Sunday, April 23, 2017

MUKA BREAK OUT

Hello guys!

Tajuk pun dah seram kan? yes kalini ai nak share pengalaman muka ai break out sebab ai guna produk local yang nak cepat kaya tanpa kesah muka pemakai jadi teruk asalkan duit masuk banyak sampai dapat gelaran jutawan. hokay this is so henet. actually muka aku ni muka kombinasi. ada certain berminyak ada yang tidak. paling ketara kalau muka aku berminyak biasanya jelas kat hidung, dahi dan dagu. bahagian T muka. oleh kerana muka aku jenis berminyak, menjadikan muka aku berjerawat akibat daripada pori muka aku tersumbat dengan lebihan minyak. bila dah penuh minyak jadi kotoran bila debu habuk apa semua join sekali dalam pori tu. maka jadilah blackhead atau whitehead. bila dah jadi banyak camtu ada yang terus jadi jerawat ada yang stay jadi blackhead atau whitehead tu. jenis muka aku pulak dia akan tumbuh whitehead banyak. tapi adalah certain tempat tu jadi jerawat. jerawat aku ni hidup nomad. dia tak kesah nak hidup memana janji atas kulit muka aku. harini tumbuh kat dagu, esoknya mungkin kat dahi. oh yaa, muka aku bukan daripada azali berjerawat ye. ia disebabkan faktor hormon dan sebab pakai local product skin care. *hareyy. 

ceritanya begini, muka aku start berjerawat masa form 5. dia mula jinak-jinak tumbuh kat tepi pipi dekat dengan rahang. kecik-kecik dan meinggalkan parut jerawat yang banyak. taklah banyak dalam 5 4 biji. yang kelakonya hanya sebelah pipi aku sahaja. dia jadi tak balance sebab aku pernah gatal tangan beli liquid foundation avon. saje-saje je nak cuba pakai. masatu aku test sebelah bahagian muka je sebab nak tengok beza kulit aku pakai foundation dengan yang ori. mungkin aku basuh tak bersih maka tumbuhlah anak jerawat kat situ.

since sampai ke diploma jerawat aku mula macam banyak sikit. tapi tak teruk pun rupa aku just kadang tumbuh sebiji besar kat dahi lepastu pakai oxy dia hilang, takdelah sampai tumbuh selepuk banyak. tidak. oh yaa aku pakai pencuci muka bermacam-macam ye. jangan ingat aku tak cuci muka. aku pakai krim jugak ye. jangan ingat aku bare face gitu je. aku pakai safi balqis masa tu. lepas habis spm kalau tak salah aku, masani tengah hangat pasal produk local buatan Malaysia. ramai yang cakap berkesan bagus. masatu bakal kakak ipar aku yang perkenalkan. nama dia Collagen Plus Vitamin E. dia ada krim siang, krim malam dan sabun. toner seingat aku takde kot. ye aku pun try. aku try sabun dulu. masa guna sabun dia bapak panas muka aku. then aku pakai krim malam yang melekit ada merkuri tu. takde rasa apa pun pakai rasa melekit nauzubillah jelah. tapi aku still was-was kenapa krim dia macamtu sekali. aku pun buatlah research google skincare ni. hah macam-macam aku jumpa. ada mercury ada hydroquinone(betul ke aku eja, malas nak google) pastu ada banyak side effect yang berbahaya. yang aku ingat boleh gugur janin kau kalau kau mengandung. macamtu sekali effect dia gila tak takut aku? aku nak anak-anak aku sehat walafiat kelak huhu. so, aku stop padahal aku baru guna dalam 2 jam je skincare ni. nasib aku sempat diselamatkan.

sekali selamat tak semestinya kali kedua selamat. member baik aku ni jenis suka guna bahan semula jadi macam kayu manis untuk hilangkan parut, tepung berat buat masker untuk putihkan kulit camtulah. masa aku part 1 masani dah masuk u. muka aku jerawat takde tapi parut je banyak. dia yang ajar aku guna kayu manis. gesek-gesek kat lesung batu letak setitik air pastu tampal kat muka. memang esok hilang. siyes do. tapi bila aku buat tak jadi pulak. mungkin dia ada baca-baca. mungkin dia bismillah aku tidak. bila aku buat muka aku jadi teruk sangat sampai macam tumbuh kudis berair. seksa wo hidup aku masatu. aku terasa taknak pegi kuliah lagi. sebab parut dia samgat besar dah berair serta gatal macam harem. aku ada cerita kan kisah ni di entry yang lama. masuk part 2 kitaorang berdua ni nak beli barang online. sabun pewwit nama dia. sebab dalam tu ada kayu manis cengkih sume kan? so aku percaya la si member aku pun percaya sebab dia memang percaya bahan tradisi ni. tapi bila pakai muka aku jadi jerawat timbul yang tak ada mata tu kat hujung dahi dan kening aku. so, memang nampaklah muka kau menggerutu. so, aku stop dan buang sabun tu. member aku pulak muka dia berjerawat tiba-tiba. dan dia pun tak pakai lagi dah sabun tu. mungkin muka kami tak serasi. ai try husnuzon.

