Saturday, April 22, 2017

IKHLAS DALAM SEGALA HAL

Assalammualaikum wbt 

Pertama kali aku minta maaf sebab gila lama tak menaip sampai dah lusuh blog aku gamaknya. kesian kauorang menunggu respon aku bagi yang banyak komen pasal kcolly, babies blink and so on. sorry guys i was so busy. busy dengan pembelajaran. yelah ai kan student. actually selama satu sem ai belajar ai dapat temukan sesuatu dalam kehidupan. untuk berjaya kena ikhlas. ikhlas belajar kerana Allah. kerana ibu bapa dan untuk masa hadapan diri sendiri. kalini aku nak luahkan perasaan sebagai student yang extend. ye aku lah tu.

ye. aku sepatutnya dah habis belajar satu sem yang lepas. tapi oleh sebab aku tak boleh bawak maka aku bawa subjek aku ke hadapan berserta paper-paper yang aku repeat. sem ni aku ambil tiga subjek je. walaupun sedikit tapi paper yang aku ulang ni merupakan paper yang 4jam kredit dan aku sangkut teruk. aku ingat lagi bertapa susahnya aku nak hadam paper ni. satu pun aku tak faham sedangkan dulu paper ni fav aku. aku bole score dengan jayanya tapi kenapa tidak ketika itu. subjek yang aku perkatakan ni adalah subjek masa aku part 3. ye aku part 3 lagi dah ada repeat paper. lantak kaurang lah nak kata aku bodoh ke lembap ke yang penting aku memang bengap sikit masatu dan malas tahap dewa 19.

sebagai student yang extend of course tak sah kalau tak dicemuh, dihina, dipandang rendah dan dianggap bodoh tak berguna sebab bebal sampaikan kena extend. ye. aku dah pernah rasa. rasa tu hanya aku dan Allah sahaja yang tau perit dan malunya. member-member kau yang dah lepas habis belajar masing-masing akan mula pulaukan kau. mula malukan kau sedikit demi sedikit padahal dulu dia yang ajak extend sama-sama, yang bagi kata-kata semangat untuk kau teruskan pilihan kau dengan extend. namun, member kau lepas tapi kau tak lepas sebab kau terlalu percaya kata kawan kau. ada jugak yang pandang rendah kat kau. masa aku part 5(last sem, sepatutnya) aku ambil subjek calculus(ii). aku belajar bagai nak rak tapi bila final housemate aku ingatkan aku baru nak ambil calculus(i). see? bertapa mereka anggap aku ni bodoh lepas dia tau aku failed subjek masa part 3. padahal aku dah part 5 masatu. nampak tak bila sekali kita failed orang akan ingat kita fail untuk yang kedua ketiga dan seterusnya. 

dugaan makin hebat bila kau extend junior-junior pandang kau macam kau ni sangatlah bodoh sebab dah la senior, extend pulaktu dan join kelas diorang. diorang taktau aku baru first timer dan bukan repeaters untuk certain subjek. they get me wrong. aku ambil subjek statistics masatu. memanglah sesetengah member aku macam kurang sikit bab mengira sampaikan budak junior ingat yang extend dalam kelas tu semua bodoh-bodoh. tapi aku tak biarkan maruah aku dipijak. aku sedar bila kami akak senior ni masuk semua pandang atas bawah macam kitaorang ni pengemis yang comot. senyum pun tidak apatah lagi nak ajak berborak. maka kami yang extend ni masuk jelah macam takde apa dan duduk belakangg sekali. since, statistics subjek fav aku. kebanyakkan test dan quiz aku boleh score. markah aku jauh lebih baik daripada diorang yang junior tu. apa yang aku perasan, lepas nama aku naik dalam kelas(lect suka panggil nama aku tulis kat whiteboard) aku jadi mudah dikenali. lect statistics suka suruh aku jawab dan lect aku ni jenis yang kalau nak bagi markah test jenis suka susun ikut turutan. daripada yang highest kepada yang lowest. nak dijadikan cerita aku kategori yang highest la jugak top 10 gitu. aku tk expect pulak nama aku naik. since diorang dah kenal aku layanan diorang sangatlah berbeza terhadap aku. siap aku masuk ada junior yang mula nak lemparkan senyuman. ada yang dari jauh dah senyum. siap ada yang bagi sign penumbuk tanda gudluck masa nak jawab test kedua kat aku. kalau dulu pandang siap jeling. see? manusia memang kejam. itu belum cerita kalau lect suruh fotostet satu kelas tapi diorang copy untuk junior je yang extend ni nak belajar pakai apa saitan?

