak buat muka aku jadi cacat kekal. nak tumbuk aku. kau juga cakap semoga bakal ustaz aku tak tinggalkan macam mana aku tinggalkan kau and so onn. hakikatknya bila jumpa 50 meter tersengih-sengih macam kerang busuk. cakap gempak dalam wechat tapi penakut. aku lagi maskulin daripada kau. aku jeling sambil senyum sinis kat kau? ingat lagi? :)

selama kau hina aku in public, aku sikit pun tak balas balik kat moment kau tu sebab apa? sebab budak kecik je yang gaduh kat laman sosial ni. nak gaduh depan-depan. kita bincang apa yang patut. that's how adults handle a problem. kau twistkan cerita ni macam aku yang bersalah teruk. memanglah cara aku putuskan hubungan tu sangatlah tak patut. cuba kau fikir kalau aku jujur kenapa aku mintak putus? cuba kalau aku kata, aku nak kau lepaskan aku sebab kau tak reti jaga aku. sebab kau craving benda orang kafir laknatullah je yang buat, sebab kau takde masa untuk aku, sebab kau takboleh move on dengan ex kau. bayangkan? bersyukurlah aku saiko cakap ada orang nak minang aku kat rumah sebab tu aku putuskan hubungan ini. kau tak sedar aku buat diri aku bersalah dalam hal ni padahal terang-terang ianya salah kau. aku merisikokan diri sendiri sebab aku taknak kau sakit hati. tapi sia-sia. kau gaduh sikit hide moment. gaduh sikit tukar profile picture. gaduh sikit up moment tak puas hati. yang aku? fikir cara nak selesaikan masalah guna otak bukan guna wechat. antara aku dengan kau siapa lagi matang? kau selalu mintak orang jadi matang. sedangkan kau? mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. *haa kau kelua kemelayuan aku, kohkoh. sedangkan kau effort pun takde masa aku mintak putus. kau lepaskan aku macam tu je. then kau kutuk belakang hina aku cukup-cukup. kawan-kawan kau semua tengok aku. apehal? kau cerita apa kat dia? aku ni jahat? yes aku jahat. its okay kalau kau cerita apa yang aku dah buat kat kau tapi pastikan kau cerita apa yang kau dah buat kat aku jugak pada diorang. fair and square.

aku taktaulah aku jadi seorang yang berbeza kalini. aku bukan seorang yang pendendam dan pemarah. but this time aku terasa sangat sakit bila aku dihentam sebegini rupa. aku tak fight back pun tapi this time i will and aku realize kau yang ajar aku untuk jadi pendendam. maafkan aku. aku still takbole blah dengan dendam ini. i used to like you but not anymore. nak tunggu karma? lambat. will haunt you for life. permulaan percintaan kita kau tunjuk ex kau ajak kau masuk minang dia, pengakhiran percintaan kita pulak aku kata dah ada orang minang aku. kan fair tu jalan cerita kita. boleh buat novel :)

actually, aku bukan nak ungkit kisah lama. walaupun benda ni dah lama tapi kau kena tau jugak. aku nak kau tau. diam aku bukan aku tak kesah tapi aku memerhati. dann semoga berbahagia dengan ex awak yang dah jadi awek baru buat kali kedua. dah masuk minang dia nanti share lah kat moment. oupss sorry, aku takleh handle sarcasm ni. its already in my blood :3 wasalamm




3 comments:

  1. tula jangan libatkan diri dgn percintaan tak matang ni. buang masa dan penuh ketahian dan menyakitkan otak. tp bagus la take this as a lesson in life. pas ni jangan repeat pulak. lagi 1 jangan dengar sgt galakan member yg mangkuk. lain la klu dia suruh buat charity ke amal ibadah ke tu la kawan yg susah dicari dan patut didengari. sekian nasihat abang

    ReplyDelete
  2. hm hm kan? percintaan yg sungguh tk matang. takpelah ada hikmah disebalik semua ini :')

    ReplyDelete
  3. pehh ko punye reply setahun kemudian. xpe la line77 janji ko bahagia disamping yg ikhlas menyayangimu ecewah

    ReplyDelete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^