ianya tak stop di situ. kalini member baik aku lagi perkenalkan skincare local lagi. masani aku part 3. aku duduk rumah sewa dah masani. nama local skincare yang aku guna tu babies blink. masani member baik aku pakai jugak. so, kami bersama-sama guna skincare ni. dia cakap makcik dia yang syorkan sebab memang berkesan nampak sangat flawless muka makcik dia. dia cakap aa aku tak tau pun muka makcik dia macam mana. oleh sebab termakan hasutan maka aku pun follow dia beli. okay memang sangat berkesan. kat kotak dia tulis kesan seawal 3 minit kan? memang 3 minit je kesan dia. yelah kalau kau letak clorox kat muka mesti sekejap je kesan dia. dia ada krim siang, krim malam, toner dengan sabun. sabun dia memang buat muka aku tegang takyah cakap aa. macam kena tarik-tarik kulit kau lepas basuh muka guna sabun pink dia tu. guna toner lagi sedap. bau ubat batuk dan sangat berangin. aku pulak jenis suka berangin-angin ni makin galak la aku letak. krim siang dia memang sangat berminyak. siap minyak terapung atas krim siang tu. macam kau masak gulai ayam. minyak timbul kat atas ha camtulah. krim malam dia lagilah melekit macam skincare aku guna dulu tu. melekit dia macam bongok. warna silver berkilat masatu. aku ingat lagi masa aku guna aku sangatlah tak selesa. bila tidur aku jadi tak selesa nak bergerak ke kanan atau ke kiri. duk statik je tidur tegak sebab aku tak selesa muka aku melekit terkena bantal. nanti habis sarung bantal aku.

walaupun dah tau melekit eh gigih lagi pakai sebab nak flawless kan. berkat sabar hah dalam seminggu nampak perubahan. apatah lagi bila dah sebulan. memang sumpah flawless gila. aku tak pernah dapat kulit muka yang bapak licin flawless dan putih. memang aku terharu masatu. member-member sume tegur. ex aku dulu siap cakap malu nak keluar dengan aku sebab muka aku flawless. *uhuk-uhuk, sumpah tak tipu okay dia yang cakap macamtu.  haa kalau tak silap aku masatu Qu Puteh baru nak diperkenalkan. lepas masuk 3 bulan aku ada skip tak pakai seminggu sebab malas nak beli. muka da flawless nak buat apa pakai lagi. tapi aku silap. selama seminggu muka aku jadi hodoh sangat. tumbuh jerawat pasir kecik-kecik gila banyak kat dahi. dalamtu ada whitehead yang aku kena keluarkan. tumbuh jerawat sebiji gila besar macam biji sagu dan sangat sakit. dalam seminggu je ye dia nak rosakkan kulit aku. aku stop mendadak masatu. maka muka aku jadi super teruk sampaikan aku tak sanggup tengok muka sendiri. apa yang aku mampu lakukan hanyalah guna foundation stick untuk tutup kesan dan bekas jerawat aku. muka aku jadi lebih teruk daripada yang sebelumnya. takyah cakap aa dia punya sedih menyesal tu macam mana. aku siap pakai balik babies blink tu nak rawat balik tapi ternyata tak boleh diselamatkan lagi. sebab aku ingatkan skincare ni takleh benti so aku try pakai balik tapi tak jadi pape pun macam kalis pulak. so aku pun stop betul-betul. aku tak pakai apa-apa pun. 