since aku kelas yang sama untuk subjek yang aku carry dengan repeat, mereka dah kenal aku. subjek yang aku repeat ni aku taktaulah kenapa dulu aku rasa susah sangat macam nak mati. aku study hard, work hard, study smart, work smart semuaaa tak jalan. aku seolah-olah pusing kat roundabout berkali-kali. tapi kalini, untuk sem kalini, aku taktaulah macam mana aku boleh faham apa yang aku belajar selama ni. aku yakin ini semua perancangan Allah. Allah permudahkan pembelajaran aku. Alhamdulillah. kau boleh bayangkan tak subjek yang aku repeat ni subjek yang 4jam kerdit. dapat pulak lect lelaki yang jenis asyik takde kelas, belajar sejam je pastu balik, belajar just baca kat slide itu pun tersengguk-sengguk ngantuk. aku ni dah lah dulu repeat subjek ni macam mana aku nak faham. aku sumpah risau tapi aku cekalkan jugak hati ni. nak tanya member, member aku sendiri pun repeat sama dengan aku. nak tanyak member kelas yang lain kelas budak repeat ni satu je. nak tanya member yang pandai of course lah dah habis belajar sem lepas. sumpah aku cakap aku kan ada tiga subjek yang aku ambil. tapi latihan semua aku lebih tekankan kat dua lagi subjek yang aku carry dan repeat tu. yang subjek 4jam kredit ni aku hold dulu. bila dah nak final, study week aku bapak panjang. masa tu lah aku catch up balik. aku study balik aku buat latihan banyak-banyak untuk subjek yang sir aku ajar cincai tu. then, aku dapat satu perasan yang aku tak pernah rasa. perasaan yang ikhlas untuk belajar. aku punya semangat lain daripada yang lain. 

pernah tak wujud perasaan ikhlas kau dalam sesuatu. perasaan tu aku tak reti nak gambarkan tapi perasaan macam kau tolong sesorang dengan ikhlas tanpa harapkan balasan. haa camtulah yang aku rasa. Allah tu maha mengetahui apa niat aku. aku belajar sangatlah lancar. aku faham semua dalam subjek ni. aku buat latihan past years sampai terkejut member aku sebab banyak sangat aku buat. aku pun terkejut sebenarnya. yelah bila kita dah extend kita jadi serius untuk belajar dan aku akui tu aku belajar sangat main-main masa part 3. masatu aku duduk rumah sewa. dengan dapat housemate macam cipan perangai. dengan dapat pakwe yang anggap aku awek sementara semata-mata nak jeleskan ex yang dah 7 tahun bercinta(ex-bf) aku ada cerita di entry yang lepas. tu semua effected aku. masa hari final exam alhamdulillah aku boleh jawab semuanya tapi ada aa aku goreng sikit yang aku taktau. aku goreng cukup-cukup jelah tak lah sampai hangus. aku rasa macam nak nangis sebab aku boleh jawab. sebab aku terfikir kalau lah dulu aku tak belajar main-main mesti aku tak payah extend. mesti aku dah boleh sambung belajar. kenapa dulu aku tak boleh faham padahal dah habis terus aku fahamkan tapi still aku tak faham-faham jugak. barulah aku sedar yang sebenarnya adalah diri aku sendiri. aku yang memilih untuk tidak berubah. Allah takkan merubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tak nak ubah nasib dia. aku tak faham subjek tu tapi aku tak usaha lebih kuat malah aku redha dan tawakal tanpa usaha yang penuh. aku sanggup dengar cakap member yang kata "duh, aku tkleh jawab tadi. mesti aku repeat sem depan. nanti sekelas dengan aku eh?" dude, mereka semua itu membohong. mereka saje je bagi kauorang lega. mereka nak perangkap kau je. at the end semua passed pastu tinggal kau sorang-sorang membalut luka seorang diri. 

istilah kawan baik terus tak ada lagi. mereka semua nak lepaskan diri mereka. buat apa diorang nak tunggu kau yang kena tambah lagi satu sem? sejujurnya aku nak cakap janganlah pandang rendah pada kami yang extend ni. ye. kami memang bebal sebab extend sebab repeat tapi ni hal kami. awak-awak yang bijak pandai janganlah judge kami macam kami ni keluar uitm takde peluang pekerjaan. tapi terima kasih jugaklah tanpa kalian yang so negative ni kami mungkin tak bangkit dan tak sedar diri lagi. alang-alang ni baik aku bagi tips cara aku belajar. dan cara aku tangani as an extend student.

