Monday, October 27, 2014

Perangai Setiap Individu

Assalammualaikum penduduk bumi.

  well toksey terkezut sangat apehal aku update entry baru. Nampak tak kegianan aku nak buat cerita baru setelah berhempas hampagas pulas semuanya pasal entry lepas bertajuk kehidupan di Universiti. Kalini aku nak bercerita pasal isi Universiti pulak. Bukan pasal fasiliti-fasiliti dalam U ye, ni nak berkisahkan kehidupan pelajar-pelar, rakan-rakan dan kenalan baru. Aku ni boleh dikatakan seorang yang suka meneliti seseorang terlebih dahulu. Kiranya aku ni observant. Aku taktau kenapa aku macamni sejak azali. Sebab sifat dan sikap inilah aku jadi Observant untuk kawan-kawan aku. Malah aku kat sana jadi penasihat cinta. Well, herankan? aku bukanlah pro tapi benda macamtu pada aku bukan susah nak tengok seseorang tu jenis macam mana, just firstly tengok muka, tengok cara cakap dan gerak geri tubuh seseorang. 

Jadi penasihat cinta ni bukan mudah. Nak-nak lagi kalau kau dapat hidu bahawa pakwe kawan kau ni ada affair dengan perempuan lain. Kau sebagai kawan takkan nak biarkan kawan kau beriya dengan pakwe dia yang dah main kayu tiga tu. Kalau kau jahat kau biarkan je dia macamtu, mesti hati kauorang terdetik "ah! lantak kaulah hidup kau bukan hidup aku lagipun bukan masalah aku nak sibuk-sibuk buat apa" Tapi kalau kau jenis yang baik tahap gila oink oink kau mesti akan fikir dan cakap macamni "eh, apa salahnya aku tolong dia, takkan aku nak biarkan dia macamtu. Kita dah jauh daripada mak ayah so, tanggungjawab sebagai kawan tu kena jalankan".  Kau punyalah beriya tolong. Cari maklumat sana sini. Sampaikan kawan baik pakwe si kawan kau ni pun kau dekati semata-mata nak korek rahsia supaya kau ada bahan nak report dan sedarkan kawan kau ni. But, bila kau dah cukup bahan kau rasa tak sanggup nak bagitau. Takut kalau kau lukakan hati dia. Takut kalau kawan kau ni fikir kau tak merestui hubungan diorang dan sebenarnya kau jeles tahap dewa even muka pakwe dia macam muka pecah rumah. Dan kau pun ambil inisiatif lain dengan setiap kata-kata kau letakkan satu ayat sindirian seolah-olah kau yakinkan dia yang pakwe kau tu sebenarnya ada perempuan lain! Then, dangg!! *batu 10,000 Newton jatuh atas kepala kau. Segala usaha dan keringat kau tu hanyalah sia-sia. Bila kau bercerita dari abjat A sampailah guna bahasa isyarat macam dalam berita RTM tu still member kau tak percaya. Well, apa yang kau harus buat? kau biarkan jelah dan tunggu sampai dia datang balik kat kau dan cakap "betul cakap kau, kalaulah aku dengar awal-awal kan bagus" Walaupun ada sesetengah kita fikir nak sibuk hal orang buat apa, jaga hal sendiri sudahlah. Macamnilah, kalau kita jaga orang lain, orang lain pasti akan jaga kita macam what you give you get back. Lagipun kau inalillah nanti bukannya kau uruskan sendirikan? bukan kau boleh bergulung-gulung masuk dalam liang lahad sendiri kan? So, why not kau ringan-ringankanlah sikit bantulah orang-orang macamni, Kalau ye pun diorang taknak dengar at least kau dah cuba. 

Another is, manusia yang taknak mengalah dan cakap nak menang je. Ni lagi satu, Aku bukan nak cakap apa tapi aku tak pernah jumpa lagi kawan-kawan aku yang sentiasa mengalah dan merendah diri dalam percakapan. Satu jelah cara nak lawan orang yang cakap tinggi ni. Aku tau mana ada orang yang suka orang yang cakap macam nak bergegar dunia. Cara dia kau cakap rendah jelah. Kalau boleh kau hina lagi diri tu. Maybe cara ni tak berkesan untuk si cakap tinggi tapi berkesan pada diri kau sebab dengan macamtulah mampu pupuk diri kau dengan tidak meninggi diri. Walaupun saingan perbualan kau tu cakap dia ada kereta mercedes kau cakap je kau cuma ada motor buat angkat kelapa sawit. Kadang-kadang damn funny jugak bila ada member kuat cakap besar. Tapi please lah cakap besar sangat tak style okay. Buat orang menyampah. Bukan kita ni busuk hati sampai tak boleh tengok kekayaan orang lain tapi tolong jangan riak dan merendahkan orang lain. Itu sangat tidak cool dan ofcourse berdosa. Aku still terngiyang ayat ni. Seseorang pernah cakap dekat aku. "weh! kau terima jelah dia, lagipun dia pakai iPhone". I was like.. hah? so sebab dia pakai iPhone aku kena pertaruhkan cinta aku? mentaliti apakah ini wahai para muslimin dan muslimat sekalian? haish macam-macam perangai aku jumpa tau. Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang kita sangat bangga dengan harta benda. 

And one more, ada juga orang yang sangat bangga dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak bercerita tentang kemampuan ahli keluarga memang tak sah. Bosan k bosan. Well siapa tak bangga kalau adik or abang or kakak kau dapat 10A, kerja pilot, jadi doctor pakar bedah, pelari jarak jauh sampai hujung dunia or apa-apa yang membanggakan. Nak bercerita boleh tapi janganlah letak hiperbola melebih-melebih. Kalau dah setiap hari cerita orang bosan jugak even kalau pelawak buat lawak yang sama berulang kali pun penonton dah tak gelak lagi. Then bila kau rasa tercabar kau pun ceritalah pasal kehebatan keluarga kau pulak tapi kawan kau buat tak dengar je. Seolah-olah keluarga kawan kau tu terlebih hebat maka keluarga kau dah terkeluar awal so, takde dalam list untuk beradu kehebatan. Puihh. Lagi satu aku rasa semua orang penah kena ni. Bila kawan kita bercerita bagai nak rak kau jadi pendengar yang gila setia. Kau dengar cerita dia macam besok kawan kau ni dah takde lagi. Walaupun cerita kawan kau ni bergulung-gulung susah nak faham dan kau sanggup dengar dan kalau kawan kau cuba buat lawak tapi tak jadi dan sangat krik krik kau mesti pura-pura gelak macam lawak sangat padahal kau tak faham satu pun apa yang dia cuba nak sampaikan sebab punchline tak jadi. Then, bila turn kau bercerita bagai nak rak kawan kau buat tak dengar. Malas nak layan. Buat bodoh. Menguap. Bila kita dah cerita tak habis dia potong dan sambung cerita dia. And the most paling sedih dan menyakitkan hati bila kau buat lawak tapi punchline lari kawan kau cakap ni "apa kau berbual?" ,"aku tak faham, HAHA", "LOL". Mesti hati kauorang berapi bak gunung merapi yang meletus-letuskan? i know that feel kahkah. Hati rasa menyirap gila sampaikan kau rasa nak hapuskan keharaman dan kejadahan ini semua.