si member baik aku ni tkde pulak jadi pape kat muka dia alah lagipun sebab pakcik dia macam bomoh boleh sembuhkan kulit guna ayat-ayat tertentu. taktaulah mantera ke ayat al-quran. tapi dia taknak tolong aku sebab dia nak cantik sorang. its okay. dah lama lepastu member baik aku ni lagi perkenalkan another local product nama dia Glow Glowing. dia pakai dulu baru aku pakai. dia cakap kalini lagi baik daripada yang kita pakai sebelumni. memang ada kesan tapi lambat sikit. muka taklah flawless pun tapi jerawat okaylah kurang sikit. yang aku suka tu parut-parut semua memudar. samalah jugak ada krim siang, krim malam, sabun dan krim kunyit. aku lagi suka krim kunyit ni sebab dia memang hilangkan parut jerawat. krim siang aku tak pakai sebab bau dia tak sedap. macam busuk pun ada. krim malam dia tekstur nampak macam tak melekit tapi bila pakai melekit jugak. lol. sabun aku pakai je sebab takde apa yang berlaku pun. so kalau dah habis aku beli yang krim kunyit je. krim malam aku pakai selang seli dan terus tak pakai sebab aku taknak stop mendadak. lagipun aku taknak ambil risiko lagi. cukup-cukuplah babies blink da rosakkan muka aku ni. then, sampailah sekarang aku tak gunakan apa-apa skincare pun. aku just guna ubat jerawat kalau tumbuh jerawat. aku selalu pakai toner safi balqis itupun kalau nak pakai mekap lepastu. aku dah tak percaya skincare semua ni. kalau aku nak guna pun aku guna yang ada kat farmasi, kat watson. pencuci muka pun aku beli yang ada jenama kat watson taknak main sembarangan beli dan pakai. 

sekarang ni aku lebih percaya buat masker daripada bahan semula jadi. haritu aku blend timun buat masker. lepas blend tepek kat muka tunggu 30 minit pastu bilas. kadang-kadang aku ambil tomato aku kerat dua pastu bekukan dan esok sapu kat muka. lebih-lebih tu aku buat tampal kat muka. parut pulak aku guna baking soda pastu picit sikit limau kasturi dan tampal kat parut jerawat. tunggu dalam 20 minit camtu. takpun kunyit hidup tu aku tumbuk dan tampal kat parut dan jerawat. sikit-sikit je jangan banyak nanti kuning muka kau. kadang tu aku buat air. aku campur tomato dengan carrot then blend pastu minum. sedap. cubalah. aku dalam proses nak betulkan balik muka yang dah break out teruk ni dengan guna bahan semula jadi. kalau ada apa-apa perubahan sama ada negative atau positive nanti aku akan datang tulis balik pasal ni. aku taknak orang luar jadi macam aku. muka elok-elok guna skincare yang memudaratkan kulit serta kesihatan. aku rasa pihak yang bertanggungjawab baik serang je skincare yang macam ni. serang kilang dia pantau aktiviti dia. bahan apa yang diorang masuk sampaikan aku tengok ramai yang kena macam aku. ada yang sampai bernanah muka jadi jerawat batu. nasib aku kecik-kecik je bukan satu muka. kesian aku tengok. duit aku beli skincare macamni aku taktaulah nak halalkan ke tidak sebab diorang nak untung nak kaya cepat tanpa fikir kami pengguna produk anda ni. kami melayu nak tolong bisnes melayu tapi ini yang kami dapat. macam mana melayu nak maju kalau meniaga benda yang memudaratkan. serious talk ai sangat berdendam dengan pengasas skincare yang ai dah pakai untuk beberapa bulan dan tahun yang lepas. kami beri anda bahagia, anda beri kami derita. wasalam.

7 comments:

  1. Muka mcm mne?da ok ke sis?muka sy pn tgh breakout ni..update la entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka alhamdulillah dah kurang sikit. amek masa lama nak pulih daripada break out. nti sy update okay :D

      Delete
  2. Melekit mcm bongok tu lawak hihihi.. Anyway, semoga muka kamu cpt cepat sembuh k

    -wan ir

    ReplyDelete
  3. saya 4 tahun pakai cetaphil jaa.. :)

    ReplyDelete
  4. Akak...sya cadangkan akk prgi farmasi beli ubat jerawat bahan natural x semestinya baik kak...mcm limau tu sifat dia berasid klu akk letak kt muka nnti dia irritate muka akk..jdi lgi merah..mcm bahan semula jadi semua tu x sama dgn yg dibuat khas untuk skincare,timun yg dia dh produce dlm lab untuk jadi skincare tu lgi okay sbb dia dh tau brape persen yg diperlukan untuk kulit...dan satu lagi baking soda sifat dia menghakis..lgi tak sesuai untuk letak dkt kulit...akk gi watson cari yg khas untuk sensitif dan yg sesuai ngan kulit akk...sya tau info ni pon sbb kwn mak saya dermatologist

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Heyy..sy nk buat research pasal sabun clorox. Terjumpa pulak entry ni. Btw, sy pn pengguna babies blink 🤭. Tp syukur muka selamat, sbab sy sejenis yg tidak berdisiplin. Krim siang/mlm dia sy kdg2 je pakai. Sabun dgn toner je sy pakai. Rasanya krim dia yg rosakkan muka.kwn sy berdisiplin. Xskip krim. Laju je krim dia abes.lepas stop, habis hancur.. teruk muka dgn jerawat. Ok, thats all hehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana menggerakkan mata anda ke siti situ sana sini & thank you for reading this entry ^^