tips aku kau kena study smart je. tak payah beria sangat belajar kaurang buat lek lek je. kalau dalam satu topic tu kau tak faham kau fokus kat situ je dulu smpai faham. jangan push sangat. agak tak dapat jumpa solution stop dan pergi tido ke mandi ke makan ke atau lepak dengan member ajak pergi keluar banda. aku pulak agak tak dapat jawab aku keluar makan dengan roommate tak pun pergi dating. sumpah balik tu kau akan jumpa jalan nak settlekan topic yang kau tak faham tu. alah sebenarnya otak kau penat so bagilah dia rehat. buat nota banyak-banyak. macam sticky note tu tampal kat dinding. semua formula tulis kat situ. guna marker pen colourful supaya otak kau lebih mudah ingat. kalau masa test nanti tak ingat formula yang kau dah tampal tu try ingat warna-warna marker tu confirm sikit-sikit otak kau ingat formula. lepas habis kelas balik tu belajar balik. kalau taknak buat latihan pun cuba selak-selak balik sebelum tidur. kalau lect suruh buat latihan jangan lupa buat. buat past years banyak-banyak supaya kauorang tau macam mana susunan soalan tu dan cara menjawab. 

so, kalau final nanti taklah kauorang terkejut. buat banyak-banyak ye. kalau in case kauorang senasib dengan aku dapat lect yang anggap kauorang dah bijak sampai ajar pun nak taknak. kauorang boleh je buat nota baru. macam aku. slide yang sir aku bagi tu aku salin balik dalam satu buku kosong. buku tu aku tulis guna marker warna warni. aku tulis point penting sampai habis chapter. sebab bila kita tulis otak kita lebih mudah ingat. lepastu try buat tutorial dengan past year. taktau rujuk nota atau google. google kadang-kadang membantu. macam aku seminggu dalam 3 4 kali aku keluar dating. belajar jangan stress sangat. ajak la kawan atau pakwe makwe keluar. pakwe aku ni pulak jenis macam bercinta bercinta jugak belajar jangan lupa. bagus mamat ni. lepastu jangan ikut cara member belajar. ikut keselesaan kau. macam aku roommate aku jenis suka belajar pagi dalam pukul 10 am dia bangun study. aku jangan harap aa memang masatu aku tidur lagi. aku jenis suka study malam dalam pukul 11 pm sampai lah hampir ke subuh sebab aku lagi mudah ingat dan faham sebab tenang je rasa dan tak ada gangguan. kalau ada gangguan pun gangguan perut la lapar pulak pepagi. so, pagi aku tidur siang aku lagha sikit main hp petang dalam pukul 3 baru aku mula study sikit-sikit. akan ada member yang ingat kau tak study sebab asyik tidur je padahal dia tak nampak kita study pagi buta. biarkan mereka dengan mulut mereka.

untuk menangani mulut-mulut puaka yang anggap kauorang yang extend ni bodoh, kau buat lah bodoh jugak bukan betul-betul. biarkan diorang nak fikir apa cakap apa lantak lah. kalau kau lawan cakap tak guna better kau tunjuk kan dan buktikan melalui action kau. buktikan kau boleh dapat markah better daripada diorang. buat diorang rasa nak belajar dengan kau. tapi better biarlah diam-diam ubi berisi. bukan diam-diam isi  busuk sudah lah. just go with the flow. in case terserempak dengan ex student yang belajar sama dulu kau ngaku je cakap kau extend. key dia kau jujur je. memang malu nak ngaku takut orang salah anggap dan fikir kita yang extend ni bodoh. ingat ye orang yang extend je faham perasan yang extend. rasa dia sangatlah lain. serious. apa yang penting kenalah ikhlas dengan semua benda termasuklah kau extend ni kau kena ikhlaskan. ada hikmah perjalanan hidup kau macamni. belajar kena ikhlas jugak walaupun kau tak minat. berkawan kena ikhlas dan hidup pun kau kena ikhlas. nescaya Allah tu permudahkan segala urusan kehidupan kau. jangan lupa ikhlaskan keakhiratan jugak. aku rasa ni je kot since aku pun dah habis belajar (clap untuk diri sendiri) so, aku rasa dah start la kot aku bersihkan balik blog aku yang dah lama ditinggalkan usang. hm. kbai.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^