Actually kita sebagai manusia bukanlah semua tak elok. Kita semua sama je tapi yang membezakan adalah perangai dan cara. Aku bercerita bukanlah aku ni seorang yang perfect 10 sampai tiada cela langsung. Aku pun bukanlah manusia berhati mula tahap level tertinggi dalam clash of clans. Cerita ini juga berdasarkan penglihatan aku terhadap orang sekeliling aku dan aku adaptasi ke dalam blog ini. So, don't  butthurt okay. Setakat ni jelah aku bercerita. Saja nak cerita tentang kehidupan masyarakat sekeliling buat bahan. Sebenarnya banyak lagi tapi setakat itu jelah yang aku rasa dan nampak paling top dalam otak aku ni. Maafkan kesalahanku kalau ayat aku ada yang rasa tak elok. Sekali lagi ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Peace No War, ngee :p. 

Assalammualaikum.

Friday, October 24, 2014

Kehidupan Aku Di Universiti. (UiTM Pahang Kampus Jengka)

assalammualaikum semua!


ecehh fefeeling blogger terkenal gitew, yelah dah lama gila tak update blog ni dah bersawang dah. bukan setakat spider je bapak spider pung ade ni hahaha. Maaflah yee bukan sengaja tapi serius saya sangat super duper busy yang teramat sangat adui ter.*cikgu bm jangan hukum saya, sobs.
Okay ingat tak review sebelum ni aku ada bilang tentang aku keliru harus gimana nih perjalan hidupnya, kok indon banget? maklumlah cuti semester ni aku takde kerja. tengok tv rancangannya pusing-pusing tu jugak. last-last aku ngadap jelah cerita sinetron indonesia cerita Sinar tu. Walaupun ceritanya ehem aku tengok jelah sambil jari-jemariku ligat mencari muruku dalam balang sambil kerutkan kening dan hati berkata "Bedebah!, apakah semua ini? beta merasa murka!" *k jangan percaya aku bohong.
Aku cuma cakap dua patah perkataan je tapi memberi impak yang besar iaitu "hagham jadah"
cakap pasal muruku kan nak cakap ni, Happy Deepavali/Happy Diwali to all my indian friends dan untuk Sir David. Sir jangan merajuk dengan saya lagi tau sebab saya taknak masuk sukan tahun lepas dan tahun sebelum tahun lepas. Tapi sir takyah ah majuk sebab saya takde jiwa romentik macam dalam cerita bollywood tu main kejar-kejar, lari-lari dalam hujan semata-mata nak minta maaf. Penatlah saya nak tukar-tukar baju nanti. Sorry k Sir, Love you. Oh yaa, i miss your hair. Berkilat giteww.

K semakin jauh aku pergi ya. Ya.. ya.. aku sedar itu haha. Okay actually review sebelum ni aku kan keliru tahap dewa bilamana aku taktau nak pergi ke matriks ataupun diploma kan? Yup akhirnya aku telah memilih ke Universiti iaitu mengambil pengajian dalam bidang Sains.. sains kembali eh, pfftt.. Program aku ni selama dua tahun setengah tau. *untung batch aku hihi, akak senior toksah pandang badi k, muah! Lagipun aku rasa macam aku tak kuat dari segi mental nak ke matriks so aku prefer ke sini iaitu ke diploma. Dan diploma tak semudah yang engkauorang sangka ya. Sila jangan pandang rendah pada kami. Walaupun macam mudah je Diploma ni kan tapi ternyata salah tanggapan mu!. Diploma Sains ni serupa jek macam kau belajar kat Matriks tu. Belajar macam masa kau nak amek SPM tu. Tapi kat sini kau kena lebih struggle dari SPM. Dah takde dah sesi suap menyuap oleh guru-guru korang. So, understand carefully what im going to say, apahal  masuk BI pulak ni. Saje je Koya. Aku ingat lagi masa first masuk Universiti ya Allah susahnya Dia jelah yang tau. Dengan taktau kelas kat mana,  apa nama blok-blok tersusun megah ni semua, jalan mana nak lalu, salah tengok jadual lagi, jadual bertukar-tukar setiap masa dan aku rasa macam hell. Masa orentasi, minggu destini siswa (MDS), lagilah rasa macam kenapa kita kena lalui semua ni?? whyy?? nak kasi kitaorang mati ke? ceh over seh ayat. *memang ontheway pun. Tapi orentasi tu aku bagi 8/10. Sebab? sebab PMDS tak tunjuk arah dan bawak kami ni batch96 keliling kampus. Sesi mengenali kampus la kengkononnya. Memanglah susah sebab intake batch kami ni super banyak. Aku pun heran kenapa diorang amek intake kalini gila buapak buanyak. Satu dewan tu penuh budak diploma in science je. Gila takkan aku nak compete dengan diorang punyalah banyak ni bisik hati kecil ku. Bayangkan ada dalam 500 budak sains selebihnya course civil, woodtech sume tu. Oh yaa per 900 ok. Ramai tu. Memanglah aku transit dan mereka sume ni bakal transit tapi apa salahnya tunjukkan arah pada kami yang kerdil ini. Satu haram jadah pun aku taktau apa nama blok-blok ni. Makan masa berminggu baru hafal nama blok, jalan-jalan shortcut semuanya ni. Nama lecturer lagilah hahaha. *amaran keras: jangan ikut seperti akak waahaha. Tapi you guys para PMDS did well okay! tanpa kauorang aku taktau aku amek berapa minit sampai dewan sejuk gila tu haha. Another is, serius aku homesick seminggu tau. Bila dapat balik masa first time tu aku rasa macam taknak pergi lagi dah sana haha. Tapi kehidupan harus diteruskan. Klise.


Ingat lagi masa masuk sini, aku orang first sampai bilik tau. Biliknya ya Allah bersawang, tilam toksah cerita dah macam peta selepas gempa bumi 10 scala richter. Hujung ke hujung petanya. Menakjubkan!. Aku sampai awal pun yelah aku kan orang Johor kenalah sampai awal kat Pahang ni. Maklumlah perjalanan jauh kann. Nak save masa ni, alhamdulillah sempat sampai tepat pada waktunya. Then . selepas dapat kunci aku terus pergi cari blok aku, dan aku dapat blok J. Punyalah jauh nak kena jalan. Blok A sampai J, kiralah abjat sebelum J. Sampai je bilik aku yang super awesome tu, aku letak beg sandang plastik UiTM warna biru tu beserta tali kad matrik atas katil. Aku dapat katil tingkat atas tau. Pastu aku blah pergi makan dulu sebab nak kejar masa. Beli baldi, sabun semua alatan keperluan asas then balik bilik kembali. Masa balik tu dah berkumpul dah family bakal-bakal roomates aku tu. Lepas diorang balik family aku pulak nak balik, you know what that kind of feelings. Aku nangis weh, benda yang aku taknak keluarkan keluar depan diorang. Malu tak malu ah, hilang macho aku kahkah. Aku tak babai pun mereka sebab sedih sangat. Masa ni aku start kemas-kemas beg sambil memotivasikan diri sendiri. Aku perasan dua orang bakal roomates aku ni bisik-bisik suruh tanya nama aku, hehe. Sorang budak Pahang nama dia Zati panggil Kecik yang sorang  lagi budak Johor nama dia Zaty juga panggil Zaty, yang Johor ni tanya nama aku, Aku tengah nangis ni belakang almari diorang nak main sesi tanya menanya nama aku pulak. Aku jawab ni je "Jap eh bagi orang habis nangis dulu"  dan diorang pun suruh aku go onn nangis tu. Actually roomates aku ada tiga orang yang lagi sorang tu orang Kuala Lumpur. Dia lambat sampai. Nama dia Yas.  Serius sedih weh, nak-nak lagi aku ni anak bongsu. Perpisahan dengan keluarga tak pernah berlaku selain kena tinggal kalau diorang nak pergi kenduri atau pergi econsave nak berbelanja sebab aku malas. Ni adalah perpisahan terbesar dalam hidup aku selama aku hidup dengan mereka sampai umur aku cecah 18tahun 6bulan tepat!


Malam tu aku tak boleh tidur, langsung tak boleh!. Asyik menangis tak kesudah. Setiap malam aku nangis sebelum tidur. Aku curi-curi nangis. Nak nangis kena pandai, mengadap dinding dan cover jangan kasi bunyi hahaha. Setiap hari bagi aku masa Minggu Destini Siswa tu adalah macam hell. Dengan senior paksa tu ini. Nak kasi kiteorang cekik pun 5 minit. Mandi pun 5 minit. Memang azab yang teramat! kaki masing-masing macam nak tercabut. Penat dia macam nak tukar jalan pakai tangan pulak. Mata jangan cerita memang rabak dah. Aku je kukuh sebab aku ni spesis nerd la jugak, aku risau kalau-kalau segala maklumat penting aku terlepas. Yang roomates aku dah terlentok, bukan terlentok je terlungkup dah pun! Aku jek keje kejutkan diorang and jaga line clear ke tak untuk diorang teruskan mimpi indah haha. Pengalaman memang banyaklah yang baru. Aku ingat lagi kena denda sebab buat salah and kiteorang dibangunkan pada jam 3 pagi. Padahal kiteorang baru tidur jam 1 pagi. Berapa jam je kiteorang tidur abang-abang dan akak-akak sekalian. Dengan kena berebut ambil makanan. Masatu aku terfikir ni pelajar U ke? macam budak-budak sekolah rendah mentaliti memasing. Dan yang paling macam ergh kasut kulit yang disuruh beli dan pakai tu tak pakai pun. Beriya aku beli, terkejar-kejar aku cari sebab beli last minute tapi at the end tak guna pun, nasib yang murah-murah je beli. Cannot go bila kiteorang kena pakai kasut sukan dengan baju kurung. Walaupun macam erk kelakarnya tapi pada aku okaylah jugak dah sangat bagus. Tak melecet kaki sebab korang akan banyak jalan. Walaupun damn funny tapi lama-lama pakai macam sesuai je. So, saya sokong cadangan pergi kuliah pakai kasut sport dengan berbaju kebaya. *okay fine jangan bash saya.

*ehem! amacam? aku rasa stylista sangat! sambil sapu rambut ke tepi.



*ni lah wajah roomates aku. yang depan ni zaty dan sebelah dia kecik dan sebelah lagi yasmeen(tak nampak pulak muka dia). Time ni kat dataran. Bosan sangat so lets take a selfie.



*masing-masing bosan dan mungkin diulit mimpi haha, dan im still mad sebab aku dengan roomates aku tak dapat skaf purple tu! dah habis orentasi baru dapat. Baik tak payah beb.

Dah beberapa bulan aku dah boleh adapt persekitaran. Baru aku faham kehidupan di universiti. Benda yang paling aku suka of course bila lecture cancel kan kelas, heaven gila! tapi bertukar hell bila lect nak buat kelas ganti. And classmate aku banyak orang kelantan eh. Semua kecek klate. Yang aku ni blurr plus plus. Nasib aku satu kelas dengan roomate aku yang orang Pahang ni. Dia dilahirkan di kelantan dulu lepastu dah besar sikit duduk pahang, dia la yang terangkan kat aku apa maksud-maksud bahasa diorang ni. Lama jugak nak adapt dengan geng klate ni, lama-lama aku boleh adapt dan mereka super awesome! Aku rasa ni la geng kelantan yang macam adik-beradik pada aku. Selalukan kita dah kena brainwashed. Kelate macamni Johor macamni dan dua buah negeri ni bermusuhan. Pada aku tolonglah, they all great dan aku nak tegaskan kat sini yang Johorean pun great kalau kenal betul-betul. Mungkin adalah certain manusia antara kita yang tak bagus yelah dalam setandan pisang tu tak semuanya elok kan? Namun masih banyak yang elok okay. Mentality tu kena ubah. *macam serius je haha. Bab assignment memang hahahahaha. Hanya mampu tergelak tidak ikhlas. Aku ingat boleh lepak-lepak bila masuk universiti ni. Nak-nak aku ni course science hah hamek kau dengan lab report tak sudah. Ingat lagi masa first buat lab report macam apalah aku buat, buat ayat terkontang-kanting. Bila dah lama-lama baru pro. Taklah pro sangat tapi bolehlah nak guna akal kurniaan Allah ni berfikir dengan baik lagi bernas.

So, sekarang cuti first semester. Aku rasa sangat bosan dan mengada nak pergi kuliah. Orang dah bagi cuti tu cuti jelah sebok nak belajar. Tulah manusia ni dah belajar nak cuti dah cuti nak belajar pulak. Perkara biasa latu.Tapi serius aku bakal merindui classmates aku sekalian sebab sem depan diorang banyak dah takde sebab diorang dapat pindah kampus Tapah. Aku tak dapat pindah sebab nama aku memang malang kalau ada lucky draw. Aku memang asalnya transit ke tapah tapi entahlah bila dapat pindah pun aku taktau. Ada yang kata sem 3 baru dapat pindah da ada yang kata dah takde pindah lagi. Ni jelah sisa yang bakal ada dalam kampus Jengka ni. So, cukuplah aku bercerita setakat ni. Penat dah menaip dan struggle ingat balik memori masa first masuk UiTM Pahang Kampus Jengka ni. Jenuh tapi banyak kenangan manis pahit dan perkara yang mematangan diri ini. Okay setakat ini jelah yang mampu ku kongsikn untuk tatapan kalian, geli je ayat. Tau dah memang panjang entri kalini. Hahaha, okaylah assalammualaikum. Thanks datang baca entri ni dan sebelum ni. Terima kasih daun keladi.

Wednesday, April 30, 2014

Matriks hinggap ke aku sementara T6 belagak dengan aku . UPU cepat keluar lama tunggu ni .


Assalammualaikum semuaa , hikhik :)

 kenapa mesti nak kena ada hikhik tu ? haha saje meggedik boleh ? ahaks . dah tengok tajuk ? aku buat tajuk macam apa yang aku rasa sekarang ni . simple dan mudah hahaha *gila . Okay off pasal tadi .. sebenarnya pada minggu yang lalu aku nak update tapi ada several masalah pulak . actually aku menghadapi tekanan yang kian meninggi . iaitu pemilihan masa depan aku sendiri dan diri aku sendiri . selama seminggu aku mengalami komplikasi dalaman , komplikasi di mana aku cuba jadi diri aku sendiri like siapa aku ni , sampai bila nak jaga hati orang , dengan siapa aku bercakap benar dan sebaliknya dan dan banyak dan sampai aku lupa .. see ? aku seolah-olah tak kenal siapa aku *ada yang mengalami macam aku ke or aku tak normal ? T^T.  aku stress beb sampai nak bunuh diri nyamuk rasanya ..

then dalam menghadapi masalah dalaman aku menghadapi tekanan yang melampau iaitu keluar pulak result kemasukkan ke Tingkatan 6 dan kemasukkan ke Matrikulasi . UPU tak keluar lagi sekarang tinggal a few days je lagi nak tau . everyday jantung aku berdegup kencang macam tiada esok ! tangan aku juga basah dan sejuk ! paru-paru aku juga seolah-olah terputus saluran sampaikan dada aku sesak dan terpaksa meng exhale kan guna mulut ! aku juga rasa the flow of adrenaline ! *macam gempak tak ? hihi  masa kemasukkan T6 dan Matriks .. aku rasa berdebar sangat mulut aku tak henti baca Bismillah . sepatutnya lepas pukul 12 malam dah boleh cek tapi aku nekadkan jua nak semak esok lagipun aku takde kredit masatu .. tapi yang menjadi masalah aku tak boleh tidur pulak sebab terkenang apa la yang aku dapat antara dua tu , takkan aku dapat matriks kot result aku berapa ketul A je .. macamlah matriks nak pandang aku yang menyedihkan ni . mesti aku dapat form 6 ni . sah ! aku on la Wechat sebab sah insomnia haritu .. bila buka semua member aku dok bagitau dapat form 6 . aku pun like haduhhh~ *longg sigh. then ex-class-monitor aku nak volunteer nak cek kan form 6 untuk aku .. aku pun orait ! sebab aku agak yakin form 6 pilih aku .. sekali kau dia bagitau acani .. berikut perbualan aku dengan ex class monitor aku di dalam aplikasi Wechat ..


ECM : beb ! kau tak dapat form 6 .
Aku : Hah ! iyeke ? kau dapat tak ?
ECM : aku dapat , aku rasa kau mesti dapat matriks kalau tak dapat form 6 .
AKU : wadehekk *dalam hati


Pagi buta tu aku berdoa , harap-harap dapat matriks even aku tak minat pun sebab yelah form 6 belagak dengan aku , kalau matriks pun belagak nak jadi apa kau kan .. selepas tidur yang agak lena .. pagi-pagi dah bangun *tipu je bangun pukul 11.35 , ahaks. aku buka la komputer nak cek online la konon tapii .. line sangat lembap seperi siput oink oink kura-kura ! aku pun dah tak sabar nak tau so aku cek melalui SMS jelah . aku sos topup hihi .. cara-cara nak semak matrik dan tingkatan 6 ialah :

taip MOE T6 (I/C) ke 15888
taip MOE MAT (I/C) ke 15888


Bila aku cek pakai phone dengan komputer terbuka .. dalam berapa saat nombor tu reply .. "maaf anda tidak terpilih blalala" . bertapa remuknya jiwa aku masatu . then aku perasan yang aku salah taip ic sendiri .. see ? dah lama tak sekolah asek terperuk kat rumah sampaikan taip ic pun salah . so , aku taip yang real punya .. kalini .. "Tahniah anda terpilih mengikuti program matrikulasi blabla penempatan di Perak"
Alhamdulillah ! betul ke ni ?? but Perak ?? wadehek .. aku tak caye tau aku cek jugak online .. lambat pun lambat la sebab ini antara hidup dan mati haha . Bila aku cek beb betul keluar siap nama aku dengan ic . tadi SMS takde keluar nama jadi tak pasti . kalini pasti sangat . ni buktinya ..


*sori guys kecik , i printscreen je ni . my bad 


Haritu aku simpan rahsia ni dari pagi sampailah malam . takde siapa pun tahu . aku ingat nak bagitau lepas UPU dah keluar tapi malam tu kat berita astro awani boleh pulak umumkan bahawa semakan ke matrikulasi dah keluar . aku yang sedang syok memotong kuku ayah diterjahkan soalan bertalu-talu oleh ayah aku . akhirnya aku tertewas dan akur bahawasanya aku dapat mengikuti ke program matrik . *over tak ayat aku , hahaha. mereka sangat gembira dan macam tak percaya . aku ni lagilah tak percaya .. sebenarnya aku dah plan baik punya . strategi aku , kalau aku dapat form 6 dengan upu .. then aku akan pilih Upu if apa yang aku mohon dapat dan macam best . kalau tak dapat apa yang aku mohon dan tak layak aku akan ke form 6 . sekurang-kurangnya adalah pilihan antara dua kan . but the thing is aku tak dapat form 6 ! matrik pulak hinggap ke aku .. let say aku dapat matrik je upu tak dapat ? what should i do ? hukhuk terpaksalah aku melancong ke Perak sana .. tinggal tunggu Upu jelah ni .. Harap sangat dapat Upu dapat course yang aku inginkan .. Matriks ni aku tak yakin sangat sebab banyak faktor lagipun aku bukan risk taker beb . but aku dah cukup redha dan tak kesah lah .. Allah lebih mengetahui segala-galanya . Allah dah bentangkan jalan aku just jalan di atasnya jelah . Allah tau apa yang terbaik untuk kita semua . Insha allah . Panjang entry kalini tapi ada yang baca ke ? okaylah selamat OTW tengahari . Assalammualaikum ^^

Tuesday, April 1, 2014

PENGALAMAN PAKAI K COLLY SWEET 17 (KOREAN COLLAGEN)

ASSALAMMUALAIKUM~

selamat sejahtera dan selamat tengah hari , apa kejadahnya update blog midday aku ni ? well bila seru dah datang kena update kalau tak asek tertangguh je nanti . sebenarnya dah lama nak update pasal K Colly Sweet 17 ni sebab baru-baru ni aku ada guna . maklumlah konon-kononnya nak cuba try test berkesan tak benda ni . benda ni bukan krim hokay .. benda ni macam makanan tambahan harian .. jadi tak curious sangatlah *aku memang curious bab benda macam ni . Actually i dah makan supplement ni dah 2 minggu 5 hari .. ingatkan nak update masa minggu kedua tapi kemalasan aku menyerang jadi tertangguh lagi . aku tau confirm ramai yang tengah google search pasal produk meletops ni kan ? i tau .. pastu mesti google satu-satu blog orang kan and i tergolong juga kan ? haha .. no wonder i pun macamtu .. jadi nak share sikitlah pasal produk ni .. oh yaa lupa pulak .. I TAK JUAL BENDA NI HOKAY , I BELI DEKAT KEDAI JAMU . 


*inilah rupa k colly sweet 17 , comel kan ? pandai orang yang reka produk ni nak tarik pelanggan sampai haku pun tergoda .. damn !

Okay , first time makan benda ni aku nak cakaplah engkorang mesti nak tengok cermin je kejenye . lepas makan je confirm korang belek-belek muka tu kan kan .. mana kau tau ?? *bisik hati kecil korang.  sebab aku banyak kali buat apa .. korang pernah baca kan bahawa produk ni berkesan in just 3 days ! omaiigaidd ! huh jangan pecaya sangatlah makan benda ni nak kena sabar . nasihat aku lepas makan tak payahlah tengok muka tu sangat. buat dono je. dah seminggu nak tengok tengoklah guna kanta pembesar pun no hal . 

Pada minggu pertama korang akan rasa perubahan sedikit lah .. ulang suara .. S-E-D-I-K-I-T .. contohnya korang akan perasan kulit muka korang lembut macam papan anjal. eh tak tak lembut  macam anjal-anjal gitu. takde papan-papan .. so, pecaye tak ? hah tak caye aku .. ni semua nak tarik pelanggan suruh beli la ni .. bukan aku taktau .. ehem .. encik puan makcik pakcik kakak atuk nenek adik abang kucing belaan sekalian .. aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku makan produk ini hokay .. takdenya nak pengaruh apa sume tu. lagipun aku tak minatlah nak jual-jual ni .. tapi ini serius tau! dan actually aku punya skin muka ni sangat nipis kesan daripada skincare yang aku guna dulu-dulu. sekarang dah tak nipis sangat. dah normal balik sebab rasa tebal sikit. tak bermakna aku bermuka tebal. cuma kulit je hokay .. korang akan perasan jugak muka korang macam lembab-lembab gitu pastu bibir tak kering sangatlah . *aku ni memang bibir jenis fragile asyik pecah je. Makin banyak aku minum air makin merekah bibir aku .. pelikkan ? .. aku tak ingat hari ke berapa .. masatu aku tengah google pasal K Colly ni .. ada blogger tu bagitau yang dia perasan kaki dia rasa lembut bila bergesel .. aku cuba and betul! rasa lembut je. hell yeahh aku punya kaki ni boleh dikatakan agak menggerutu. tak licin pun sebab.. sebab.. nak cerita ke tidak eh .. actually-kan.. masa aku kecik-kecik aku pegi main buah gatal yang kat pokok tu .. korang perasan tak buah dia warna merah menyala , burung gagak selalu makan .. masatu level bangang tinggi. aku pegi picit buah gatal tu dan keluarlah cecair warna oren .. korang tau tak aku buat apa ? aku pegi sapu kat kedua-dua belah kaki aku .. konon-konon feeling sapu lotion vaseline .. then balik rumah nangis-nangis cari ibu mintak ibu ubatkan kaki sebab gatal yang teramat sangat sangat sangat .. after that, tumbuhlah kau biji-biji kecil pebende ntah .. dah tua ni menyesal tak sudah bila ingat balik. yang cannot go tu aku nangis teresak-esak sambil duduk menggaru kaki .. boleh imagine tak bertapa kiutnya .. -_-'' *sadis :')

dah dah! usah dikenang perkara lalu! .. then masuk minggu kedua kan .. aku sedar .. jeng jeng jeng~ bekas jerawat aku dah pudar sikit !!! ohyeaahh.. aku ni masalah terbesar aku adalah bekas jerawat yang hitam-hitam ni .. bukan sikit eh banyak dekat pipi kanan , pipi kiri , dagu kanan , hujung dahi kiri and dekat hidung ada sikit .. can you imagine ? betapa huduhnya diri ini .. jerawat aku suka tumbuh dekat kening ni .. nasib baik kening aku tak halus sangat , boleh cover .. kalau tak hilang keyakinan. kadang-kadang malu kalau orang kulit putih licin gebu berborak dengan aku. rasa macam diri ini tak reti jaga muka. *wuwuu ite cedihh angat, puihh kita kalau berborak mesti nak tengok mata orangkan? takpun kita akan pandang mulut lah matalah kulitlah gigilah .. kannn ?? bukan tak perasan bila kita berborak mesti partner borak kita ni tiba-tiba tenung gigi kita .. kadang-kadang fikir juga ada benda terlekat ke kat gigi aku ni .. ada sticker sayur ke ? chili ke ? sticker hello kitty takpe gak sebab comels.. tapi whatever it is, syukur alhamdulillah sebab macam berkurangan sikit bekas jerawat ni . aku ni jenis gatal tangan .. aku tak boleh tengok skincare. tak kiralah berjenama atau tak.. nanti confirm nak beli pastu yang ni tak habis lagi dah tukar yang baru .. mau tak jerawat subur . kegirangan jerawat aku kerana boleh meneruskan kehidupan untuk menyambung generasi baru. cakaplah jenama pencuci apa yang aku tak pernah pakai lagi .. aku pernah pakai pencuci garnier colour biru yang ada beads takde sume aku larung , jenama avon yang soo wincci pakai tu , garnier pencerah warna kuning , yang ada charcoal .. non charcoal , jenama bamboo ape ntah , fair and lovely , avon yang anew tu and COLLAGEN PLUS VITAMIN E pun aku pernah pakai jugak tau atas syor seseorang .. katanya benda ni ada mercury dan sangat berbahaya .. first time pakai krimnya rasa panas dan pedih .. nasib baru pakai beberapa jam tau.. kalau tak.. hmm.. now aku cuba pakai jenama safi balqis yang ada gambar orange tu .. try jelah kalau bagus pakai satu je .. *boleh caye ke ? musykil. masa aku kecik, ibu aku pernah ajar aku pakai krim masa sekolah rendah lagi.. masatu aku guna jenama pop .. memang mencerahkan gila .. pastu tak pakai lagi sebab masatu orang cakap pop ni ada letak berasaskan minyak oink oink.. peh gua dah seronok sapu siap urut-urut muka gua dengan minyak oink oink ni .. orang cakaplah bukan aku eh. so sejak daripada kejadian hitam legam itu aku pun stop mempopkan muka ini..eh bila fikir balik baik tukar jenama pop tu jadi pork kan? fuyoo.. berinovasiya pemikiran aku hikhik. k lupakan.*ada lagi ke krim pop ni ? pastu cuba safi balqis pulak .. masatu tengok akak aku pakai aku pun nak jugak pakai .. pegi sekolah melekit-melekit muka watlek watpis sebab memang takde hal.. bila dah tua ni malas nak pakai sebab tak selesa muka melekit .. euww .. tapi pakai tacap la sikit dengan compact powder ke.. bedak tepung ke.. mungkin sebab dah bertahun pakai krim safi ni sebabtu bila pakai pencuci mukanya rasa best je.. just biasa-biasa je.. muka aku pun tak oily sangatlah .. lagipun aku beli sebab ramai yang cakap boleh hilangkan parut jerawat . so, aku cuba jelah ..


k inilah krim popnyaa! patutlah jadi ala-ala vietnam muka aku lepas sapu ni. mesti korang cari mana tang popnya. ada tu kat atas penutupnya. pegi google pop cream acne.

Jauh aku menyimpangkan ni .. nilah akibat takde penghadang jalan. okay masuk minggu kedua pulak aku perasan lengan aku dah cerah tau .. timbul urat-urat hijau kat lengan aku .. gila tak happy aku ni kat sekolah kategori active la jugak. dalam setahun tu muka tak boleh putih sikit nanti adalah acara sukanlah, kawad lah.. errr .. belum cerita masuk acara rumah sukan lagi. asyik kena pakse dengan sir David je. sir! da sapedek belom? itu kasi worder wroti canei dengan kari dalca lebih shatu. dah dah! apa yang aku perasan bekas jerawat aku ni jenis bukan senang nak hilang .. sebab dah lama dia mengharungi pahit getir dengan aku .. lagipun sejak makan produk ni aku rasa macam senang buang air besar means tiada constipation berlaku ye anak-anak .. lancar je dan kecerahan seawal 3 hari je ! aku bohong je .. manede pakai harini besok dah macam snow white .. dalam seminggu lebih nampaklah cerahnya tu.. sebenarnya aku tak perasaan pun mula-mula tu rasa humphh tak cerah pun ! kata 3 hari je ! pentipu.. sekali masa ambil gambar dengan cikgu dan rakan sekelas muka aku paling putih beb ! macam tak caye je .. adakah ini semua mimpi siangku ? oh tidak sama sekali. kerana ianya realiti. gile kau tak bangga siap tengok ulang kali muka aku .. kejap zoom in kejap zoom out .. yelah nak compare dengan orang lain even cikgu aku pun gelap .. muahahaha .. bukan cerah muka je dengan tangan sekali hokay jadi berbaloi lah sesiapa yang nak makan supplement ni .. pada akulah ..

so, cara makan dia masukkan 1/2 scoop ke bawah lidah .. nanti dia cair sendiri lagipun supplemet ni berbentuk serbuk halus .. manis masam kau .. first timer agak terkujat sikit sebab masam sangat .. sebelum sarapan dan sebelum tidur tau .. boleh jugak buat bancuh dengan air kosong , tapi aku tak pernah cuba lagi sebab lagi senang nak makan gitu je. lagipun aku malas nak tuang air.. pastikan jangan bercakap atau tergelak .. tersembur serbuk halus nanti biar iaa mencair dulu dengan enzyme salivary amylase kita tu . and kena banyak minum air masak .. dalam 3 liter gitu bia cepat berkesan , semakin banyak minum air masak semakin banyak ke tandas dan semakin banyaklah toksin keluar daripada badan melalui saluran pundi kencing .. *fulamak ! .. mula-mula aku nak beli online harga RM169 .. haduhh mahal ini mbak .. tapi ku gagahkan jua beli .. ibu aku nak sponsor .. tengok ? ibu mana yang taknak anak dia cantik macam anzalna .. terharu aku .. ibu i love you ! nak mintak abang aku belikan online sebab dia je reti aku tak reti nak window shopping sebab tak kompiden huhu .. abang aku cakap better kita tengok kat kedai area aku dulu .. aku tak ikut masatu , berdoa juga diharapkan ada jelah dah tak tahan dah hidup dengan bekas jerawat kesan daripada jari aku ni yang habitnya nak memicit je jerawat .. pantang tumbuh sebijik .. then abang aku balik bawak produk  K Colly Sweet 17 ni .. siap menang dalam tawar-menawar lagi .. dapat RM 150 beb .. untung tu .. sekarang dah habis satu jar sebab share 3 orang  , aku dengan ibu and akak aku .. baru je beli second jar .. harap-harap boleh hilangkan bekas jerawat ni .. itu jelah untuk harini .. oh yaa ! maaf saya tak buat testimoni nak tunjuk pipi sebab horrible sangat ! malu nak tunjuk .. saya tak buat entry ni untuk meraih pembaca yaa .. saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri . terpulang nak percaya ataupu tidak . lagipun produk ni makanan tambahan yang mengandungi stem cell .. stem cell tu ape ? stem cell tu tali pusat . huh ? next entry .. babai ..

ASSALAMMUALAIKUM~

Tuesday, March 25, 2014

Kemaskini Borang Permohonan UPU untuk kali kedua T^T

 lagi-lagi title ni , yang lepas pasal UPU jugak . heyy .. tengok title entry kali ni tengok betul-betul .. nampak tak emotion tu .. memang memeningkan weh nak menagis pun ada .. akak syorkan pada adik-adik yang nak mohon UPU tu tolong la eh minta bantuan pada yang pakar macam abang adik ke kakak adik ke , yang pro tu jangan nak bangga sangat eh *frust .. sedih setengah hari suntuk , hukhuk  Sentap weh aku ni bukannya buta IT sangat , mungkin kabur-kabur tu adalah sikit .. mana tak first time isi borang permohonan ni *jakun lettew dengan bangganya isi , lepastu dah isi tak reti nak print , mana tak aku risau .. kalau dah lebih 3 kali mau tak meraung setiap hari .. lebih 3 kali tak boleh ubah lagi ye adik-adik . kalau urgent jugak nak ubah hantar surat pada orang UPU tu , surat rasmi yaa .. masatu maklumlah confident level tinggi nak isi sebelum result spm keluar . 
ceh korang tau tak aku pilih apa sebelum result kelua ? pilihan pertama aku of course Farmasi sebab aku terlampau dan melampau-lampau minat pada pekerjaan ahli farmasi ni . yang tak boleh blah tu aku pilih Kejuruteraan Kimia dengan Teknologi Kejuruteraan Kimia *fuh melampau aku ni  then aku adalah pilih Kejuruteraan Awam masatu akak aku ke abang aku yang galakkan , katanya keluar nanti senang dapat kerja so aku yang tengah buntu ni pun pilihlah apa yang diorang suruh . lagipun masatu dah fefeeling bakal engineer gitu , hohoo . then .. jeng jeng jenggg~ tibalah result spm keluar masatu aku meletakkan harapan yang tinggi as aku lupa nak ukur baju di badan sendiri . ujian .. trial subject sains aku tak pernah sentuh A .. jangankan B .. chemistry aku selalu kot dapat E dengan D .. pastu target 9A kau .. dah kenapa kau ni kan .. tapi tak salah mengharapkan sebab harapan tu masih ada selagi kenyataan belum dikeluarkan , mana tau Allah nak bagikan ... masa tiba hari tu .. aku akuilah aku rasa tenang je sebab aku ada minta kat Allah swt jangan biarkan hati aku ni risau sebab aku ni kalau risau bukan macam risau tapi panik .. sebabtu aku namakan belogg ni sempena miss adrenaline .. sesuailah dengan nama hormone adrenaline ni yang berfungsi melajukan degupan jantung .. aku ni memang jenis gugup *jauh aku berbual ni , back to the point ! masa sampai sekolah tu boleh pulak cikgu tengah umumkan siapa dapat 4A sampai perfect score .. peh masatu berangan nak nama disebut .. well rezeki tidak menyebelahi aku dan masatu aku dah redha .. apa yang Allah bagi aku terima dengan hati terbuka dan terimalah takdir yang dah ditentukan Allah sebab Dia maha mengetahui kan ? . dan masa tunggu cikgu cari result aku .. cikgu terus tengok result aku then dia macam alahhh .. aku pun lagilah saspen jangan-jangan ada failed tak ? matilah aku .. bila cikgu bagi aku slip tu aku tak tengok teliti sangat sebab beratur panjang nanti orang belakang amek kesempatan ngendap result aku pulak kan ? *macam tak biasa ngendap pulak , hahaha  masa tengok tu alhamdulillah aku dapat 3A yang lain secret okay , just kredit and takde fail .. cikgu kelas aku tu cikgu kimia thats why la dia macam frust tengok kimia aku macam gitukan .. what ever it is aku bersyukur . 
okay dah jauh cerita ni so korang pun dah taukan result aku ni jadi terpaksalah tukar balik courses , tak semua just certain yang perasan hebat tu , kahkah ..masa nak ubah latu aku mengalami kesulitan .. dengan cetak guna chrome tak boleh , masa abang aku buat dulu dia transfer ke moxilla firefox aku pun taktau dia buat cemane yelah dia programmer jadi macam malas nak tengok stepnye sebab abang aku boleh tolong *sambil goyang kaki . then bila dah selesai so aku print la . masatu result belum keluar . lepas result keluar nak kemaskini la konon nak ubah segala courses yang aku idamkan dan perlu dikuburkan itu , huwaaa~ . boleh pulak masa nak ubah yang baru abang aku tu tak balik seminggu sebab dia ada exam .. ingat nak tunggu dia balik tapi tarikh akhir UPU tu dah nak tamat , terpaksa kau berkeringat siapkan .. aku mintak tolong akak akutapi boleh pulak dia ada urgent case bende ntah .. tinggalah aku seorang diri dengan kucing aku .. berejam tunggu akak aku balik lastly komputer jammed , i just like what the heck !! dammit .. menyesal semenyesal-nyesalnya aku tak tengok abang aku buat .. kalau tau aku belajar dari first step ! . aku geram aku shutdown terus and baring .. pening sangat dengan mata aku berair sebab mengadap monitor tu .. stress sangat aku harini .. tak lama tu akak aku balik and bila dia nampak aku macam tu dia bagi support .. malam nanti kita buat sama-sama eh .. wah masa akak aku cakap gitu macam ada kelopak bunga rose colour pink berterbangan sekeliling dia .. wah angel beno hakak aku ni selalu tak macam gini . then bila malam akak aku tolong aku buatkan .. struggle jugaklah sebab akak aku cakap cara nak cetak UPU ni ketinggalan zaman betul  *aku hanya mengangguk macam tau  aku pun macam tak yakin akak nak kemaskini balik sebab taktau bilangan kemaskini da tinggal berapa .. masatu baru aku perasan .. kalau korang semak permohonan akan ada bilangan semakan korang tu kat atas sekali .. hah lembap beno aku ni .. aku ada lagi 2 baki , wah tak sangka ! padahal dah banyak kali kot kemaskini .. tapi kemaskini nak cetak lah .. masatu tak tekan semak permohonan .. mana nak tau .. lol .. then , lepas ubah courses tu aku tekan sah&hantar ..takde kelua pop up yang macam diuwar-uwarkan tu .. this time aku cakap ngan akak aku , apa kata tak payah bukak kemaskini and bukak semak permohonan , rupa-rupanya dah sent dah pun tinggal nak print je .. masatu aku nak ubah lagi bila dah selesai pilih program tiba-tiba keluar pop up .. and suruh cetak .. heran sangat dah banyak kali aku buat tak kelua pun .. tapi siap sudah .. berkeringat yang memuaskan , eh boleh gitu .. haha .. so , thats all for today , just hakak nak cakap ni kalau nak isi better lepas result keluar and nak isi bia memalam buta senang line tak busy .. so , alhamdulillah permohonan aku dah selamat sampai .. tunggu keputusan je .. harap-harap sangat Farmasi or Teknologi Makmal Perubatan or Pengimejan Perubatan or Fisioterapi aku dapat .. Amin Yaa Rabbal Alamin .. doakan hakak yee .. goodluck guys !~

Saturday, February 22, 2014

MACAM MANA NAK ISI BORANG UPU ? BAGI LEPASAN SPM



macam mana nak isi borang permohonan UPU ni ? mana nak cari laman web nya ? macam mana cara nak isi ? macam mana ni macam mana tu .. blablabla .. okay those yang buntu teramat sangat sampai taktau nak isi macam mana , meh sini miss tolong awak semua  tapi miss bukan pro yee ? just nak share pengalaman miss macam mana nak isi benda ni . well , first of all bismillah banyak-banyak supaya yakin dengan pilihan yang dibuat *ceh , padahal tangan sejuk kemat masa nak isi , maklumlah takut. Tak diragukanlah first time isi macam nak gugur jantung ni , yelah masa depan kita ni woii . masatu dalam fikiran ni , betul ke pilihan aku ni ? aku ni bijak tang mana ? nak pilih hebat-hebat but result spm aku apacitaa ? no worries , ini semua poyo ini semua normal yaa awak-awak semua . jangan ghisau sebab Allah dah tulis perjalanan hidup kita ni . okay , cakap banyak-banyak point penting tak masuk jugak dah berkolam keyboard ni *huh ?? 

okay , first step acani .. mula-mula pegilah beli nombor pin UPU // unik ID tu dekat BSN yang berdekatan . pilih yang lepasan spm punyalah *belogg ini dipenuhi cerita lepas spm , kalau yang stpm tu maaf saya tidak arif yang arif.

*minta maaf tuan punya badan , mohon pinjam yaa . slip saya sudah menghilangkan dirinya 

lepas dah beli pin UPU tu bayarlah ye .. jangan lari pulak nanti kena kejar dengan penjaga bersenapang tu .  saya bayar RM10.00 *gambar di atas untuk UiTM-diploma So , yakinkan lah diri tu untuk memohon ke bahagian kemasukkan pelajar (UPU) - klik di sini . maka , keluarlah gambar ini : 
*sila zoom in untuk melihat secara HD

Baca ya anak-anak . langkah seterusnya awak kliklah untuk memohon dan keluarlah gambar ini pula :

*sila guna microscope jika masih tidak jelas kelihatan

tekanlah arrow kat tepi tu nanti keluarlah pilihannya , bagi yang lepasan SPM pilih la SPM ya jangan lepasan STPM pulak yaa . then tekan Masuk . lepastu baca la dengan teliti pasal kategori-kategori tersebut . bagi lepasan SPM pilih kategori A okay ! gambar seperti dibawah :

*sila rajinkan diri untuk membaca , kajian mendapati lelaki malas untuk membaca mengikut urutan . mohon pembaca lelaki jangan sumpit saya , sumpit yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

After that , korang klik la untuk membuat pemohonan dan keluarlah ini pula *sila bersabar seperti gambar berikut : 
*jika tak nampak lagi sila buat bentuk huruf O pada jari telunjuk dan ibu jari seperti bercantum hujungnya , lepastu letak kat mata.

isilah butir-butir yang diinginkan , I/C tu taip betul-betul . nombor unik ID jangan lupa pulak tau . kata laluan .. kata laluan pebende ni ?? takde tulis kat slip ni pun ?? kata laluan tu password *huh ?? kali kedua Maksudnya password awak seorang je tau .. yelah maklumat peribadi mesti orang awam tak boleh tau *buatnya thambi bukan warganegara Malaysia tiru I/C korang macam mana ? kalau muka sama pulaktu macam mana ? haa .. hati-hati okay. Selepas itu , korang isilah maklumat peribadi , I/C ibu bapa mesti kena prepare , gaji bulanan ibu bapa pun kena prepare dan jangan lupa tekan button simpan&seterusnya . kalau tak tekan sia-sia je taip . dannn tadaaa ! sampailah bahagian di mana korang kena pilih courses apa yang korang nak amek . ada 8 pilihan .. better korang pilih yang betul-betul korang minat kat bahagian ada star merah tu . yang lain korang pilih la apa-apa yang macam best je , macam seronok je . langkah terakhir , kenalah CETAK dan send . ku akui lah nak cetak aku mengalami masalah , yang mana aku suruh je abang aku buatkan sebab aku taktau . jadi korang buat perlahan-lahan okay . dan lagi satu jangan mohon lambat sangat sebab dah ada kes *cikgu aku bagitau  tau nombor unik ID tu boleh sama dengan orang lain . that's why nombor unik ID tu korang kena nyorok-nyorok kalau nak tengok . kalau boleh nak tengok nyorok dalam almari ke , bawah katil ke , belakang pokok ke atau tempat yang kawan-kawan bertanduk tak boleh tengok . jadi sampai di sini dan selamat mencuba ! kalau ada silap dan salah maafkan saya yaa .. *kalau tidak yakin sila buat research banyak kali .. macam aku lah .. hoho .. soo ... JOM MASUK U !





Saturday, February 15, 2014

rindu nak ke sekolah bagi budak lepasan SPM macam aku ^^

            assalammualaikum~ hah ! jawab ! kalau tak jawab dosa *ayat masa sekolah rendah .
okay first of all , kepada batch96 yang sangatlah gemuruh untuk menunggu keputusan spm tu janganlah risau sangat *ajet-ajet tak ghisau , sebab korang dah buat apa yang termampu kan ? , sampai peluh kering peluh kering keringat engkorang tu just redha okay ?.. apa yang penting sentiasa berdoa . sentiasa fikir Allah always beside you . kalau dah tertulis di luh mahfuz yang korang atau aku akan kecundang dalam spm *selisih malaikat 44 , jangan bersedih sebab life must go on ! gagal spm tak bermakna gagal selama-lamanya *now i wonder , kenapa ayat aku macam dah tau je failed kan ? insha allah tidak lah ! kita kena always think positive kan ^^ . aku rasa apa yang korang rasa .. nak-nak lagi nerd yang macam aku ni *silalah geng dengan aku wahai nerd sekalian , jadi nerd ni asek gelisah je sampai termimpi-mimpi kot result spm dah keluar . aku penah ape mimpi dapat 7A , bangga siot and yang tak boleh blah tu aku mimpi aku dapat 7A3B , mana datang lagi satu subject pun aku taktau sedangkan aku amek 9 subject je , hihi .. masa sekolah dulu aku amek aliran sains *selalu orang fikir budak sains ni pandai , padahal .. emm . subject sains ni best tau , bagi adik-adik yang tak confident nak amek aliran sains ke sastera ke akak cadangkan korang amek je aliran sains tapi nak kena rajinlah .. *sebab tulah sejak amek aliran sains terus berubah kearah nerd gitu . masa aku form4 aku suka belajar bios and logos (biology) and aku paling tak suka belajar chemistry dengan fizik sebab entah ape-ape je . tapi naik form5 aku paling suka chemistry dengan physics .. seghonok beb ! aku ingat lagi kimia belajar pasal acid and base , electrolysis *feveret kite ! . paling aku benci kena hafal nama-nama yang buat periodic table tu , sape jumpe dulu sape tu dimitri eh *terok betul . physic pulak kacang goreng je beb ! *sambil mendada dengan bangga . aku nasihatkan korang kena hafal formula .. macam pressure tu sume ada formula * aku dah lupa sebenarnya formula sume tu , hoho . tapi alhamdulillah aku dapat cikgu fizik gila simple and sporting walaupun pemalu cikgu * famous cikgu yazid , hihi . tetapii~ biology pulak aku tak suka dah sebab banyak sangat kena hafal beb , susah betul nak lekat dalam otak aku ni belajar pasal pollen grain sume tu , maaf cikgu ! silalah ambil bamboo stick dan sebat saya punya kawan . soalan kadang-kadang jawapannya takde dalam buku , kena fikir sendiri . so rajin-rajinlah ye carik maklumat .. maklumlah zaman sekarang ni nak cari maklumat dihujung jari je .. jangan jadi macam hakak ni bukak internet main fesbuk , wechat and bukak blog entah pape .. subject yang paling aku tak suka sangat the one and only , additional mathematics .. sesiapa yang suka subject ni engkorang memang otak geliga .. aku tak tahan beb belajar ni .. nak-nak lagi cikgu yang ajar cikgu cina .. ajar macam kiteorang ni otak macam dia .. zupp zuppp ! faham tak semua ? hah awak sila jawab soalan ni *confirm aku aja kena soal , nasib baik partner aku ni bijak sikit dari aku , huhu . tapi serius aku rindu gila kot nak masuk sekolah . yelah , aku ghindu meja belajar aku , ghindu cikgu fizik , cikgu kimia , cikgu bm aku .. so , adik-adik jangan malas-malas ke sekolah sebab lepas habis sekolah benda pertama korang akan seronok sebab tak pegi sekolah lagi , dah tak payah iron baju , basuh kasut sekolah * aku tak pernah basuh kasut masa form5 . , bawak beg , bangun pagi dan memerut di pagi hari ketika adik-adik dah siap pakai kasut . sebab adik akan rinduu nak pegi sekolah , jumpa kawan-kawan semua tu . lepas habis sekolah adik-adik akan bosan yang amat ! kesimpulannya , belajar rajin-rajin dan semoga berjaya ! <3